19

Romance Series 35059

"Kenapa Hana buat macam tu? Apa salahnya dengan Mikael tu? Mana mak nak letak muka ni? Malu tahu tak mak dengan keluarga Dato' Azhari. Hana ni memanglah! Tak kenang budi langsung!" marah Heliza. Terkejut dia apabila menerima kedatangan pasangan suami isteri itu. Mereka datang untuk memutuskan lamaran yang dibawa tempoh hari. Mereka turut meminta maaf atas kelakuan Mikael. Serba salah dia apabila mengenangkan kesungguhan wanita itu memohon maaf kepadanya. Baginya Mikael tidak salah apa apa. Mereka tahu dengan niat baik Mikael untuk memperisterikan Rihana.

"Mak nak apalagi ni? Benda dah selesaikan? Dah memang Hana tak nak pun dengan Mikael tu!" Rocky yang berada diriba dibelai bersahaja seolah-olah perkara itu kecil baginya.

"Senangnya kamu bercakap. Mak tak nampak mana silapnya Mikael tu! Silap dia bila suka orang takde perasaan macam kamu nih. Hish geramlah sungguhlah aku dengan budak ni. Keluarga Dato' tu punya baik dengan kita. Amik Hana bekerja dengan dia lagi. Apalagi yang tak cukup Hana? Kenapa buat diaorang macam tu? Hana tak kesian ke?" Hati batu sungguh anaknya ini. Kenapalah keras semacam aje si Hana ini.

"Mak ada benda kita boleh terima dan ada juga yang tak. Hana akui Dato' dan Datin memang baik tapi tak bermakna Hana kena korbankan hidup Hana untuk mereka. Takkan Hana nak kena abdikan diri Hana? Yang mak nak paksa Hana bagai ni kenapa?" kata Rihana dengan suara yang sedikit meninggi. Amarahnya mula menaik.

"Hana.." tegur En. Razif. Tahu anaknya itu bakal melenting. Isyarat mata diberikan kepada Heliza agar hentikan semua ini. Elok pula Heliza bulatkan balik mata kat dia. Huh, anak dengan mak sama je!

"Memang mak paksa kamu. Mak nak kamu kahwin dengan Mikael tu. Siapa je lagi nak kamu kalau bukan Mikael. Semua perangai buruk kamu dia terima. Mak tak kira, Hana kena kahwin juga dengan Mikael! Mak cuma nak menantu mak Mikael saja." putus Heliza. Dia bercekak pinggang depan anaknya.

Hana buat tak peduli. Matanya ralit menonton TV. Tangannya elok membelai Rocky. Malas nak layan maknya! Asal nampak muka dia hal Mikael yang dibangkitkannya. Bosan tahu tak!

"Hana dengar tak apa mak cakap ni.." Rihana masih tayang muka selamba. Bibirnya dicemik.

"Rihana....!" jerit Heliza ditepi telinga anaknya. Geram betullah dia. Boleh buat tak tahu pula si Hana.

"Eeeeee mak ni! Rimaslah Hana. Serabut tahu tak! Ish, duduk rumah pun tak senang." Rocky diletakkan kebawah dan dia mula meninggalkan ruang tamu itu. Heliza duduk disebelah suaminya. Boleh masuk hospital dia dengan perangai Rihana ini. Tak dengar kata langsung.

"Abang awak ni tak habis-habis dengan tab tu. Cuba tegur sikit perangai anak dara awak tu. Cakap saya semua dia tak nak dengar."

"Awak yang cari pasal dengan dia. Dah budak tu tak nak jangan dipaksa. Suka memaksa dia buat benda yang dia tak suka. Awak jangan Liza, kalau Hana bawak diri jauh jauh lagi nanti diri tu juga yang merana. Bukan awak tak tahu perangai dia macam mana."

"Nak kemana je lagi dia tu. Kan dia ada kerja tetap dengan Dato' tu. Kalau dia berhenti kerja apa pula dia nak buat." Heliza cuba menyedapkan hati.

"Anak awakkan. Degil macam awak jugak. Kita mana tahu kepala dia macam mana. Apa dia fikir.. Dia ke Sabah dulu pun sebab awak jugak. Tak tahan dengan leteran awak tu. Yang sudah tu sudahlah. Biarlah Hana tu jangan nak dipaksa-paksa lagi." balas En Razif. Dia kembali menatap tab ditangan. Dia pun tak faham dengan perangai isterinya itu. Suka memaksa Rihana. Dah kalau budak tu tak suka janganlah nak dipaksa.

"Takkan nak tengok aje perangai dia macam tu. Kenalah ubah. Dia bukannya muda lagi. Kalau bukan sekarang saya nak ubah bila lagi bang oi. Abang suka sangat bagi muka dekat Hana tu. Sekala sekali dengarlah cakap saya pula."

"Aik saya pula yang kena. Apa selama ni saya tak ikut cakap awak ke? Saya diam je tau selama ni bila awak bising kat Hana. Rancangan awak tu pun saya ikut je tanpa membantah. Lagi awak cakap saya tak amik peduli. Dahlah Liza malas saya nak layan awak." Heliza mendengus. Geram dengan Rihana dicampur pula dengan suaminya.

Tidak lama kemudian, Raihan turun. Di tangannya ada satu beg bagasi. Manakala satu tangan lagi membimbit beg barangan Rocky. Terbutang mata Heliza. Bahu suami disebelah dicuit bertalu-talu.

"Hana nak kemana pulak ni?" tanya En Razif. Tahu pun cuak si isteri.

"Hana ingat nak duduk kat apartment Hana tu. Dah lama sangat tak balik tengok. Biarlah Hana duduk sana. Aman sikit!" sempat dia memerli. Sememangnya dia ada membeli rumah di apartmen itu cuma tidak diduduki. Dulu adalah dia duduk sekejap tapi balik semula tinggal di rumah keluarganya kerana dia seorang yang penakut! Tapi kali ini dia redah jelah, tak tahan dengan mak yang tak habis-habis membebel pasal Mikael padanya.

"Jangan macam ni Hana, ada masalah kita selesai elok elok.." pujuk En Razif.

"Masalah takkan selesai ayah. Takpelah biar Hana duduk sana. Hana memang niat nak tinggal disana dah." Dia kerling ibunya. Heliza masih diam pandang dia pun tidak. Huh, lebihkan Mikael dari dirinya.

"La, Hana bukan ke takut tinggal sorang-sorang kat sana. Tak payahlah Hana, rumah ni dah cukup besar untuk kamu semua. Tinggallah disini. Bosanlah ayah dengan mak tinggal berdua je. Ash duduk rumah sewa dah dengan kawan kawan dia. Takkan Hana pun nak keluar jugak?" En. Razif masih berusaha memujuk Rihana. Kalau tak jalan jugak dia terima ajelah.

"Tak apalah ayah dah tiba masa untuk Hana hidup berdikari. Ayah jangan risau semuanya akan baik baik sahaja. Nanti ayah datanglah jenguk Hana ya. Hana pergi dulu." tidak tunggu lama bagasi roda itu terus ditarik ke muka pintu. Selesai meletakkan beg didalam kereta, Rihana kembali semula mengambil Rocky dan diletakkan ditempat duduk belakang.

"Hana gerak dululah ayah.."

"Yelah hati hati bawa kereta tu. Nanti baliklah sini selalu." Rihana sekadar mengangguk. Lagak macam jauh sangat dia nak pergi. Tangannya ayahnya disalam. Heliza dalam diamnya itu, sampai kepintu juga dia mengekori Hana. Maklumlah teman bergaduh nak pindah.

"Hana pergi dulu." Tangan Heliza dicapai dan disalam. Heliza masih tak pandang Rihana. Elok kereta anaknya itu hilang dari laman rumah barulah dia bersuara.

"Abang!!!!!!" dia menggogoi disebelah suaminya. En. Razif disebelah sudah mengelengkan kepala. Tahu pun nak sedih tadi berlagak sangat.

"Saya dah cakap awak yang tak nak dengar. Hah, sekarang padanlah muka awak."

"Saya tak terfikir pun Hana nak keluar. Lupa pula saya ada rumah lain. Macam mana ni abang?"

"Macam mana apanya? Biarlah Rihana tu. Dia dah besar panjangkan." Heliza menyandar dikerusi. Tangan dibawa naik menyentuh kepala. Dia dah terbiasa ada Hana didepan matanya. Tak sangka sampai macam ni Hana sanggup bertindak. Baru je Hana pergi dia dah rasa sunyi. Hilang sudah teman bergaduhnya.

"Dah tak payah nak sedih. Nanti saya call Haziq suruh dia pergi jenguk Hana. Rumah tu pun tak tahu macam mana. Dah lama sangat terbiarnya. Anak awak tu beli saja, kalau menyewa kat orang pun takpe. Ada juga untungnya. Dahlah tak payah nak pening pening kepala. Awakkan yang mulakan pergaduhan ni."

"Kalau saya tahu, saya takkan bangkitkan hal ini. Kesian Hana." En Razif memeluk bahu isterinya. Sedih sangat Heliza tu sampai menangis nangis. Itulah Hana tu nampak je muka selamba, tak ambil peduli dan kuat menjawab tapi budak tu ada juga tahap kesabarannya. Ini kira tahap kesabaran dia dah habislah ni sampai sanggup nak keluar rumah. Kalau ikutkan mana beraninya Hana tu nak tinggal sorang-sorang. Penakut katakan! Macam manalah bila tiba waktu malam? Dia faham akan ketakutan Hana itu. Kat rumah tidur lampu bilik menyala. Inikan pula disana. Hmm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience