8

Romance Series 35052

Telefon yang berdering minta diangkat itu diambil. Nama Dato' Azhari tertera. Nak apa memalam orang tua ni. Dia kerling jam didinding sudah berganjak ke angka 12 malam. Mungkin ada emergency. Segara diangkat.

"Hana!" sergah Dato' Azhari tanpa salam. Rihana mengurut dada terkejut.

"Dato' ni terkejut saya ada apa call saya malam malam ni?"

"Hana plan kita menjadi!!!! Horrayyy!!" dia tak dapat menahan diri daripada menelefon Rihana. Berita gembira itu harus segera dikongsi bersama gadis itu.

"Plan apa Dato'. Saya tak nak terlibat dalam rancangan Dato'."

"Eh rancangan kita tulah. Bukan ke idea awak. Anak saya dah bersetuju! Esok dia akan masuk office. Bernas idea awak Rihana. Memang dia takut kalau saya tarik elaun dia."

"Owh rancangan tu ke. Yeke Dato', habistu esok Dato' masuk office tak?" Rihana senyum berbangga. Macamlah Dato' Azhari boleh nampak.

"Masuklah. Saya akan pantau dia dulu. Buat sementara ni dia akan berada dibawah saya dulu."

"Ok Dato. Anything nanti Dato' inform je kat saya."

"Okay Hana. Sekali lagi terima kasih sebab dah selesaikan masalah saya."

"Alright Dato'. You're welcome. Okaylah Dato' kita jumpa esok. Gud nite."

"Yelah selamat malam juga." aku matikan talian. Esok bos baru nak masuk syarikat. Entah macam manalah penerimaan Dani. Anak orang kaya dan manja macam tu kena ugut tarik kesenangan terus tak boleh hidup.

************

Seperti biasa akulah manusia yang paling awal tiba di pejabat. Bilik Dato Azhari terlebih dahulu aku masuk dan sediakan apa yang patut. Aircond aku on kan. Tidak lupa juga secawan nescafe panas. Dato' Azhari sesampai sahaja ke pejabat memang nescafe yang dicarinya. 4 tahun aku bekerja dengannya. Jadi aku sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

"Morning Hana.."

"Morning Dato'. Eh, sorang je? Mana Dani?"

"Ada kat bawah dia tertinggal phone dalam kereta. Ah, gembira sungguh saya hari ni Hana. Saya ingatkan dia main main rupanya tak. Pagi tadi dia dah bersiap tunggu saya. Harini awak kena bantu saya Hana. Anak saya tu mood dia dah ke laut. Mencuka aja mukanya. Awak tolong bancuhkan nescafe satu lagi untuk dia. Nanti hantar ke dalam ya. Saya masuk dulu."

"Yelah Dato'. Tapi nanti kalau dia marah saya macam mana?" Buatnya Dani mengamuk atau menyusahkan dia bagaimana.

"Eh, eh takut ke? Awakkan ada alat pertahanan berharga awak tu. Kalah orang kalau dengar awak mula bukak mulut. Terus surrender."

"Dato ni perli pulak. Dahlah malas saya nak layan. Orang cakap betul dia main pulak." dengusku

"La betullah saya kata.." Dato' Azhari gelak. Aku ke pantry untuk membancuh air nescafe seperti diminta. Aku ketuk pintu bilik terlebih dahulu sebelum masuk. Aku nampak seorang lelaki sedang duduk membelakangi aku didepan meja kerja Dato Azhari.

"Hana letak aje kat meja kaca tu. Sini saya kenalkan dengan anak saya. Dani, ni PA daddy Rihanna. Panggil Kak Rihana pun tak apa sebab kamu muda daripada dia." Aku berdiri tegak dibelakangnya sambil tersenyum. Sedikit rasa berdebar dihati terhadap respon lelaki itu. Sejak dikhabarkan lelaki itu sudah pulang hidupnya mula tidak tenteram. Nak tak nak dia kena hadapi juga. Be profesional! Sebaik Dani memusingkan kerusinya aku ternganga. Senyuman pun hilang.

"Kau..!"

"Kau!" serentak kami bersuara. Lelaki itu berdiri akibat terkejut melihat Rihana. Kecilnya dunia ini.

"Eh dah berjumpa ke korang berdua ni." tanya Dato' Azhari. Sampai macam tu sekali terkejutnya mereka berdua.

"Daddy kenapa tak cakap awal awal Rihana ni PA daddy?" Dato' Azhari kerutkan dahi. Dah kenapa pulak anaknya ini.

"Kalau daddy cakap pun kenapa? Dani nak buat apa?"

"Alahai daddy. Kalau daddy cakap dah lama Dani balik Malaysia bekerja dengan daddy. Tak payah daddy paksa macam semalam." Dia masih sengih memandang Rihana. Pucuk dicita ulam mendatang. Itulah pepatah yang sesuai dengannya sekarang ini.

"Kamu masih kenal ke dengan Rihana ni lagi?" Rihana bagaikan cacing kepanasan disitu.

"Apa pulak tak kenalnya. Nikan bakal menantu daddy." balasnya miang. Rihana rasa nak pitam.

"Apa????" terkejut mereka berdua dengan suara kuat Dato' Azhari. Dato' Azhari berdiri sambil berpeluk tubuh. Masa bila mereka berdua ini bercinta? Kenapa Rihana berahsia dengannya?

"Nanti Dato' ada salah faham disini. Jangan dengar monyet ni bercakap. Apa dia cakap tak boleh pakai semuanya. Biar saya jelaskan.." belum sempat dia berkata lelaki itu sudah memotong.

"Monyet?" Dato' Azhari menggumam perlahan.

"Sayang tak ada apalagi nak dijelaskan. Lambat laun daddy akan tahu juga. Daddy ni pandai simpan rahsia. Rupanya PA daddy bakal isteri Dani." dia tersengih lagi. Dia buat gaya tangan mengarahkan daddynya duduk. Lagak macam dia pula big boss disitu.

Rihana rasa dunianya seakan terbalik. Dani ialah Mikael? Eh biar betul Dato' bela anak beruk ni? Macam mana dia boleh tak kenal Mikael tu Dani? Arghhhh, apa semua ni. Lagipun macam mana dia nak kenal. Dia sempat bersama Mikael pun ketika lelaki itu berusia 17 tahun dan dia merupakan guru tuisyen lelaki itu selama 2 bulan. Tapi awatlah buruk sangat dengan jambang tu.

"Kau ni Dani ke? Dato' betul ke dia ni Dani?" tanyaku ingin kepastian.

"Yelah ni Dani. Awak tak ingat ke?"

"Tapi Dani tu lain mukanya. Hensem sedap mata memandang...pastu.." tergagap dia berkata sambil mengerling Mikael. Kemudian dia menyambung.

"...yang depan ni kenapa berjambang macam orang utan. Lainlah Dato'. Dato' ni biar betul?" selamba aje dia mengutuk Mikael depan Dato' Azhari.

"Takkanlah saya tak kenal anak sendiri Hana oi.. Memanglah dia berjambang macam orang utan tu tapi dia tetap Dani. Hah, dengar tu. Hana pun kata Dani macam orang utan. Haritu mommy panggil kamu monyet merah sekarang Hana pulak." aku tekup mulut tahan tawa. Padan muka mak sendiri pun kutuk kau! Korang bayangkan eh. Kulit Mikael tu dahlah putih merah. Tang muka dia tu penuh berjambang hanya nampak pipinya sedikit yang berwarna merah alah macam monyet yang pipi pink tu. Kat siaran Nat Geo Wild tu ada.

"Alah daddy ni. Sampai hati kata Dani macam tu. Nanti Dani shave la semuanya. Okey sekarang apa Dani kena buat. Tengah semangat ni, al maklumlahkan bakal isteri Dani ada sekali. Betul tak sayang?" aku terkedu. Eh tak abis lagi ke?

"Daddy tak tahu pun kamu berdua bercinta.." Dato' Azhari cuba mencungkil rahsia.

"Dato' sekejap..." Mikael angkat tangan tanda suruh diam.

"Takpe daddy nanti Dani cerita ye. Cik Rihana boleh tunggu diluar sekejap tak. Saya ada hal yang perlu dibincangkan bersama daddy. Hal syarikat ni awak mana boleh tahu rahsia!" katanya. Tangannya dihayunkan menghalau aku. Rahsia konon. Hal famili kau luar dalam ada dalam poket akulah!

Aku melangkah keluar dengan geram. Kalau tak mengenangkan Dato' Azhari ada tadi dah lama aku maki Mikael tu. But seriuslah Dani is Mikael? Jauhnya beza! Kenapa aku boleh tak perasan langsung? Akukan PA Dato' selama ni. Semuanya aku uruskan termasuklah bagi elaun kat si Dani tu. Tapi part Dani tu kenapalah aku tak pernah nak ambik tahu langsung. Seriuslah itu Dani? Dia rasa nak teriak.

Kenangan 7 tahun lalu diputar...

"Kalau Dani dapat straight A's akak nak bagi apa?"

"Apa Dani nak?" Aku lihat Dani senyum.

"Tunggu Dani boleh?" aku tergamam dengan permintaannya.

Aku raup muka. Aku cuba lupakan perkara itu. Aku anggap itu sekadar perasan mainan dia. Biasalah budak-budakkan. Sebab itulah sebaik sahaja Dani berangkat ke London aku terus memutuskan segala pertalian dengannya. Nombor telefon aku tukar. Fac dan Instagram juga aku block dia. Bila dia balik Malaysia aku lari. Sampailah satu tahap dia jarang dan terus tak balik dan bekerja disana terus. Bagi aku ketika itu aku hanya bersetuju semata mata untuk dia rajin dan lulus peperiksaan sahaja. Aku tahu aku salah bagi harapan palsu. Aku buat tupun sebab nak suruh dia rajin belajar je. Sungguh aku tak ada niat lain. Kejap, Haziq tahu ke semua ini? Haziq kan berkawan baik dengan dia. Ah, aku kena korek rahsia ni daripada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience