9

Romance Series 35052

"Hana masuk bilik aku!" aku mengeluh. Bala apalah yang menimpa aku kali ini. Sudahlah pagi tadi dia dikejutkan bahawa dia sudah ditukar untuk menjadi PA kepada Mikael. Kiranya aku ada dua boss la sekarang ni sebab Dato' Azhari masih memerlukan aku.

Aku ketuk pintu bilik. Mendengar suaranya aku terus masuk. Sepanjang aku berjalan kearahnya matanya tak kalih kalih dari merenung aku dengan senyuman. Ada juga aku cucuk mata tu dengan garfu. Aku berdiri depannya. Ditangan ada buku. First day jadi PA diakan. Kut kutlah ada benda dia nak bagitahu.

"Duduklah. Ke nak aku tarikan kerusi tu untuk kau?" aku mendengus dan duduk. Sebenarnya aku masih malu lagi dengan dia. Tak sangka selama ini aku bergaduh dengan Dani a.k.a Mikael. Mana Dani yang dulu, yang lemah lembut. Baik, dan sopan berkata.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" aku buka buku. Pen yang terselit aku tarik bersedia untuk mencatat.

"Aku tak nak bincang pasal kerja. Jadi kau boleh tutup buku!" kata Mikael tegas. Dia memusingkan kerusinya ke kiri dan ke kanan. Pandangannya tak lepas dari menatap wajah Rihana.

"Abis tu nak bincang pasal apa?"

"Pasal kita!" pendek tapi mendalam maksudnya. Aku mula berdebar. Dia tak kisah kalau itu Mikael. Tapi ini Dani. Dani adalah orang yang pernah dia beri harapan palsu dulu. Manakala Mikael orang yang suka mencari pasal dengannya. Memanglah orang yang sama tapi dia kenal Mikael dengan cara yang berbeza. Dia langsung tak cam Mikael tu Dani masa mereka mula mula kenal dulu.

"Aku rasa tak ada apa yang perlu dibincangkan."

"Rihana, Rihana.. Hmm, banyak sangat yang perlu dibincangkan. Aku dah lama nak bersemuka dengan kau." aku teguk liur yang terasa kesat. Mikael senyum sinis. Dah lama dia tunggu saat ini. Bertentang mata dengan gadis itu.

"Mana janji kau dengan aku 7 tahun lepas?"

"Aku tak pernah berjanji apa apa..." aku terkejut apabila dia menghentakkan tangannya keatas meja.

"Aku pegang janji kau dari dulu lagi Hana. Aku tak pernah lupa. Kau yang tipu aku! Kau janji apa dulu? Nak tunggu akukan! Tapi apa yang kau buat? Kau tinggal aku! Kau tipu aku!" marah Mikael. Sampai hati Rihana!

"Look Mikael benda tu dah lepas. Kau pun masa tu budak lagi. Perasaan kau pada aku mungkin sekadar cinta monyet. Untuk pengetahuan kau aku lakukan semua tu sebab nak suruh kau lulus peperiksaan SPM! Aku dah janji dengan Dato' akan ajar sampailah kau lulus sebab kau malas sangat nak belajar! Aku tahu kau suka aku masa tu jadi aku gunakan peluang tu untuk suruh kau belajar. Sedangkan aku tak ada apa-apa perasaan pun pada kau! That the reality.." luahku jujur. Biarlah semuanya terbongkar. Mikael menggeleng kepala. Sakit hatinya ketika ini mendengar luahan Rihana. Walaupun benda ni dah lama berlalu.

"Aku balik Malaysia dulu sebab nak jumpa kau tapi kau selalu lari. Nombor aku kau block. Aku cuba capai kau melalui benda lain tapi kau block juga aku. Saban hari aku berfikir apa salah aku pada kau Hana? Aku tak tanya mommy dan daddy sebab dorang memang tak tahu pasal kita. Sampailah satu tahap aku dah putus asa dan tak balik Malaysia lagi. Aku tak nak balik sebab aku kecewa dengan kau Hana. Aku ikhlas dengan perasaan aku tu. Mungkin kau anggap aku budak budak. Fikir aku hanya nak berseronok but ada benda yang kau tak tahu. Sekali aku suka kau takkan ada orang lain..." dia gelak dihujung ayatnya mengingati hal lama yang begitu perit. Matanya masih menatap wajah Rihana yang menunduk. Dia takkan lepaskan peluang yang ada. Diluar Rihana pasti tidak mahu berjumpa dengannya kalau dia mengajak. Musuhlah katakan.

"Kau nak tahu satu benda tak?" Rihana panggung kepala. Dia angkat kening tanda menyuruh Mikael meneruskan bicaranya. Mulutnya seakan terkunci. Baik pulak dia harini kerana hanya menadah telinga mendengar luahan Mikael tanpa menyampuk.

"Actually kat overseas tu aku dah ada awek. Nak bawak balik dah jumpa famili aku. Untuk pengetahuan kau, aku dengan Haziq belajar dan kerja ditempat yang sama. So kitaorang memang dah rapat. One day tu aku pergi rumah dia. Dia memang ada selalu cerita pasal famili dia kat aku especially pasal kakak dia. Bila kat rumah dia tu, ada satu frame gambar famili Haziq tergantung kat ruang tamu. Aku perhatikan ahli keluarga Haziq and you know what? I noticed you in that picture! Kecilkan dunia. Aku disana duduk tak mahu balik Malaysia sebab kecewa dengan kau tapi pada masa yang sama aku didekatkan dengan kau. Kau tak rasa jodoh kita berdua ni kuat ke?" Rihana urut dahi. Dia tak tahu nak cakap dan beri reaksi apa pada Mikael.

"Haziq tahu?" last last itu yang terkeluar dari mulutnya.

"Nope! Dia tak tahu hal kita yang memang dah kenal lama." aku angguk.

"Lepas aku tahu Haziq adik kau. Perasaan tu timbul semula Hana. Puas aku cuba lupakan kau tapi bila tengok balik gambar kau terus aku jadi teringat balik. Langsung tak boleh lupa pasal kau. Aku korek hal kau dari Haziq. Aku tahu kau tak kahwin tak pernah ada sesiapa pun. Sebab tu aku berani break dengan awek aku dan ikut Haziq balik Malaysia. Aku direct cakap kat Haziq yang aku suka kau." Aku membulatkan mata. Maknanya Haziq tahu jugalah Mikael sukakannya.

"Okey, habis tu kau nak apa sekarang ni?" Mikael ketawa mendengar soalan Rihana. Setelah apa yang dia jelaskan Rihana masih tak faham?

"Aku nak kau!" akibat terkejut automatik aku berdiri

"Nonsense!"

"Hana pandang aku." aku pandang dia dengan renungan tajam.

"Tahu kenapa aku berjambang?" Aku kerutkan dahi. Apa kena mengena hal mereka dengan jambang si Mikael ni?

"Aku dah rancang lama. Aku simpan jambang ni supaya bila balik Malaysia nanti kau tak kenal aku. Cukuplah aku yang kenal kau Hana. Sebab aku tahu kau takkan nak dekat dengan aku kalau kau tahu aku ni Dani. See, bila kita bersua kau tak kenal pun akukan? Wajah Andi tu terselindung disebalik jambang yang kau selalu kutuk ni. Aku happy bila bertemu kau even perkenalan kita tak bermula dengan baik. Sekurang-kurangnya aku masih boleh jumpa kau."

"Kau memang dah plan semua ni dari awallah kan? Aku kerja kat syarikat nipun mesti kau dah tahu kan!" tempelak aku. Tetiba aku rasa macam orang bodoh.

"Eh yang tu tak termasuk dalam plan aku. Aku tak tahu pun yang kau PA daddy. Haziq pun tak cerita yang kau kerja apa. Serius tadi tu aku terkejut tengok kau kat sini. Hana please, dah terang terang jodoh kita ni kuat. Kau tak nampak kesemua ni? Mungkin ini takdir kita."

"Please terima aku balik Hana.." Mikael mendekati aku. Diri berdiri tepat didepan aku.

"Tak boleh Mikael.."

"Kenapa?" tangan Rihana diraih. Wah, nampaknya tiada penolakan. Dia rasa bahagia pula harini sebab kali pertama mereka tak bergaduh apabila bersua.

"Mikael hormat sikit aku. Aku ni baya kakak- kakak dah pada kau." Rihana melepas tangannya dari genggaman Mikael. Dia masih tak selesa. Rihana menjarakkan tubuhnya jauh daripada Mikael. Dia kini berdiri ditepi cermin tingkap bangunan pejabat lelaki itu. Membuang pandangan ke luar.

"Kau takut pada beza umur kita? Hana, umur tu just angka. Aku sayang kau dari dulu lagi. Dari mula aku kata yang aku sukakan kau, aku tak pernah main main Hana. Kau tak ingat aku pernah cakap nak kita bertunang sebelum aku bertolak ke London dulu? Time tu memang aku dah serius dengan kau Hana tapi kau yang tak nak. Mentah mentah kau tolak dulu. Exam SPM dah aku lulus tapi satu janji pun kau tak tunaikan. Malah elok aku berlepas kau terus block aku. Kau tahu tak sesampai je aku kat sana nombor siapa dulu aku dail? Nombor kau Hana! Aku nak kau jadi orang pertama yang tahu aku tiba. Aku nak kongsi bersama kau."

"Hana say something.." dia mendekati Hana. Gadis itu diam tak berkutik. Tidak membalas apa apa.

"Aku tak tahu Mikael." keluh Rihana. Otaknya tak boleh berfikir dengan baik sekarang ini. Semuanya berlaku secara mengejut. Tapi satu yang dia pasti, dia tak cintakan Mikael! Dia tak pernah cintakan sesiapapun. Jadi dia tak tahu menahu dalam bab percintaan ini.

"Beri aku peluang Hana. Aku janji akan bahagiakan kau. Kau yang aku nak dari dulu sampai sekarang. Hanya kau Hana..." aku balas renungan lelaki itu. Apa yang patut aku lakukan sekarang ni? Ah, buntunya! Dani kenapa kau muncul balik menagih janji lama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience