14

Romance Series 35052

"Sekarang mak pula nak paksa Hana?" aku hempaskan badan ke sofa. Remote Tv aku capai.

"Memang mak paksa. Eh, Hana sedarlah diri tu sikit. Umur dah 35 tahun. Ya Allah, tua dah anak aku ni tapi tak sedar diri! Untunglah Mikael tu nak kamu Hana. Terima jelah apa yang kamu risau sangat." bebel Heliza. Orang nak ke dia dia tak mau pulak.

"Ini bukan pasal nak tak nak mak. Ini soal hati. Cinta mana boleh dipaksa-paksa. Buat apa Hana terima kalau Hana tak cinta. Nanti bukankah akan melukakan hati Hana. Mak nak tengok Hana sengsara ke?"

"Kamu buat kat Mikael boleh pulak. Beri harapan palsu!" bisik Heliza.

"Apa dia mak?"

"Tak ada apalah. Kejap lagi Mikael makan malam sini. Kamu jangan nak berkurung pulak kat bilik."

"Apa rumah dia takde makanan ke. Kat rumah dia boleh makan sedap sedap mak oi. Anak orang kaya. Minta terus dapat. Kat sini juga dia nak menyendeng." dengus Rihana.

"Biarlah bakal menantu mak tukan. Dia suka masakan mak. Bukan macam kamu asal mak masak je complain ini kuranglah itu lebihlah. Kalau pandai sangat masaklah sendiri! Mikael lepas makan puji mak. Berbalas juga rasa penat tu." Raihana kerut dahi. Ini kes tak puas hati ke macam mana ni. Semua dia luahkan. Setempek kena atas muka aku!

"Hana terimalah Mikael tu. Kamu tunggu apa lagi?"

"Tunggu bulan jatuh ke riba.." balasnya selamba. Matanya ralit memandang cerita yang disiarkan di Tv.

"Budak nilah. Mak cakap elok-elokkan ni." Kepala anak gadisnya yang sedang berbaring diriba diluku. Mana Rihana tak rajin luku orang kalau mak dia pun perangai sama. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

"Mak ni Hana nak rehatlah bukan nak dengar mak cerita pasal Mikael. Potong mood oranglah mak ni." Rihana bangun dari riba Heliza dan naik kebiliknya. Heliza geleng kepala melihat perangai anak daranya yang sorang ini. Menurun perangai siapa tak tahulah. Perangai Hana lain sikit daripada Haziq dan Ash. Cepat sangat nak angin, nak mengamuk dan mulut dia tu. Tak tahulah Heliza nak kata apa. Menjawab kus semangat. Rihana daripada dia sekolah rendah bawa ke sekolah menengah duduk disekolah berasrama. Jadinya dia terlebih berdikari. Masa belajar kat Sabah dulu pun, dah kena panggil masuk universiti baru Rihana beritahu mereka. Semua benda dia buat kalau boleh tak nak beritahu orang. Ikut kepala sendiri je budak tu. Macam tak ada famili. Heliza sekadar mengeluh mengenang perangai Rihana.

***********

"Dahtu awak nak suruh saya buat apa ni?" Rizal garu kepala yang tidak gatal.

"Alah menyamar jelah. Kalau dia tanya awak iyakan je semuanya."

"Tapi sampai bila?"

"Sampai dia betul-betul percaya dan tak kacau lagi. Saya dalam proses nak mohon kerja kat syarikat lain ni."

"Eh seriuslah Hana. Takkan sampai macam tu sekali."

"Kalau boleh saya tak nak ada apa-apa dengan dia Rizal. Apa sahaja yang boleh menghubungkan kami. Tak nak ambil tahu atau terlibat pun. Awak tahukan saya tak suka ada komitmen dalam hidup." luah Rihana. Dia dahlah tak cintakan Mikael. Jika mereka berkahwin haih tak tahulah bagaimana hidupnya. Selama ini dia bebas untuk melakukan semuanya. Dia tidak suka orang mengatur hidupnya. Bila kahwin sudah pastilah dia kena taat kepada Mikael selaku suami.

"Saya tahu tapi takkanlah sampai nak berhenti kerja? Kerja sekarang susah nak cari Hana."

"Itu nanti pandai pandailah saya. Sekarang ni awak. Kena pandai berlakon sikit. Jangan nak kekok sangat. Dia tu cepat tangkap kalau ada yang tak kena. Habis rancangan saya nanti."

"Apa salahnya dengan Tuan Mikael tu. Saya tengok dia okay je.." air minuman dalam cawan itu diteguk Rizal. Sudahlah dia sibuk kerja di kilang. Rihana tambah lagi kesibukan dia dengan menjadi 'pelakon tambahan'.

"Awak tak faham Rizal. Tak payahlah saya cerita. Sekarang ni awak buat je kerja awak."

"Buatnya Tuan Mikael buang saya kerja macam mana? Dia tak dapat awak, dia lepaskan marah kat saya nanti. Saya tak nak campur adukkan sekali dengan urusan kerja."

"Dia tak kejam sampai tahap macam tulah. Gila nak buang pekerja terbaik macam awak. Silap hari bulan lingkup syarikat bapak dia tu."

"Manusia Hana kita tak tahu perangai masing masing macam mana. Ish, awak nilah cari penyakit sungguh. Dah tu heret saya pulak sekali tu!" Rizal mendengus. Nak aje dia luku kepala Hana biar sedar diri sedikit.

"Alah sekali ni je saya minta tolong. Nanti saya belanja awak eh?" pujuk Rihana. Lengan baju Rizal ditariknya.

"Setakat belanja makan tak mahu saya.."

"Demand pulak dia ni.." Rihana menjeling sekilas.

"Of course lah. Masa depan saya bergantung pada tangan awak. Awak bawa saya ke kancah maut namanya! Ingat Hana kalau Tuan Mikael nak buang saya kerja saya terpaksa mengaku semuanya.."

"Yelah yelah.. Tapi kalau dia tak buang jangan kasi tau!"

"Yelah.." balas Rizal lemah sambil membuat rolling eyes. Rihana sudah tersenyum. Selesai sudah satu masalahnya. Nasib Rizal sudi membantunya.

Rihana kembali semula kepejabat selepas waktu lunch. Semasa ingin keluar lunch tadi, Mikael ada didalam bilik baru balik daripada meeting. Pukul 3 nanti lelaki itu kena ke kilang, Rihana harus mengingatinya sekali lagi. Pintu bilik diketuk. Tiada sahutan. Sekali lagi diketuk barulah dia dengar suara Mikael. Rihana masuk dan melihat Mikael sedang terbaring disofa dengan tangan kanannya dilekap kedahi. Dah kenapa pulak mamat ni.

"Mikael..." serba salah dia nak panggil. Dia ni tak sedar ke aku masuk?

"Mikael kau kena ke kilang pukul 3 ni bagi mengetuai jualan mesin pada pihak pembeli." Mikael tidak memberi reaksi. Kekal berbaring begitu.

"Mikael kau dengar tak ni?" Ish pekak pulak dah ke mamat ni. Rihana mendekati lelaki itu. Bahu Mikael dicuit.

"Mikael bangunlah weyh. Nanti jangan salahkan aku. Aku dah ingatkan kau ni." Rihana ingin melangkah pergi. Baru beberapa tapak dia kalih semula. Seriuslah Mikael kau tak nak bangun?

"Eee kau ni kenapa? Nanti Dato' bisinglah kau tak pergi. Mikael!" Rihana mencucuk berkali kali bahu lelaki itu dan dia agak terkejut apabila Mikael memegang tangannya sekaligus membuat perbuatannya tadi terhenti. Rihana tarik tangannya dan ditekap pula kedahi Mikael.

"Omaigod panasnya badan kau Mikael!" tinggi suara Rihana berbicara.

"Apa aku nak buat ni? Eh, Mikael pergi baliklah. Aku cakap kat Dato' kau tak sihat. Biar Dato je yang attend. Kau balik je rumah dan rest." elok dia nak pergi Mikael tarik tangannya.

"Aku tak larat sangat..." lemah dia bersuara. Sungguh ini bukan lakonan. Dia betul-betul sedang sakit sekarang. Kepala rasa macam nak pecah akibat pening. Ditambah pula dengan sakit tekak. Mulut Rihana yang bercakap banyak itu pun dia rasa nak sumbat dengan stoking. Makin pening dia dengar Hana membebel.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa?" Rihana cuak. Dia bukan boleh dalam situasi kecemasan begini. Mula dia kelam kabut. Mana nak inform kat Dato' Azhari. Mana nak cara Mikael.

"Tolong aku..."

"Aku nak tolong apa? Aku pun tak reti. Kau tarik nafas dalam dalam pastu kasi hembus. Rileks." Dia berfikir apa yang perlu dia lakukan. Wajah Mikael yang terpejam mata itu dipandang. Alahai, kesiannya. Mesti sakit sangat. Aku tahulah sebab kadang-kadang pernah kena. Tapi takdelah teruk sampai macam ni.

"Picit kepala aku kejap Hana..." pinta Mikael. Dia seorang yang jarang untuk terkena sakit tapi sekali dah kena memang teruklah jawabnya walaupun sekadar demam.

"Kau nilah.. Lain kali kalau rasa tak sihat tu duduk je rumah tak payah datang office. Rehat secukupnya kat rumah sampai sihat. Ini gatal pergi datang buat apa.." dalam dia membebel tu, Rihana duduk disebelah Mikael. Dahi Mikael dipicit tanpa kekok. Teringat sesuatu dia keluar sebentar dan masuj kembali dengan sebotol kecil minyak Cap Kapak. Memang dia sediakan dalam laci kerjanya.

"Apa ni..." kembang kuncup hidung Mikael menghidu bau sesuatu. Sesuatu yang cukup dia tak gemar.

"Minyak anginlah. Kasi surut sikit sakit kepala kau tu." dia mula sapu disekitar dahi lelaki itu. Melihat Mikael yang melarikan wajahnya dicelah sofa buat Rihana geram.

"Aku tak suka minyak angin.." katanya lemah. Rihana buat tak dengar. Disapu dan dipicit kepala lelaki itu. Dia tahu Mikael tak suka minyak angin. Bukan setakat minyak angin semua jenis ubat-ubatan dia tak suka. Nak makan ubat pun payah.

"Duduk diam sikit Mikael. Aku luku jugak kepala kau ni nanti." sukar dia nak picit kalau Mikael tekup wajahnya disofa. Mengelak daripada dia yang sedang menyapu minyak angin didahi.

"Sakit Hana.." adu Mikael. Kepalanya tak henti berdenyut-denyut.

"Ye aku tahu. Kau bagi aku urut kepala kau dulu. Nanti kuranglah sikit. Cuba dengar cakap aku Mikael kalau kau nak sakit tu hilang. Duduk diam ye aku picit." pujuk Rihana. Perghh pertama kali dalam hidup dia cakap baik baik dengan Mikael. Siap jaga pulak tu. Ini kalau mak tengok ni mahu dia gelakkan aku. Maklumlah orang selalu kata dia hati kering. Excuse me, aku ni ada hati dan perasaan okeyh! Aku takdelah kejam sangat. Atas sebab belas kasihanlah aku sanggup cemar duli picit kepala si Mikael ni ha.

Disisi Mikael pula. Walaupun sakit dia mengukir senyuman dalam hati. Terharu dengan sikap Rihana yang sudi memicit dia. Tiba tiba dia jadi teringat kisah lama mereka. Semasa dia demam denggi dimana Rihana merawatnya selama hampir seminggu ditahan wad. Dia siap ugut Rihana untuk tidak mahu belajar jika wanita itu tidak mahu menjaganya. Ah, indahnya memori dia bersama Rihana ketika dulu meskipun hanya dia yang bertepuk sebelah tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience