12

Romance Series 35155

Hampir sebulan aku menjadi PA kepada Mikael. Sebulan itu jugalah aku tahan sabar dengannya. Tempoh ini merupakan tempoh yang amat menyibukkan bagi kami. Jadi masa untuk 'bermesra' antara kami tu kurang sikit. Mikael sekarang sedang sibuk melawat kilang-kilang mesin. Nak deal dengan syarikat lain. Jadi agak jarang dia nak masuk office semula. Biasanya kalau belah petang dia ada meeting, dia takkan kembali semula.

Dan akulah manusia yang paling bahagia bila dia tiada di pejabat. Takdelah aku letih berbalah dengan dia. Korang jangan nak salahkan aku eh. Apa ingat tak penat ke jadi PA kepada lelaki bernama Daniel Mikael tu. Selama aku jadi PA kepada Dato Azhari aku tak pernah merasa sepenat begini. Mikael memang buli dia cukup-cukup.

Aku kadang-kadang confius samada aku ni bibik atau PA dia. Semua benda aku kena buat. Kemas rumah, hantar baju dobi dan ada satu hari tu Mikael paksa dia masak. Masak? Oh please tak pernah ada dalam kamus hidup dia. Yang dia buat adalah beli lauk diluar dan mengatakan dia yang masak. Senang, abis cerita. Tak payah pening-pening kepala. Sampai sekarang si Mikael tu kena tipu dengan aku hahaha.

Aku buka buku, melihat tanda-tanda yang dah aku buat pada kalender. Minggu ni mamat tu kena pergi Sabah. Tengokkan kilang mesin dia kat sana. Sebenarnya aku nak ikut. Eh, eh nanti dulu. Korang jangan perasan aku nak teman dia ke apa. Bukan! Aku rindukan Sabah sebenarnya, rindu kawan-kawan aku. Kawan aku ada yang menetap kat sana dah al maklumlah kan kahwin orang sana. Nanti kalau aku ikut, si Mikael tu perasaan aku syok kat dia pulak. Tapi inilah peluangnya dia nak pergi. Peduli apa atas urusan kerja sekalipun. Sambil buat kerja kita makin anginlah sekali. Tak gitu? Kalau tak bila je masa yang dia ada. Nak cuti masa bilanya? Nak cakap ke tak nak?

"Hai Hana..." aku mendongak. Seorang lelaki duduk didepan aku.

"Oh hai. Buat apa kat sini?" aku membetulkan duduk.

"Saya baru lepas jumpa Dato' tadi. Terkejut tengok orang lain gantikan awak. Bila tanya Anisa dia kata awak dah kena tukar jadi PA Mikael." owh lupa nak kenalkan hahah. Depan aku sekarang adalah Rizal salah seorang ketua engineer syarikat ni. Aku dengan dia memang rapat. Cuma dia ni terlebih busy kalah Dato' Azhari. Jadi jarang aku dapat jumpa dia. Dia lebih banyak habiskan masa di kilang.

"Haah. Asal muka macam serabut je?" selalu memanglah dia tu dah serabut tapi harini lagi serabut. Eh apa aku merepek ni.

"Masalah kat kilang tadi. Ada budak baru masuk. Diorang buat praktikal. Entah macam mana mesin boleh rosak kat tangan mereka. Dahlah mesin tu saya dengan engineer lain baru siapkan. Setahun Hana makan masa nak siapkan. Tu yang tadi saya berbincang dengan Dato'. Dato' nak reject mesin tu takut berbahaya tapi saya nak teruskan mungkin ada silap yang saya terlepas pandang ke. Tak apalah saya akan uji balik nanti." cerita Rizal padaku. Aku menepuk bahunya menyuruh bersabar. Padanlah serabut muka tu. Dia menyandar melepaskan keluhan. Aku tahu mesti dia penat gila gila.

"Saya tahu awak boleh buat Rizal. Mesin yang ada selama ni pun atas usaha awak dan team. Benda dah nak jadi. Adalah tu silap kat mana-mana yang awak tak perasan ke. Janganlah stress macam ni. Awak ni asal jumpa saya je muka monyok. Cubalah sebelum nak jumpa saya mood tu kasi riang sikit macam kanak-kanak Ribena." Rizal tergelak.

"Saya nak mengadu dengan awak. Kalau bukan dengan awak dekat siapa lagi nak mengadu?"

"Eh apa pulak saya. Pergilah mengadu kat parents awak. Tulah, orang suruh kahwin tak nak. Kalau tak boleh mengadu kat bini. Umur tu dah masuk 4 series dah."

"Ish Hana awak ni kesitu pulak dia. Seronok cakap orang abistu awak tu macam muda sangat lagi. Kalau saya 4 series awak tu dah masuk 3 series tahu tak." cebik Rizal.

"Biarlah saya nampak awek muda apa. Orang luar tak tahu umur saya berapa." Itu memang Rizal akui. Rihana nampak muda. Macam budak sekolah menengah lagi. Dengan badan yang kecil molek tapi mulut masyaallah. Tak padan dengan tuan badan.

"Apa kata sempena awak serabut harini saya belanja makan nak? Lagipun dah lama tak makan sama sama. Awak pun jarang nak datang sini melainkan kalau ada hal penting. Jom lunch sekali?" ajak Rihana. Dia tak puas nak berbual dengan Rizal lagi. Rizal melihat jam ditangan. Rihana cebik, acah macam busy bebenor gayanya.

"Jomlah, lagipun dah masuk waktu lunch ni."

"Okey jom.." Rihana capai beg tangannya di dalam almari bawah. Dia melangkah bersama Rizal. Sambil itu mereka masih lagi berbual. Apa yang lawak pun tak tahu sampai berdekah-dekah ketawa Rizal. Tiba dihadapan lift mereka bertembung dengan Mikael.

"Nak kemana?" Mikael berdiri didepan Rihana. Tajam matanya memandang kedua dua manusia didepannya ini.

"Nak lunch la. Yang awak tiba tiba balik kenapa? Biasanya bukan tak balik ke?" Mikael biasanya akan memaklumkan kepada dia terlebih dahulu kalau ingin pulang ke pejabat selepas seharian berada diluar.

"Office aku suka hatilah.." tempelaknya dan berlalu.

"Eh, eh emo pulak dia.."

"Period kot.." bisik Rizal ditelinga Rihana. Wanita itu ketawa. Dia menunggu lift tiba ditingkatnya. Ini kerana dia tak sempat nak masuk bila Mikael bertanya tadi.

"Agak-agak lah.. Tapikan saya rasa kalau dia PMS lagi teruk daripada perempuan agaknya. Macam singa! Nak menyinga je dengan orang." kutuk Rihana. Dia tak sedar ke apa yang dia kutuk tu sebenarnya ada pada diri dia.

"Nak makan kat mana ni?" tanya Rizal.

"Awaklah nak makan apa?"

"Disebabkan awak nak belanja saya nak makan kat 5 star hotel la." usik Rizal. Segera dia menerima cubitan bertalu talu daripada Rihana. Rizal mengelak sambil tergelak.

"Orang punya baik nak belanja dia minta lebih lebih pula."

"Eeee tak ikhlas.." Rihana menjelirkan lidah. Bayangan mereka berdua hilang didalam lift.

Mikael melepaskan penumbuk dimeja. Sakit hatinya melihat kemesraan Hana bersama staffnya. Dengan dia Hana tahu nak berangin je. Dengan lelaki itu boleh pula cakap lemah lembut siap gelak ketawa lagi. Selepas meninggalkan Hana tadi dia tidak terus masuk ke bilik tetapi dia menyorok disebalik dinding nak melihat Hana. Tapi dia disajikan pula dengan kemesraan mereka berdua. Dengan dia jangan haraplah Hana nak buat begitu.

Apa yang kau nak sebenarnya Hana? Apa yang payah sangat kau nak terima aku ni? Mikael memicit dahi. Penat dengan urusan kerja seharian ditambah lagi penat dengan karenah Hana. Dia kena lakukan sesuatu. Hati lelakinya dapat merasakan yang engineer itu ada menaruh perasaan terhadap Hana. Dia kena cepat bertindak. Lama dia berfikir sebelum dia bangun dan menuju kearah bilik daddynya. Dia akan minta pertolongan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience