11

Romance Series 35052

Aku masuk semula ke pejabat selepas 3 hari bercuti. Aku lega dalam tempoh tersebut Mikael langsung tak ganggu aku. Dia langsung dah tak call dan mesej aku bila aku tak layan satu pun panggilan daripada dia. Tapi hari ini berdebar pula aku nak berjumpa dengan dia.

Setibanya aku di meja aku lihat Anisa sudah ada. Eh, apa dia buat kat sini? Dia bukan secretary En. Lokman ke bahagian pengurusan.

"Anisa.." sapaku. Dia kalih dan tunduk sebentar kearahku. Aku pun tak tahu kenapa kebanyakan orang buat begitu kepada aku. Mungkin kerana aku merupakan setiausaha Dato' Azhari mungkin.

"Kenapa awak kat sini?"

"Err, Cik Hana tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Saya sekarang PA Dato' gantikan Cik Rihana."

"Hah, habistu saya?" oleh kerana terkejut tanpa sengaja aku tertinggikan suara kearahnya. Takkan kena buang kerja kut. Dato' Azhari tak kata apa-apa pun kepada dia.

"Kau PA aku sekarang. Secara mutlak! Dah jom ikut aku tak payah nak menyibuk kat sini." sampuk satu suara dan aku ditarik pergi. Sudahlah aku memakai high heel. Terkedek-kedek aku mengikutinya. Aku tiba dihadapan satu bilik. Tertulis namanya Daniel Mikael. Owh sudah ada bilik sendiri. Haritu lelaki ini duduk dibilik sementara bersebelahan dengan bilik Dato Azhari.

"Ni meja kau. Kalau ikutkan hati nak je aku letakkan meja kau ni sekali dengan aku dalam bilik tu. Senang, boleh aku tatap wajah kau hari-hari kan sayang?" erk, aku terkedu dimeja.

"Macam mana keadaan kau harini? Dah sihat?" sekali lagi badan aku mengejung apabila dengan beraninya Mikael pegang pipi aku. Wakeup Hana! Jangan mudah tergoda. Eh nak tergoda apanya kalau tengok muka berbulu dia. Aku menepis tangannya.

"Bukan kau sepatutnya dapat PA baru ke? Aku taknak lah jadi PA kau. Aku dah terbiasa kerja under Dato' Azhari. So, tukarkan aku balik."

"A big no! Kau tetap akan jadi PA aku. Tapi kan kalau kau tak nak jadi PA aku, aku ada jawatan yang sangat sesuai untuk kau.." Mikael sudah mula dengan usikannya

"Apa dia?" laju Rihana bertanya.

"Hmm jadi suri rumah dan suri hati aku. Nak?" Keningnya sudah dijongketkan berkali kali. Wajahnya didekatkan kearah Rihana. Rihana pantas menolak wajah Mikael yang beberapa inci darinya itu.

"Kau makhluk berbulu jangan nak dekat dengan aku geli tahu tak!" ha kan dah keluar amarah dia. Gelaran tu pun dah lama dia tak kasi pada Mikael.

"Makhluk berbulu ni bakal laki kau tahu tak." Serius Mikael rasa nak penyek penyek mulut Rihana. Selamba aje bercakap.

"Tak hingin aku dengan kau!"

"Kau tak nak tapi aku nak.. Nak sangat sangat!!" Walaubagaimanapun yang terjadi dia akan pastikan Rihana akan menjadi miliknya. Muktamad!

"Kau gila ke?"

"Memang aku gila. Gilakan kau!" Mikael ketawa dihujung ayatnya.

"Malas nak layan kau." Rihana mula ingin pergi sebelum Mikael tarik lengannya.

"Tak payah nak lari. Meja kau kat sini sekarang. Menonong laju nak kemana!" ye tak ye eh. Aku nak kemana lagi. Kakinya pula laju pulak tu membawa langkah. Dia memang tiada mood nak melihat muka Mikael sekarang ini.

"Aku nak pergi tandaslah. Takkan itu pun aku nak kena minta izin kau!" Rihana mencipta alasan.

"Eh memanglah. Akukan bakal suami kau."

"Diamlah monyet. Serabut aku!" tak tunggu lama terus Rihana pergi.

"Takpe, takpe Hana. Sekarang kau boleh sombong dengan aku. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku. Pada Dani kau! Aku tahu kau tak pernah lupa pada Dani." jambangnya diusap. Ah, kena selesaikan masalah ini dulu. Ini bukan saja Hana mahu staff lain pun lintang pukang lari menengok jambangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience