10

Romance Series 35059

Rihana mengambil cuti hari ini. Bukan sahaja hari ini tapi untuk 3 hari yang akan datang juga. Dia sudah minta kebenaran Dato' Azhari dan dia membenarkan. Bila ditanya kenapa aku mengatakan aku tidak sihat. Tapi memang betul pun. Kepala aku daripada malam tadi berdenyut. Sebab apa? Sebab fikirkan kejadian semalam dipejabat. Entah apalah reaksi Mikael apabila melihatnya tiada pagi ini. Dia tidak memaklumkan kepada lelaki itu.

Pintu biliknya diketuk. Terjengul muka Haziq. Dia merapatiku. Ditangannya ada beg kertas.

"Mak kata kau tak sihat." Haziq melekapkan belakang tangan ke dahi Rihana. Biar pun dia adik tetapi dia lelaki sulung dalam keluarga ini. Menjadi tanggungjawab dia untuk menjaga Rihana satu satunya kakak dia. Rihana menepis perlahan tangan Haziq.

"Baru sampai ke?"

"Tadi dah. Ni aku bawa ole ole dari Korea untuk kau. Kau kenapa ni kak pucat je muka. Badan tak panas. Jom ke kliniklah aku bawa."

"Takde apalah. Aku pening je sikit." Rihana mengeluh.

"Jangan tipulah kak. Mesti ada something kan ni? Pasal Mikael ke?" Shoot! Tahu tahu je budak nilah.

"Tak pasal aku nak fikir pasal monyet tu. Bukan ada faedah." takde faedah konon yang kau sampai sakit sakit kepala ni fikir tentang siapa kalau bukan dia!

"Mikael confess kat kau dah eh?"

"Confess apa pulak!" Ish la. Malu dia nak bercerita bab bab macam ni dengan adik dia.

"Kak, Mikael tu suka kau. Sebab tu dia ikut aku balik nak berkenalan dengan kau." cerita Haziq. Senang biar dia bagitahu terus. Padahal dia tak tahu yang kakak dia memang dah mengetahui rahsia itu. Rahsia Rihana dan Mikael sorok lagi besar daripada ini. Kesian Haziq tak tahu.

"Hmmm..."

"Tu aje kau balas?" Haziq tak berpuas hati. Memang takde perasaan sungguh kakaknya ini.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Tepuk tangan?" Rihana bangkit nak kebilik air. Haziq masih duduk di birai katilnya. Sekeluarnya dia daripada tandas dia terkejut melihat Haziq berdiri depan pintu.

"Eh kau ni dah kenapa? Pergi keluarlah." Haziq mendepa tangan menghalang laluan Rihana.

"Kak kau baik cakap betul betul dengan aku. Ada sesuatu yang kau sorokkan daripada kau ke?"

"Takdelah Haziq..." keluh Rihana.

"Habis ni apa?" membuntang mataku melihat Haziq memegang telefonku. Aku cuba merampas tapi Haziq pantas mengelak.

"Bagilah Haziq. Aku tak sihat nikan."

"Kau memang tak sihat tapi mulut kau sihat walafiat jekan. So, sekarang cerita. Mikael call phone kau tadi, aku angkat. Guess what dia panggil kau sayang? Kau seriuslah kak. Tadi kata lain sekarang lain. Pastu ni ha aku bukak chat kau. Apa semua ni?"

"Eeee, kau baca whatsapp aku!" aku luku kepala Haziq. Badannya aku cubit. Berani sungguh dia menceroboh privasi aku.

"Aduh kak sakit.." telefon ditangannya aku ambil. Aku kembali duduk di katil semula. Haziq membontotiku.

"Eh mangkuk kau nak apa ni?" Haziq sudah duduk menyendeng disebelahnya.

"Alah kak janganlah malu malu dengan aku. Sejak bila dah?" dia tersengih-sengih.

"Sejak bila apa?"

"Ish lembab betul. Sejak bila korang start menerima antara satu sama lain. Sebelum nikan macam kucing dengan anjing. Wah, kak dalam diam kau eh dengan Mikael." Rihana kerut dahi. Nampak gayanya Haziq belum tahu lagi. Tadi kata dah selongkar whatsapp aku. Takat mananya je baca budak ni.

"Memang taklah aku dengan si Mikael tu!"

"Habis tu yang bersayang sayang dalam Whatsapp tu apa?"

"Itu dia bukan aku!"

"La belum lagilah ni? Lambatlah aku nak tunggu majlis korang kak.."

"Haziq sebenarnya...." tiba tiba dia hendak menceritakan hal itu kepada Haziq. Patut ke Haziq tahu? Supaya dia tak menaruh harapan terhadap aku dan Mikael.

"Hah apa?" tanyanya tak sabar.

"Aku... aku.. sebenarnya..." semasa dia jadi guru tuisyen dulu tiada siapa yang mengetahui. Mak dengan abah pun tak tahu. Hanya selepas dia menjadi PA kepada Dato Azhari baru keluarganya tahu. Ini kerana Dato' Azhari bercerita bagaimana aku dengan keluarganya rapat.

Dia jadi guru tuisyen kepada Mikael semasa dia sedang berada di cuti semester. Dia dulu belajar di Sabah. Oleh sebab ketika itu mak dengan abah mengerjakan umrah jadi aku buat keputusan untuk tidak balik kerumah. Menghabiskan sisa cutiku di sana. Tawaran untuk mengajar tuisyen ini pun kawan dia yang beri. Sebab aku memang bosan disana. Selepas Mikael berangkat ke London, baru family Dato' Azhari pindah ke Kuala Lumpur. Elok aku abis belajar, Dato' Azhari mengambil aku bekerja dengannya.

"Kak oh kak.. Termenung pulak dia! Apa dia yang kau nak cakap tadi?"

"Owh, sebenarnya kan. Aku, aku dengan.. errr.."

"Kau cuba cakap elok elok sikit. Ni tak gagap pula tetiba. Apa dia. Cepatlah aku tak sabar ni."

"Aku dengan Mikael sebenarnya dah lama kenal! Sebelum kau kenal dia lagi!" beritahuku senafas. Aku ambil bantal dan tekup muka. Entah kenapa dia rasa malu secara tiba-tiba.

"Apa???"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience