1

Romance Series 35052

"Kakak kau ni selagi tak tegak matahari atas kepala selagi tu tak bangun. Apa nak jadilah dengan anak dara ni. Ash pergi gerak kakak kau bangun." arah Heliza kepada anak lelakinya yang bongsu.

"Alah mak, Ash rela buat kerja lain daripada mengejutkan singa betina tu." gerun mengenangkan perkara yang bakal berlaku.

"Mak kata pergi tu pergilah. Apa yang susah sangat." arah Heliza dengan suara yang tinggi.

"Yelah Ash pergi..." perlahan-lahan dia menuju kebilik kakaknya. Haish dalam banyak-banyak orang kenapa dia yang kena? Eh, manada orang lain melainkan dia dan mak je. Diakan penanam anggur terkemuka. Alah releks baru habis belajar kot. Nanti nantilah aku cari kerja.

Bilik kakaknya diketuk sekali. Tak mendengar sahutan dia ketuk lagi dengan sedikit kuat. Kakak aku ni pekak ke apa? Apa telinga tu tak pernah korek ke?

"Kak oi, mak suruh bangun. Dah tengahari ni." Ash mengetuk dengan kuat pintu kakaknya. Ish mana singa ni tak nak bangun-bangun. Nak kena ni. Si Ash pun dengan beraninya buka pintu bilik kakaknya dengan luas. Belum kakinya melangkah masuk, dia terjerit.

"Aduh sakitnya!" terguling-guling dia menekup kepalanya. Benda apa yang kena atas kepalanya tadi. Dia meliarkan pandangan. Terbeliak matanya melihat jam loceng yang ada berdekatan. Adakah benda alah ini yang menimpanya tadi?

"Aku cakap kat mak kau baling aku dengan jam."

"Kau berambus sekarang!!!" Ash mengurut dada. Tu dia singa tu mengaum. Bergegar rumah.

"Mak suruh bangun." Ash berkeras depan pintu sambil memeluk tubuh. Saja nak membangkitkan marah si kakak.

Rihana mendengus. Pantang betul dia kalau ada orang menganggu tidurnya. Dia buat tak tahu dengan suara adiknya.

"Kak ooooo kak.. Kakak, kakak, kakak... Kakak.." Ash siap buat nyanyian lagi. Selagi tak bangun selagi tu dia akan kacau. Nanti kalau dia tak dapat kejut mak bising kat dia pulak.

"Diamlah setan!!!!!! Kau nikan."

"Mak tolong!!!!" Ash terus berlari apabila melihat Rihana yang sudah bangun dengan muka yang mencuka. Dia menyorok dibelakang Heliza.

"Dah kenapa kau ni." Dia rimas dengan Ash yang memegang bajunya dari belakang. Nak buat kerja pun susah. Melihat wajah serius Rihana yang muncul tahulah dia mengapa.

"Kau kalau tak kacau aku tak sahkan! Sini kau!" Rihana cuba mendapatkan Ash dibelakang maknya. Puan Rohana ditengah-tengah cuba meleraikan.

"Mak tolong Ash. Jangan bagi singa ni dekat. Mak yang suruh Ash tadi." berlari lari dia dikeliling Heliza sambil memaut baju maknya. Pening Heliza dibuatnya.

"Sudah! Sudah! Berhenti. Korang ni buat mak pening. Sudah mak cakap!" teriak Heliza. Anak anaknya ini boleh darah tinggi dia dibuatnya.

"Akak ni mak.."

"Apa aku pulak. Kau yang kacau aku!" tangannya dapat mencapai baju Ash dari tepi. Melolong sekali tekak budak tu.

"Sudah!!!!!!!!" jerit Heliza. Terhenti terus pergelutan dua beradik itu.

"Along kamu jangan nak garang sangat dengan adik. Mak yang suruh dia kejut kamu bangun." Mencerlung mata Heliza memandang Rihana.

"Mak nak apa ni. Kacau Hana tidur." dengusnya tak puas hati. Dengan rambut yang masih kusut masai dia menguap seluas luasnya.

"Aduh sakitlah mak.." apa mak ni main pukul bahu dia. Ingat tak sakit ke?

"Cuba senonoh sikit! Perangai tak matang langsung! Cuba tengok jam tu pukul berapa dah? Dah nak masuk tengahari Hana oi. Bawak bawak bangkitlah. Malu kalau orang tahu." leter Heliza.

"Eh Hana mak cakap dengan kamu ni.." boleh pulak Rihana tidur berdiri mendengar nasihatnya. Ish, panas pulak hati kita. Dicubit lengan anak gadisnya itu.

"Apa mak.." dia sengaja buat tidur. Taktik apabila tidak mahu mendengar leteran maknya.

"Pergi mandi pastu tolong mak kat dapur ni." arah Heliza. Bukan dia tak tahu Rihana kemain liat nak masuk dapur.

"Tak naklah. Mak suruh aje pondan ni tolong mak.."

"Kau panggil aku pondan kak! Eeee mulut kau kak aku cabai nanti." marah Ash dari belakang Heliza. Dia memanglah lembut tapi tak bermakna dia pondan. Dia normal okay.

"Marilah kalau kau berani.."

"Mak tengok akak ni." Ash buat muka sedih berharap Heliza akan berpihak kepadanya.

"Sudah, sudah! Hana pergi mandi sekarang. Pastu turun bawah tolong mak. Banyak benda nak nak siapkan ni. Esok Angah nak balik."

"Dah biarlah kalau dia nak balik. Apa kena mengena dengan Hana." protesnya.

"Eh adik awak tu dah lama tak balik. Duduk overseas lama sangat. Sekarang dia dah kena pindah kat sini. Dekat dengan kita semua. Senang mak nak tengok nak jaga. Tak adalah risau sangat. Dah pergi naik mandi." aku menghentak kaki tanda protes.

"Hah hentaklah kaki tu mak potong baru tahu. Apa nak jadilah dengan kakak kau sorang ni. Naik angin je memanjang." bebel Heliza.

"Jangan jangan akak tu kena sampuk dak dengan hantu marah?" kata Ash tiba tiba.

"Dah jangan nak melalut. Pergi sambung balik buat kerja tu."

"Ala mak banyak lagilah nak kena kupas. Penatlah Ash." Mak ni nak buat kenduri ke apa. Pedih tau mata potong bawang banyak banyak.

"Kamu jangan sampai mak pula mengungkit pasal penat. Karang berdarah telinga tu.." ugut Heliza. Dengan Ash senang sikit dia nak mengarah.

"Ha yelah yelah. Mak ni.." bukan dia tak tahu mak dia kalau dah mula mengungkit. Dari akar umbi maknya itu korek. Dari melahirkan sehinggalah membesarkannya. Tak larat woi nak dengar. Buat sedih je nanti. Balik balik aku juga yang kena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience