6

Romance Series 35052

Aku mulakan kerja seperti biasa. Buat apa cuti lama-lama bukannya aku yang kahwin. Semalam Haziq dan Safira dah terbang untuk berbulan madu ke Korea. Kemain adik aku sorang tu. Luar negara dia pergi.

"Hana masuk bilik saya sekejap."

"Ok Dato.." Aku merupakan setiausaha kepada Dato Azhari, pemilik kepada Syarikat Tzech. Syarikat yang kukerja ini merupakan syarikat yang mengeluarkan barangan teknologi. Macam mesinlah.

"Ye Dato ada apa?" Aku berdiri depannya. Dia kalut mencari sesuatu.

"Mana fail warna merah yang saya suruh awak semak semalam?"

"La kan saya dah bagi balik pada Dato semalam. Lepas cek terus saya pulang."

"Masalahnya takde ni.." Dato' Azhari mula menggelabah. Janganlah hilang fail perjanjian dia dengan syarikat lain.

"Bawa bertenang kejap saya tolong carikan." Rihana memutarkan ingatannya. Seingatnya semalam dia sudah memulangkan fail itu kepada Dato Azhari. Dia bergerak ke kabinet yang berada di belakang Dato' Azhari. Satu satu dia semak.

"Takdelah Hana." keluh Dato Azhari. Tangannya naik memicit kepala.

"Dato ada bawa balik tak semalam?"

"Awak tahukan saya tak suka bawa balik kerja kat rumah. Nanti Datin bising." eleh yelah tu!

"Cakap Dato' ni bukan boleh pakai. Haritu pun sama jugak macam ni. Last-last lukisan tu kat rumah." perli Rihana. Dia dan Dato' Azhari dah macam keluarga. Datin pun sangat baik dengannya.

"Betul Hana. Saya rasa memang saya tak bawa balik."

"Layanlah Dato'. Saya telefon Datin tanya." terus Rihana keluar. Telefon diatas meja dicapai dan mendail nombor Datin Aleena.

"Assalamualaikum Rihana.." sapa Datin Aleena terdahulu.

"Waalaikumussalam Datin. Datin ada kat mana tu?"

"Kat rumah. Kenapa Rihana?"

"Macam ni Datin saya nak minta tolong Datin tengok tengokkan ada tak Dato' tertinggal fail berwarna merah di rumah. Kalau ada nanti saya ambilkan."

"La Dato ni ada aje dia menyusahkan awak. Sekejap saya tengok kat bilik kerja dia." Rihana sabar menunggu. Beberapa minit kemudian muncul suara Datin Aleena kembali.

"Hana, ada ni ha fail tu. Warna merah kan?" aku sengih. Dah agak dah. Dasar nyanyuk punya Dato. Kutuknya dalam hati. Aku cakap bukan nak dengar.

"Haah betullah tu. Okay Datin nanti saya ambilkan. Terima kasih ya."

"Hana sekejap! Hana busy tak tu? Kalau tak marilah makan tengahari dengan saya." pelawa Datin Aleena. Rindu dia nak dengar celoteh mulut Rihana. Lagi satu Rihana sekepala dengan dia dalam bab shopping. Lagilah dia suka ada kawan boleh bawa borak.

"Hmm, sound nice! Bolehlah Datin. Nanti saya datang. Kena inform kat big boss dulu."

"Ha yelah. Kalau dia tak kasi awak ugut je dia." gelak Datin Aleena. Sememangnya dia dan suami sudah menganggap Rihana seperti anak mereka sendiri. Aku kembali masuk kedalam bilik Dato Azhari.

"Saya dah kata Dato ni pelupa tak nak dengar."

"Kenapa pulak?"

"Yelah, mati mati Dato kata tak bawak balik fail kerumah. Rupanya Dato' memang bawa balik. Datin kata ada kat bilik kerja Dato." Dato Azhari menepuk dahi. Makin menjadi-jadi penyakit lupa dia sekarang.

"La iyeke. Hmm, tak apalah kalau macam tu. Nanti saya suruh Bahar pergi amik."

"Dato waktu lunch nanti ada apa apa tak?" tanyaku.

"Eh, eh awakkan PA saya. Apa tanya saya pulak." berkerut dahi Dato' Azhari.

"Ish Dato' ni memanglah saya PA Dato'. Dato' memang tak ada apa-apa dah selepas ni. Maksud saya waktu lunch nanti Dato' ada nak ajak pergi mana-mana tak? Dato' tu kadang-kadang selalu ajak teman lunch jumpa orang nilah jumpa orang tulah. Macamlah saya tak tahu taktik Dato' yang nak mengenankan saya dengan kawan Dato'." Dato Azhari garu kening. Alamak tertangkap sudah. Memang dia nak kenankan Rihana dengan kawannya yang masih bujang la takkan nak kasi kat laki orang pulak. Rihana tu dah dia anggap macam anak sendiri.

"Awak ada nak kemana-mana ke waktu lunch nanti?"

"Ada! Nak pergi rumah Dato. Datin ajak lunch sekali." beritahuku.

"Amboi Datin saya tak pulak diajaknya balik makan."

"Nampak tak betapa sayangnya Datin kat saya. Adanya saya Dato' pun Datin tak hirau. Hahaha." aku gelak kat situ. Dato Azhari mencemik. Memang pun. Kalau Rihana ada dia pun isterinya tak pandang.

"Jomlah kalau macam tu naik sekali dengan saya."

"Hmm, boleh jugak.."

************

"Rihana lama dah tak datang rumah saya. Makin cantik sekarang." kembang hidung aku bila dipuji.

"Eh awak ni. Lama apanya. Bukan budak ni dah datang minggu lepas. Lepastu awakkan dah jumpa dia kat kenduri kahwin haritu." sampuk Dato' Azhari.

"Ish tu lain cerita. Saya takde teman nak berborak. Awak kalau saya ajak borak terus lena. Bosan betul. Ada Hana bolehlah berborak layan saya."

"Anak teruna awak mana?" tanya Dato' Azhari mengenai anak tunggalnya.

"Dia? Hmm, memang taklah melekat kat rumah." sudahlah pagi keluarnya balik pula lewat malam. Kadang kadang tu sampai tak balik langsung.

"Eh dia dah balik ke?" tanyaku merujuk kepada Dani anak lelaki tunggal keluarga itu.

"Dah. Baru je balik tak sampai sebulan pun. Dia kerja kat sana London tu tapi berhenti dah sebab Dato' panggil balik suruh amik alih syarikat." jelas Datin Aleena.

"Saya ni Hana mana larat dah. Bak kata awak saya ni nyanyuk kan. Harapkan dia je tu. Itupun dia macam malas nak ambil peduli pasal syarikat." sempat Dato' Azhari memerli Rihana.

"Tegaslah sikit Dato'. Suruh dia bekerja. Sekarang ni dia buat apa je?"

"Entahlah melepak kut dengan kawan kawan dia. Ajak suruh masuk syarikat tak mau katanya nak berehat dulu. Saya tahu dia merajuk dengan saya sebab suruh dia berhenti kerja kat overseas tu." Aku diam tak tahu nak membalas apa.

"Saya ada idea macam mana nak suruh dia bekerja dengan kita." aku angkat kening kearah Dato' Azhari dan Datin Aleena.

"Apa dia?" semangat Dato' Azhari ingin tahu. Dia memang nak suruh Dani bekerja dengannya.

"Apa kata Dato ugut dia.."

"Saya nak ugut dengan apa?"

"Apa apalah yang boleh menyebabkan dia rasa takut ke. Buat something yang dia tak suka. Saya ada idea ni tapi tak tahulah Dato' setuju ke tidak."

"Apa dia saya nak tahu jugak.." gesa Datin Aleena. Dato Azhari disebelah mengiyakan.

"Sayakan PA Dato' jadi saya uruskan semua maklumat tentang Dato' termasuklah bab bab duit dan akaun syarikat dan keluarga Dato'. Hmm, Dato masih bagi elaun yang sangat tinggi kepada dia even dia masih bekerja kat overseas dulu. Kalau dikira banyak juga duit yang dikeluarkan hanya untuk Dani. Jadi apa yang saya cadangkan ialah apa kata Dato ugut nak tarik balik kesemua elaun dia kalau dia tak mahu bekerja di syarikat. Saya yakin dia pasti tak nak kehilangan semua yang dia dah ada sekarang. Amacam Dato' Datin?"

"Hah bagus jugak macam tu. Masa nilah abang kena ajar dia. Biar sedar diri sikit anak teruna awak tu. Bernas idea awak Rihana." akukan. Dahlah cantik brilliant pulak tu. Hahaha tiberr.

"Malam ni abang cuba. Kalau tak jadi macam mana Hana?"

"Kita fikir lain pulak Dato'. Nanti saya seru idea idea saya yang lain." Aku sengih. Hahaha, suka hati aku je nak mengenakan anak Dato' Azhari. Aku pun tak pernah jumpa dia lagi. Last aku jumpa masa dia masih bersekolah di Tingkatan 5. Sebabnya akulah guru tuisyen dia yang tak bertauliah mengajar dia dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience