21

Romance Series 35052

Rihana merenung cincin di jari. Tanda sekarang dia sudah menjadi tunangan kepada Mikael. Teringat dia kepada pendedahan Mikael tempoh hari. Dia telah menerima lelaki itu. Terus saja Mikael mengkhabarkan hal itu kepada keluarganya. Kali ini pertunangan kami ada majlisnya tidak seperti dulu. Mak dan ayahnya juga terkejut apabila dia memberitahu ingin bertunang dengan Mikael. Bermacam-macam yang ditanya sehinggakan mak telah mengesyaki Mikael membomohkan aku. Pening aku ketika itu. Bila aku tak suka dipaksanya aku terima Mikael. Bila aku suka mulalah membuah spekulasi sendiri.

Mengenai Dato' dan Datin itu Mikael sudah urus dan menjelaskan semuanya. Ketika Datin Aleena menyarungkan cincin tadi sempat aku mohon maaf kepadanya. Datin Aleena memeluk aku dan mendoakan supaya hubungan kami ini kekal hingga ke jinjing pelamin. Majlis perkhawinan kami telah ditetapkan bermula 6 bulan daripada sekarang. Memang semasa perbincangan tadi aku langsung tak masuk campur. Semuanya Mikael punya idea! Aku memang agak terkejut juga tadi. Bukan dia nak bincang atau tanya aku apa apa.

"Kak.." aku yang sedang termenung diruang tamu itu kalih memandang Haziq. Dia masih memakai baju Melayu lengkap bersamping lagi. Mana taknya, majlis pertunangannya ini dibuat secara besar-besaran oleh Mikael walaupun dia sudah menolak. Kata lelaki itu biarlah sekali seumur hidup katanya. Mikael yang excited lebih aku tengok. Semua dia yang aturkan. Kalau orang tengok mesti ingat kenduri kahwin.

"Phone kau mana? Mikael call aku tanya kau. Pergilah call dia balik. Serabut aku nak melayan. Risau dia macam kau ni bini dia dah." dengus Haziq. Baru tadi dia nak 'bermanja' dengan Safira sudah ada gangguan lain pula. Sudahnya isterinya itu merajuk. Safira bila mengandung mood dia tahu nak menyinga aje. Kadang kadang dia yang duduk diam tak berbuat apapun kena marah. Bukan senang dia nak tengok Safira bergedik dengan dia. Baran dia sebijik Rihana! Apa kakaknya itu menurun ilmu singanya kepada Safira agaknya. Jangan nanti anak aku tu turun perangai singa dia tu dahlah! Hish memang dasar pengacau betul Mikael ni!

Aku berlari naik keatas. Elok aku masuk telefon pun berdering semula. Nama Mikael. Aku berdehem terlebih dahulu sebelum angkat.

"Hello.." dah kenapa aku berdebar ni?

"Hai sayang. Hmm, lama tau abang call tadi tak angkat angkat. Pergi mana ni?" huh? Rihana jarakkan telefon dia tenung telefon itu. Dah kenapa dengan Mikael ni? Naik meremang bulu roma Rihana.

"Sayang? Ooo sayang.."

"Ha yer..yer.. Apa tadi?"

"Abang tanya tadi sayang pergi mana? Call tak angkat."

"Owh aku kat bawah tadi. Tengah tengok Tv. Phone kat atas." terdengar tawa halus daripada Mikael.

"Lawaklah.. "

"Apa yang lawaknya?" tanyaku.

"Sayang panggil abang 'kau'.. Tak dengar ke abang bahasakan diri sekarang ni 'abang'. So, lepas ni Hana kena panggil Mikael sebagai abang. Got it sayang?" Mikael tarik sengih. Dia terlalu gembira hari ini. Ah, bahagianya rasa hati ketika ini. Tambah tambah kalau Rihana ada depan mata memang dia sauk peluk terus. Haha

Rihana berfikir sejenak. Bukan ke aku lagi tua daripada dia? Apa kes nak panggil dia abang. Patutnya dia tulah kena bahasakan aku kakak. Nampak sikit hormatnya. Ish, ish ish dah terbalik Mikael ni.

"Bukan aku tua daripada kau ke? Tak sesuailah aku nak panggil abang. Patutnya kau tu panggil aku pangkal 'kak'.." rumus Rihana dan mengangguk kepala seolah-olah Mikael nampak. Mikael mengeluh. Tak tahu nak kata apa. Ada masa bengap Rihana tak boleh nak bawa bincang langsung.

"Hana sayang.. Kalau dulu nak 'berkau-aku' tak kisahlah. Tapi sekarang ni kita dah nak kahwin. Perkataan abang tu tak semestinya untuk orang yang tua. Untuk suami pun boleh sebagai tanda hormat. Tak pelik ke nanti dah kahwin masih 'berkau-aku'? Ada anak esok tak ke diorang pelik dengan kita. It is not a big issue actually that we need to argue. After this just call me Abang okey?" malas Mikael nak bincang pasal panggilan nama ni. Takut nanti meleret pastu mulalah nak bergaduh. Bukan dia tak tahu Rihana tu macam mana.

"So sekarang sayang tengah buat apa? Saudara yang lain dah balik ke?" terus dia tukar topik. Bantal tiga segi disebelah dibawa kedada dan dipeluk.

"Tak buat apapun. Tadi tukan tengah tengok Tv kat bawah. Saudara semua dah balik tinggal mak ngah je. Sebab katanya anak dia Lin takut drive malam malam nak balik." Rihana rebahkan tubuh keatas tilam. Sama seperti Mikael, bantal diambil dan dipeluk kedada.

"Okey.. Ni dah makan ke belum?"

"Dah.." balas Rihana pendek. Jujur dia kata dia tak tahu nak berbual apa dengan Mikael. Kelu lidah dia untuk berkata-kata. Mood Mikael dirasakan sangat berlainan malam ini. Er, macam menggoda sangat.

"Abang happy sangat bila Hana terima abang. Serius abang tak sabar nak bina hidup dengan sayang.." luah Mikael. Rihana pekuk kuat bantal kemukanya. Rama rama mula berterbangan didalam hati. Suka plus malu gila gila bila Mikael cakap macam tu.

"Sayang kenapa diam je? Tak sudi nak cakap dengan abang ke?" seakan sesak nafasnya ketika ini. Alahai Mikael kenapa kau gedik sangat ni. Aku malulah.

"Er tak tahu nak cakap apa.. Awaklah cakap." balas Rihana lembut kemudian muka kembali ditekup ke bantal. Mikael disebelah sana sudah gigit bantal. Dia mula rebahkan badan disofa dan tersengih panjang. Aishhh, macam kucing nak mengawan aje suara Rihana. Manja semacam. Panggilan 'awak' itu dirasakan comel sangat bagi dia.

Sementara itu pula langkah Datin Aleena untuk naik keatas terhenti. Dia seperti terdengar satu suara. Laju kaki dibawa ke ruang tamu. Disitu dia lihat Mikael berbaring sambil bercakap dengan telefon. Hamboiii kemain menyengih anak terunanya itu. Bercakap pun macam dalam kelambu perlahan aje. Dia yang ada kat belakang ni pun Mikael tak pandang dah. Rasanya dia tahu dengan siapa Mikael bercakap.

"Tengok apa tu?" tegur Dato Azhari daripada belakang. Puas dicari isterinya rupanya disini.

"Tu tengok anak teruna awak tu. Bukan kemain lagi dia. Sah sah bergayut dengan Hana tu."

"Alah biasalah orang dilamun cinta. Macam kita dulu dulu jugaklah." usik Dato' Azhari. Datin Aleena mencebik.

"Tak sangka abang. Dalam diam diam Mikael sukakan Hana. Lama tu dari dia sekolah. Saya ingatkan dia tak ingatkan Hana dah. Yelah Hana mengajar dia dulu pun sekejap je."

"Hmm itulah saya pun tak sangka. Dah jodoh diaorang pusing tang mana pun bersua juga akhirnya. Dahlah jom kita naik. Biarlah dia nak melunaskan rindu dengan Hana tu. Jangan dikacau. Awak kacau saya je harini." usik Dato' Azhari nakal.

"Ish orang tua ni kesitu pulak dia. Malas saya nak layan awak." laju kakinya menonong meninggalkan ruang tamu itu diikuti suaminya. Sementara itu Mikael dan Rihana masih lagi berbual 'manja' entah bilalah nak sudahnya. Mikael dengan perangai nakalnya manakala Rihana dengan malu malu kucingnya.

"Sayangggg..." panggil Mikael panjang.

"Ye awakkk..." eeee sukanya!

"Esok keluar jom? Saya pickup nanti kat rumah."

"Nak pergi mana?" tanya Rihana. Haihlah, seronoknya rasa. Kalaulah dulu dia tak jual mahal dengan Mikael. Dah Mikael pun datang mengejut. Sudahlah selama ini dia berusaha keras nak mengelak daripada jumpa lelaki itu. Sebab dia rasa bersalah sangat. Kalau ikutkan sebenarnya dia dah tak ingat dan lupakan dah pun kisah tu semua. Dia dah tak fikir langsung pasal Dani. Semasa menguruskan akaun dan elaun untuk lelaki itu pun dia just buat sahaja tanpa ada apa apa perasaan. Tapi bila Dato' Azhari kata Dani dah balik, sejak itulah hatinya mula tidak tenteram walaupun dia cuba menepis segala perasaan itu. Dan dari situlah secara perlahan-perlahan dia mula mengingati Dani.

"Mana lagi dating lerrr. Abang nak bawak sayang jalan jalan. Kira first dating kita la ni. Esok pukul 10 abang amik. Ok sayang."

"10??? Pagi ke?" sedikit terkejut Rihana bertanya. Time sebegitu dia masih enak diulit mimpi. Selepas Subuh memang dia akan tumbang semula sampailah matahari tegak atas kepala.

"Yelah takkan malam kot. Banyak tempat abang nak bawa sayang jalan ni. KL ni biasalah jem. Karang lambat keluar lambat pulak baliknya. Sayang ada apa apa ke esok?" suara Mikael mula berubah. Jangan Rihana kata dia ada hal pulak esok. Melepaslah nak meluangkan masa dengan buah hatinya itu.

"Takde pape. Saje tanya. Ok je saya ni." memang kena kunci alarm banyak banyak!

"Alright sayang. Esok kita jumpa okay. Abang nak tidur dulu. Sayang pun jangan tidur lambat sangat. Pukul berapa dah ni. Dengan majlis kita siang tadi. So get a enough rest. Gud night sayang. Mimpikan abang okay. Love you!" kata Mikael dengan romantik.

"Ha yelah selamat malam.." tergagap-gagap Rihana balas. Tangan dibawa kedada. Makkkk apa bakal menantu mak dah buat ni. Cair aku macam ni lama lama.

"Alaaaa takkan tu aje?"

"Habis tu nak apa lagi?"

"I love you nya mana?" erk? Rihana tekup muka. Menggelupur dia keseorangan atas katil itu. Hmm, malunya.

"Sayangggg.... Nak dengar." meleret suara Mikael menyeru wanita itu.

"Ish awak ni sajalah. Dah tahu buat apa nak tanya lagi. Tak naklah.."

"Nak dengar jugak.."

"Tak naklah.."

"Pleaseeee tak kesiankan abang ke?" rayu Mikael. Rihana terpegun. Ya Allah dia punya suara tu punyalah sedap. Kalau boleh makan akulah orang pertama yang ngappp!

"Hana? Senyap je ni?" ke dia letak phone dah? Mikael tatap skrin telefon. Masih tertera nama Rihana disitu.

"Hana?"

"I Love You Too... Ok bye!" Tut! Serentak itu panggilan dimatikan. Mikael tercengang. Tak dan dia nak balas apa apa Rihana dah matikan telefon. Malulah tu! Fikir Mikael. Dalam keadaan yang berbaring disofa itu, dia mengelinjangkan badannya. Serupa ikan yang dah nyawa-nyawa ikan. Mana tak suka cintanya terbalas juga akhirnya. Walaupun laju je Rihana bercakap sudah cukup untuk buat diri dia bahagia. Satu senyuman puas terlakar dibibirnya. Ah Hana. Aku cintakan kau!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience