2

Romance Series 35052

"Urghhhh" Rihana menguap sambil menuruni tangga. Rambutnya di garu. Senyap je rumah. Mak tak pula kejut dia harini. Eh, Rihana orang tu kejut kau kemain marah. Bila tak kejut mencari pulak. Bukan apa just curious je. Hari harinya yang indah biasanya dihiasi dengan pekikan maknya.

"Mak ooo mak.." dia menuju ke dapur. Tiada maknya disitu. Dengan muka yang tak basuh selamba aje dia menuang air Milo kedalam cawan dan diminum. Dia bawa cawan itu kedepan. Tv dibuka. Melihat pintu grill rumah yang terbuka dia andaikan yang maknya berada diluar. Tangannya lincah menekan button pada remote Tv mencari siaran yang menarik.

"Eh kak bangun dah kau?" tersembur air Milo yang baru masuk kedalam mulut. Kus semangat. Wajah adiknya dipandang tanpa perasaan.

"Bila kau sampai?" Tiba-tiba je terpacak depan aku.

"Angah sampai pagi tadilah. La, Angah mati mati ingat tak ada orang kat rumah." Haziq duduk disebelah kakaknya.

"Mak dengan Ash mana?" dia pandang ke luar rumah.

"Ash baru balik tadi. Angah tanya dia pasal Along dia kata tak tahu. Mak pula keluar sekejap. Kau ni Along mesti baru bangunkan. Tengok muka pun tahu dah." Haziq geleng kepala melihat kakaknya. Ingatkan dia duduk overseas lama berubahlah kakak dia ni.

"Sibuklah kau ni. Suka hatilah nak bangun pukul berapa."

"Ada aje jawapannya.."

"Assalamualaikum kak.." muncul Safira tunang Haziq didepan pintu. Dia menghampiri Rihana untuk bersalam sebelum wanita itu menolak.

"Takpe-takpe akak tak mandi lagi ni. Duduklah." pelawa Rihana.

"Eee tak malu ke Safira tengok akak tak mandi lagi." ejek Haziq.

"Setakat Safira malu benda. Dia nak jadi sebahagian family takde maknanya aku nak sorok bagai perangai 'cantik' aku ni" Safira hanya tersengih. Dia tak kisah semua tu. Dia tahu perangai kakak tunangnya tu macam mana.

"Kak pergilah naik atas mandi pastu ikut kitaorang jom." ajak Haziq.

"Nak pergi mana?"

"Ikut kitaorg cari barang kahwin sikit. Ada yang tak cukup lagi ni. Jomlah kak." ajak Haziq. Lengan kakaknya digoyang.

"Ish tak ada kerja aku nak mengekor korang. Pergilah sendiri macam tak biasa."

"Alah jomlah kak.." pujuk Haziq lagi. Safira sekadar memandang tidak mahu masuk campur.

"Kau nak kena pelangkung ke dengan aku. Aku tak naklah. Aku penat ni."

"Penat apanya kak. Kau bukan buat kerja apapun. Macam aku tak tahu perangai kau. Lagipun hari Ahad kut. Kau cuti jangan nak memandai mandai tipu."

"Weyh Haziq, mana kau letak beg aku warna biru tu?" semua berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki berdiri depan pintu. Siapa pulak ni?

"Ada kat atas kot. Aku angkut bawa naik semua tadi. Hah, kak amacam jom lerr." dia masih belum berputus asa memujuk kakaknya ini. Hish awatlah yang liat sangat pun tak tau. Kepala batu sungguh!

"Apa aku dapat kalau aku ikut kau?" Masa nilah dia nak pau adik dia. Kerja overseas mesti duit berkepuk-kepuk. Hahaha, muncul idea jahat dalam akalnya.

"Tak ikhlas langsung.. Ha, apa kau nak?" Haziq menjeling kakaknya. Tu senyuman jahat tu adalah benda kakak dia rancang.

"Hahaha, nanti aku fikirkan.." keningnya sengaja dijongketkan kearah adiknya.

"Dahlah kau kak. Pergilah siap." halau Haziq. Aku bersorak gembira. Lekas lekas aku bangun. Baru beberapa tapak melangkah Haziq panggil aku semula.

"Lupa aku kak. Ni kawan aku Mikael namanya. Dia yang jadi pengapit aku nanti. So, dia akan stay sini." jelas Naufal. Aku pandang lelaki itu atas bawah. Nampak pipinya seperti terangkat, senyum barangkali. Macam mana aku nak nampak kalau muka tu penuh berbulu dengan jambang. Yuksss, geli aku!

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Bentang karpet merah?" balasku tanpa perasaan. Haziq ternganga dengan jawapan kakaknya. Ish mulut aku cili jugak nanti. Malu mukanya depan kawannya ini. Tak reti nak ambil hati langsung.

"Eh tak payah bentang karpet merah. Kau pun muka tak siap lagi ada hati nak jemput aku. Tak apalah simpan aje niat kau tu. Patah mood aku tengok muka orang tak mandi macam kau." Sekali lagi Haziq ternganga. Tak sangka dengan jawapan yang keluar dari mulut kawannya itu. Kalau dia dah ternganga, kakaknya lagilah. Muka terkejut dia tak payah cakaplah macam mana.

"Kau..." Rihana mengetap bibirnya. Dia menjeling tajam lelaki itu dan berlalu meninggalkan ruang tamu. Kakinya sengaja dihentak ketika menaiki tangga. Ash yang kebetulan baru keluar dari bilik yang bertentangan bilik kakaknya terhenti. Cemberut je muka. Mesti ada yang tak kena ni.

"Aduh kak.." terkejut Ash apabila kepalanya diketuk kuat oleh si kakak. Apa pulak salahnya kali ini.

"Kau kenapa tak cakap ada orang kat bawah." marah Rihana dan terus masuk kebilik. Ash mengusap kepalanya berkali-kali. Aik itu pun nak marah. Bukan ke abangnya yang balik? Takkan dengan Haziq pun malu kot. Entah papelah perangai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience