5

Romance Series 35059

Aku mengipas mukaku dengan kipas plastik ditangan. Rambut aku sebak kebelakang. Panasnya. Aku duduk bawah khemah melihat orang ramai yang menjamu selera. Harini majlis perkhawinan Haziq dan Safira. Kenapa aku duduk sini? Sebab aku malas nak mendengar makcik bawang kat dalam tu membawang. Pasal siapa? Dah tentulah aku menjadi topiknya. Kenapa kakaknya tak kahwin lagi? Umur berapa kakaknya tu? Tua tua nanti tak ada orang nak. Dan macam-macamlah mereka tanya lagi. Aku tadi dah nak 'basuh' makcik-makcik tu semua tapi mak cubit peha aku kuat tak bagi mengata. Eeeee, manusia zaman sekarang ni sibuk je nak tahu hal orang. Aku tak kahwin menyusahkan dia ke?

Haziq memanggil aku untuk sesi bergambar. Kami sekeluarga memakai warna sedondon dengan pengantin iaitu purple. Hmm, hensem pulak adik aku ni. Heh, tengoklah sape kakaknya kan. Kakak dia cun melecun meletopss. Hahaha.

"Kau dah kenapa? Kena sampuk gelak sorang-sorang." aku kalih. Ish la sibuk betul orang utan ni. Eh cop nikan gambar family apa beruk ni buat kat sini. Pakai warna sedondon pulak tu!

"Tepilah kau. Sibuk je kat sini. Untuk makluman kau ini sesi bergambar keluarga. Kau tak termasuk sila berambus!"

"Eh apa pulak akukan bakal ahli keluarga ni. Aku punya sukalah." tukas Mikael tak mahu mengalah. Dia tetap berdiri disisi Rihana. Rihana menolak tepi lelaki itu. Dia beralih berdiri disebelah maknya yang duduk ditepi Suhaila. Mikael tarik sengih. Oh, kau tak nak diri sebelah aku ye. Nanti kau! Mikael juga turut beralih arah pergi berdiri disebelah Rihana.

"Eh monyet kau nak apa ni. Eeeee makkk tengok ni." aku tarik lengan mak.

"Kak, duduk diamlah. Orang nak amik gambar tu. Kesian dia berdiri lama. Cepat diri elok-elok." Haziq pening kepala. Masa majlis dia pun nak gaduh. Dah tu atas pelamin pulak tu. Hish, malu tengok dek orang. Dia membulatkan mata kearah Mikael supaya berhenti mengusik Rihana. Kawannya itu hanya tertawa. Kau buat rosak majlis aku siap kau nanti! Aku rosak majlis kau.

"Mak Hana tak nak duduk sebelah dia ni..." mana aku lari dia ikut. Aku diri sebelah Haziq dia ikut. Aku duduk bawah dengan Ash pun dia duk sebelah aku.

"Ish budak nilah. Duduk elok sikit jangan nak menyendeng kat mak. Buruk gambar ni mak salahkan kamu."

"Apa pulak Hana. Salah dialah. Dia yang buruk." balas Rihana tak teragak-agak. Mikael disebelah terkedu. Kurang ajar minah ni kata aku buruk. Dia tarik rambut tocang Hana. Mengaduh gadis itu. Maka bermulalah perbalahan mulut antara mereka.

Jurugambar itu garu kepala yang tidak gatal. Penat dia berdiri disitu. Boleh pulak mereka gaduh atas pelamin. Tak jadi dia nak mengambil gambar. Haziq dan Safira sudah pucat. Mak aih diaorang ni boleh bergaduh kat sini atas pelamin. Dia kena hentikan sebelum melarat. Malu weyh orang tengok.

"Along sudahlah!" Razif bapanya cuba hentikan pergaduhan mulut antara mereka. Rihana ni kalau dah marah macam macam ayat yang keluar. Kalau elok takpe jugak. Ini caci maki yang keluar.

"Orang utan ni ayah.." balas Rihana. Dia merenung tajam Mikael. Wajah Mikael yang beriak selamba itu memanaskan lagi hatinya.

"Tak malu ke buat perangai budak-budak macam ni. Malulah sikit orang tengok. Dahlah atas pelamin ni. Nikan majlis kahwin Hana oi.." marah Heliza seraya mencubit lengan anaknya.

"Mak ni sakitlah..."

"Diam diri situ..!" marah Heliza.

"Tapi monyet ni..."

"Diam Hana.."

"Takpe mak biar saya hentikan mulut dia. Bang, ready amik gambar kitaorang." Mikael angkat ibu jari tanda mereka bersedia. Rihana terpinga-pinga sebelum dia terkejut apabila Mikael memeluk bahunya erat dengan kedua belah tangannya. Dan ketika itu jugalah gambar mereka sudah ditangkap. Rihana tercengang.

"Eeee lepaslah dasar lelaki gatal. Ingatkan muka je buruk perangai pun sama! Eh, lepaslah." ronta Rihana pada Mikael yang masih lagi memeluknya siap terpejam mata lagi sambil senyum.

"Eh dah selesai ke? Ala sekejapnya." Dia lepaskan Rihana. Dia peluk Rihana macam dia peluk bantal golek. Hahaha, rezeki dia. Niatnya memang nak bergambar disebelah gadis itu. Dia sudah jangka penolakan daripada Rihana jika dia berdiri saja disebelah gadis itu. Jadi tadi itulah cara yang terpaksa dia gunakan untuk menundukkan singa betina tu. Ah, dapat peluk pun dah seronok. Belum yang lain lain lagi. Hahahaha Mikael sudah tersengih.

"Eh monyet apa kau sengih tu ah! Eee, Dasar pervert! Geli aku." Rihana mengibas bajunya dan mula melangkah meninggalkan pelamin. Mata mata yang memandang tidak dihiraukan. Habislah jatuh standard dia. Berani Mikael peluk dia. Nasib baiklah dalam rumah tadi tak ramai sangat orang. Sekadar saudara mara mereka. Tapi tetap manusia jugakkan! Eeeee, geli aku dengan monyet tu!

"Sayang nak pergi mana tu. Tunggu abang sayang." Mikael mula mengusik. Dia mengejar Rihana daripada belakang. Rihana apalagi dengar je suara Mikael lintang pukang dia lari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience