Majlis pernikahan mereka cuma tinggal sebulan lebih sahaja lagi. Kebanyakan persiapan perkahwinan mereka telah siap. Sengaja mereka siapkan awal kerana banyak kerja dipejabat yang perlu mereka selesaikan. Hal ini kerana Mikael ingin bercuti selama sebulan selepas selesai majlis perkahwinan mereka. Jadi banyak benda yang nak kena diuruskan. Mujur keluarga mereka turut membantu. Rasanya tak lepas kalau sekadar mereka berdua yang menguruskan persiapan perkahwinan mereka.
Mikael masuk ke pejabat selepas meeting bersama wakil pembeli. Hari ini Rihana bercuti kerana membawa Rocky ke klinik haiwan. Geleng kepala Mikael dengan perangai Rihana. Siap menangis telefon dia kata Rocky sakit. Dalam keadaan mereka yang sibuk dengan urusan kerja, masa itulah Rihana nak bercuti. Tapi dia beri saja kerana malas nak bergaduh. Padahal Ash boleh saja bawa kucing itu ke klinik.
Dia telah meminta tolong Anisa, PA daddy untuk membantu dia seharian ini. Banyak yang perlu dia selesaikan kerana tidak mahu diganggu ketika berbulan madu nanti dan dia juga tidak mahu menyusahkan daddy dengan hal syarikat. Interkom diatas meja berbunyi. Mikael menekan butang untuk menjawab.
"Yes Anisa?"
"Tuan Mikael ada tetamu yang hendak berjumpa dengan tuan. Dia sedang menunggu dibawah."
"Siapa?"
"Katanya dia kenalan rapat tuan. Receptionist Kat bawah kata dia nak berjumpa dengan tuan segera." Mikael kerutkan dahi. Siapa pula kenalan dia? Dia tidak mempunyai kenalan yang ramai di Malaysia.
"Panggil dia naik." putus Mikael. Dia mengemas sedikit meja yang berselerak. Kepalanya puas berfikir siapa kenalannya itu. Pintu diketuk, sebaik mendapat izinnya terkuak pintu itu dan masuk seorang wanita. Terkejut Mikael dibuatnya. Dia berdiri secara mengejut.
"Linda..."
"Hai Mikael.." sapa wanita itu. Mikael beriak tenang. Walhal hatinya penuh tanda tanya atas kehadiran wanita ini kepejabatnya.
"Have a sit.." Mikael mempersilakan Linda duduk di sofa. Dia turut melangkah mengikut wanita itu duduk.
"What bring you here?" soal Mikael tanpa berbasi lagi.
"Surprise!!!" wanita itu mendepakan tangannya untuk memeluk Mikael pantas Mikael menolak.
"Oh, seem you doesn't like to see me here." ejek Linda.
"For God sake Linda, what do you want!" bicara Mikael serius.
"Nothing I just looking for you." Linda senyum sinis.
"Looking me for what?"
"I heard from Darian you want to get married." kata Linda sambil bermain dengan jarinya.
"So what?" Memang Mikael ada mengirimkan jemputan kepada rakannya yang berada diluar negara untuk hadir ke majlis perkahwinannya nanti. Pasti berita itu sudah tersebar.
"Nothing. I just want to see that women. Is she better than me? Until make you dump me just like that. I want to meet her."
"Stop Linda. Please do not make trouble here. I have explained everything to you before. So stop! I don't want to talk about this anymore." bicaranya tegas. Mikael bangun dia berdiri didepan mejanya untuk memanggil Anisa masuk.
Sementara itu di lobi syarikat...
Rihana membawa bekalan makanan di tangannya. Hari ini penat dia bersilat kat dapur bersama Heliza. Jadi dia bawa makanan tengahari untuk makan bersama Mikael.
Didalam lift Rihana sudah tersenyum-senyum. Apa reaksi Mikael bila tengok dia bawa makanan? Mesti orang kata dia overkan? Eh, aku ni mana pernah masak. Ni first time dia masak pastu nak bagi bakal suami rasa. Mestilah debor nak dengar big boss tu komen apa. Selama ni dia bantai tipu je Mikael. Beli makanan kat luar tukar bekas pastu katalah dia masak. Tapi itu masa dia dengan Mikael tak ngam lagilah.
Tiba di tingkat Mikael, dia lihat mejanya kosong. Mikael kata dia pinjam PA daddy. Tak nampak pun Anisa. Tak tunggu lama terus Rihana pulas tombol pintu bilik Mikael. Pintu terbuka, terus tercengang Rihana dibuatnya. Mangkuk tingkat ditangan jatuh kebawah.
"Mikael!!!" jerit Rihana serupa orang kena histeria. Mana tak histeria. Mikael duk melutut depan seorang wanita dalam keadaan yang sangatlah rapat. Dah tu duk pegang pulak kaki wanita tu. Wanita itu Rihana tengok bukan kemain seksi lagi. Korang buat apa ni???
"Sayang abang boleh jelaskan.." terus Mikael campak kaki Linda kebawah. Linda mengaduh.
"Mikael it sick.."
"You shut up!" Tengking Mikael. Dia risaukan Hana yang serupa nak telan orang itu.
"Hana abang tak buat apapun.. Abang cum.."
"Tak buat apa? Eh saya tak buta lagilah Mikael." marah Rihana.
"Dah sambunglah balik 'drama' tadi tu!!!!" jerit Rihana dan berlari keluar sambil menangis. Sampai hati Mikael buat dia macam ni.
"Sayang!!!!" baru dia nak kejar Linda pegang tangan dia.
"You just want to leave me like that? Again Mikael?" rungut Linda.
"It's all your fault! Kalau kau tak datang masalah ni takkan jadi! Pergi baliklah Linda." Mikael merentap tangannya. Dia ingin mengejar Rihana. Didepan pintu bilik dia bertembung dengan Anisa.
"Eh tuan nak kemana ni? Cik Linda macam mana?"
"Ah, pandai pandailah awak cara dia. Lepas siap terus suruh dia balik dan jangan pernah bagi dia datang jumpa saya lagi selepas ini." usai berkata terus Mikael berlari meninggalkan Anisa yang masih terpinga-pinga.
Sampai dibawah dia sudah tidak melihat kelibat Rihana. Haish, mana ni laju betul lari. Mikael mengeluarkan telefon dari poket dan mendail nombor telefon Hana tapi tak berangkat.
"Hana pickup the phone Sayang.." Mikael mengeluh. Lepas satu satu dugaan datang. Yang Linda ni pun satu buat apa dia datang sini? Ini mesti kes tak puas hati. Arghh, penatlah dia macam ni. Apa yang penting sekarang ni dia kena jelaskan kepada Rihana dulu takut wanita kesayangannya itu fikir yang bukan-bukan nanti. Poket diraba. Alamak, takkan tinggal kat atas kut. Hish! Nak tak nak kena juga dia naik keatas semula mengambil kunci kereta.
Share this novel