17

Romance Series 35052

"Hari ni lunch sekali okay.." sempat Mikael berpesan kepada Rihana sebelum masuk kedalam biliknya.

"Tak boleh.."

"Kenapa pulak tak boleh?"

"Aku dah janji dengan Rizal." tajam Mikael merenungnya. Buatkan Rihana gugup.

"Kau serius dengan Rizal?" Mikael sandar pada meja Rihana. Senyuman sinis diberikan kepada gadis itu.

"Eh mestilah aku serius dengan dia." bentakku sedikit.

"Kenapa aku jarang nampak dia datang sini?"

"Dia busy la tu.." jawab Rihana selamba.

"Seriously Hana? Sampai takde masa langsung nak jumpa kau? Mak cakap kat aku hujung minggu pun kau terperuk kat rumah je memanjang. Masa bilanya korang ni dating?"

"Eh tak semestinya kalau bercinta nak kena dating 24 jam. Kena berkepit memanjang. Aku fahamlah kalau dia busy. Nak cari duit. Nanti dah kahwin nak bagi anak bini makan apa kalau dia tak rajin bekerja dari sekarang." memandai aje Rihana bercakap. Rizal tu memang dari dulu sibuk memanjang. Dia lagi suka cara mesin daripada manusia. Ah, lantaklah asalkan ada alasan untuk aku mengelak.

"Tapi takkanlah tak spent time bersama. Kilang dengan office ni bukan jauh mana. Kau..."

"Dah! Dah! Kau tak dengar aku cakap tadi? Aku nak keluar lunch dengan diakan. Means, nak spent time bersamalah ni walaupun just makan makan.." perli Rihana.

"Hana kau tahukan aku takkan mengalah?"

"Lantak kaulah.."

"Teruskanlah aku nak tengok sejauh mana.." bisik Mikael perlahan. Dia kemudiannya mengeluh.

"Apa dia?" dia terdengar macam Mikael berkata sesuatu. Mengutuk dia apa?

"Aku cakap tepilah. Kau menghalang laluan aku." tubuh Rihana ditolak perlahan ketepi. Pintu biliknya dibuka.

"Eleh cakap aku. Dia tak tahu ke dia tu sebenarnya yang menutup pandangan orang. Cisss dasar tak sedar diri. Huh!"

"Hana aku dengarlah!!!!!!!" jerit Mikael dari dalam biliknya.

"Erk, telinga kuali betul mamat ni." kalut Rihana kembali duduk di tempatnya.

***************

"Mikael ada tanya awak apa-apa?" soal Rihana. Dia ketika itu sedang lunch bersama Rizal.

"Takde pun.." Rizal cuba mengawal riak wajahnya.

"Dah kenapa kebulur semacam saya tengok awak makan hari ini?"

"Semalam saya tak sempat makan. Busy! Harini baru saya balik rumah. Semalam tak sempat nak balik tukar baju semua." aku memerhati cara Rizal. Habis licin dia makan sudah tu dia tambah pulak lagi nasi.

"Awak pun satu kerja kerja jugak.. Diri tu jagalah sikit. Esok lusa kalau sakit siapa yang susah kalau bukan diri sendiri. Lepastu siapa nak tengokkan kilang kalau awak sakit. Awak orang kuat syarikat Dato'. Kadang kadang saya tertanya apa yang awak buat sampai sibuk sangat? Musykil saya." Rizal tergelak. Hana ni banyak tanya sungguh. Boleh pulak tu membebel kat dia.

"Kalau saya cerita pun bukan awak faham Hana oi.. Tapikan haritu masa saya tengah buat kerjakan saya rasa seolah-olah saya diperhatikan." cerita Rizal bersungguh.

"Apa, awak nak cakap yang ada orang nak cuba culik awak ke? Mentang mentanglah tadi saya cakap awak orang penting syarikat terus awak nak buat statement macam tu.. Siapa je nak culik awak."

"Ish dia ni. Apa melalut sampai kesitu pulak. Dengarlah saya cerita dulu. Suka buat spekulasi sendiri.." Rihana mencebik. Kalau bukan itu apalagi?

"Masa tu saya kat kilang..."

"Memanglah awak kat kilang mana lagi awak nak pergi.." potong Rihana laju.

"Ya Allah dia nilah. Sabar boleh tak. Yang pergi potong cakap saya tu kenapa. Ish, sabor jelah aku."

"Yelah yelah sambung.."

"Saya tengah sibuk duk pasang barang pada mesin lepas tu saya rasa seakan diperhati. Pusing kiri kanan takde pun semua sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi saya fikir itu cuma perasaan saya jelah. But still saya tak boleh fokus, sebab ada rasa tu. Rasa diperhati. Tengah saya tertoleh-toleh tu saya pandang atas. Hah, rupanya Tuan Mikael yang duk tenung saya daripada atas office dia. Dia pandang saya Hana macam nak bunuh orang. Kecut jugalah saya masa tu. Saya dalam kepala otak tak fikir lain selain daripada kena buang kerja. Jadinya saya dah..."

"Hah awak dah beritahu dia ke?" potong Rihana dengan suaranya yang meninggi. Kedua belah tangan dibawa naik menekup pipi.

"Er, haah..." Rizal garu kepala. Terkejut dia!

"Eeeeee Rizal saya rasa nak cekik awak. Tak sampai berapa minggu awak dah kantoikan. Arghhh.." Rihana stress. Rambutnya digenggam. Sebijik macam orang gila gayanya.

"Bawa bertenang Hana, bawa bertenang.."

"Awak suruh saya bertenang Rizal? Awak tu yang dah kenapa? Asal awak pergi bocorkan?" Ya Allah mana aku nak letak muka cantik aku ni? Padanlah Mikael senyum kat dia tadi lepastu tanya macam-macam. Arghh malunya! Macam mana aku nak hadap muka Mikael lepas ni. Ini semua salah Rizal.

"Er, dia ugut nak pecat saya!" terpaksa Rizal berbohong. Sebaliknya, Mikael hanya soal dia yang biasa biasa saja. Tetapi dari situ dia nampak kesungguhan Mikael yang sukakan Rihana. Dia lelaki dia tahulah. Jadi lebih baiklah dia tak teruskan semua penipuan ini. Dia kesiankan Mikael. Nampak wajah kecewa lelaki itu ketika menyoalnya. Dia pulak beri jawapan sebijik macam yang Hana rancangkan.

"Dia ugut awak?" Laju Rizal anggukan kepala.

"Awak tak boleh salahkan saya Hana sebab saya dah cakap awal awal. Kalau melibatkan kerja saya terpaksa beritahu hal yang sebenar." Rizal cuba mempertahankan diri. Buatnya Rihana mengamuk kat sini habislah dia.

"Ye saya tahu! Ish, nak buat apa ya?" Dia tak boleh salahkan Rizal dalam hal ini. Dia tahu itu salahnya. Kalau melibatkan kerja, siapa je tak takut.

"Terima je Tuan Mikael tu. Takde yang kurang pun saya nampak pada dia.." dia cuba memujuk Rihana pula untuk menerima Mikael. Ceyh, diri sendiri pun tak ketemu jodoh sampai sudah ada hati nak match making orang.

"Awak tak faham.."

"Awak boleh cerita kat saya Hana. You can trust me."

"No.." Rihana bangun dari duduk. Patah selera dia nak makan walaupun nasi tu sedap je. Tapi hati dia dah tak tenteram. Ialahkan cuba bayangkan korang buat salah besar pastu kantoi apa perasaanya? Macam itulah yang dia rasa sekarang dengan malu laginya. Nak hadap Mikael pulak lepas ini.

"Hana nak kemana?"

"I need to go. Awak sambunglah makan.." usai berkata terus dia tinggalkan Rizal. Bila dah 'tertangkap' begini mulalah dia tak boleh nak berfikir waras. Hati dia pun kemain kencang berdegupnya. Haih, apa nak buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience