3

Romance Series 35059

"Kak, kau nak makan apa?" tanya Haziq. Mereka kini berada di food court.

"Aku nak chicken chop dan fresh orange." Haziq mengangguk. Dia beralih kepada temannya pula.

"Kau nak apa?"

"Sama jelah dengan dia." aku mencebik. Sibuk je. Haziq dan tunangnya pergi memesan makanan kami. Jadi tinggal aku dengan orang utan ni. Ye, itulah gelaran yang aku bagi padanya. Eh, kau orang kalau tengok pun mesti kutuk jugak tau. Itu kalau cicak jatuh dalam jambang dia tu confirm confirm sesat!

"Dah puas kau kutuk aku?" bukan dia tak nampak memek muka gadis itu.

"Belum lagi. Kejap lagi aku sambung balik."

"Asal tak sambung kutuk sekarang je?"

"Eh aku punya pasallah. Kau sibuk kenapa?"

"Mestilah aku kena sibuk, sebab orang yang kutuk tu aku."

"Peduli apa aku!"

"Kisah pulak aku." Rihana rasa nak hantuk je kepala mamat kerek yang sedang tersengih-sengih depannya ini dimeja. Haziq bawak balik malaun manalah ni.

"Kau marah marah pun cantik. Jarang aku nak jumpa." Mikael merenung gadis didepannya ini.

"Tak payah cakap aku memang dah tahu!" balas Rihana sarkastik. Dia bila berdua duaan dengan lelaki ini mulalah suhu kemarahannya naik mendadak. Dari dalam kereta lagi mereka sudah berbalah. Lelaki ini memang suka cari pasal dengannya.

"Mak aih kereknya kau ni. Baru puji sikit dah melebih lebih. Kalau tahu tadi baik aku puji makcik cleaner tu."

"Hah pergilah sana puji tunggu apa lagi. Kau kan mesti tak pernah kena pujikan? Yelah sape je nak puji kau kalau dah serupa orang utan. Kau tak tengok cermin eh? Apa rumah kau takde cermin ke? Pergilah woi cermin diri kau tuh. Berbulus tahu tak. Ini kalau binatang jatuh confirm sesat. Ntah-ntah mati terus dalam tu tak jumpa jalan keluar. Eh, kau kalau tak reti nak mencukur tu berlambak kedai barber shop. Kalau rasa malas suruh je diaorang cukur. Ini tidak macam apa dah aku tengok. Aku pun konfius muka sebenar kau macam mana. Aish, rimas aku menengoknya!" terkebil-kebil mata Mikael. Sungguhlah laser dan laju mulut Rihana bercakap sampai tak berpeluang langsung dia nak mencelah. Ditembak bertubi-tubi terus tepat mengenai hati. Ini kalau kata-kata dia tadi tu peluru betul mahu berlubang lubang badan dia. Dashyat sungguh gadis ini.

"Kak, kau tengah rap ke tadi tu?" bukan Mikael saja. Dia dan Safira yang baru tiba juga terkejut. Macam bertih jagung mulut kakaknya itu membasuh Mikael.

"Hish ni korang punya pasallah ni. Ajak aku keluar. Tahu tadi baik aku sambung tidur je. Ada jugak faedahnya. Keluar dengan monyet ni buat sakit hati aku je." tersedak Mikael yang sedang minum air. Dia ni tak habis-habis lagi ke mengata aku! Tak puas hati benor gayanya. Rihana bangun bersedia nak beredar.

"Eh kak kau nak pergi mana ni?" kalut Haziq bertanya.

"Baliklah."

"Eh makanan ni macam mana?"

"Lantaklah.."

"Tak baik membazir kak oi. Makanlah kak."

"Kau sebenarnya bukan risau makanan tu membazir tapi duit kau yang dah terbazir dengan makanan aku tukan?" Rihana mengeluarkan not lima puluh ringgit dan diletak depan adiknya.

"Eh kak tak payahlah aku tak cakap apa apapun. Ni kau nak balik dengan apa ni?" Ish payahlah kalau perangai kakak dia sorang ni macam singa. Berangin aje.

"Grab banyak.." terus Rihana beredar. Mereka bertiga sekadar memandang kelibat Rihana yang semakin hilang.

"Kau nilah. Cuba jangan kasar sangat. Kalau dia api kau jadilah air. Tu pun nak kena ajar ke?" bebel Haziq.

"Kakak kau tu kena ajar sikit. Tak boleh biar macam tu. Takpe takpe aku bagi peluang dulu kat dia. Harini dia menang." balas Mikael tenang. Pelbagai rancangan sudah berada dimindanya.

"Kalau macam ni cara kau nak mengorat aku ucap takziah la awal awal. Memang tak dapat la." sebenarnya Mikael memang sukakan kakaknya itu. Dah lama dia pendam. Jatuh cinta hanya melihat pada gambar sahaja.

"Alah kau ni. Ni Mikael la. Benda yang aku nak mesti dapat punya. Tapi tadikan, terkejut juga aku kena basuh dengan dia. Mulut dia weyh macam machine gun. Tak berhenti henti. Aku nak celah pun tak boleh. Ternganga aku dibuatnya." Haziq tergelak.

"Baru kau tahu macam mana perangai dia. Selama ni aku cakap kau tak percaya. Ha, sekarang dah depan mata tengoklah sendiri." Haziq pernah menceritakan perangai kakaknya kepada Mikael. Yang dia pelik. Dalam banyak-banyak wanita, kakaknya yang macam singa itulah yang Mikael nak. Dia sudah ceritakan semua perangai kakaknya itu. Bukan yang baik yang buruk dia ceritakan. Yang paling dia tak sangka sekali, Mikael makin bersemangat nak berjumpa Rihana. Dia kata baru ada cabaran dalam perhubungan sebegini. Agaknya Mikael pun tiga suku macam kakak dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience