25

Romance Series 35052

Mikael buntu. Rihana langsung tak nak berjumpa dengannya. Rihana juga telah menghantar surat perletakan jawatan melalui e-mail. Nampak sangat Rihana mengelak daripada hendak berjumpanya. Setiap hari dia menjadi penghuni setia di depan rumah Rihana meskipun wanita itu tidak mahu keluar untuk bertemu. Heliza dan En Razif juga sudah tidak tahu mahu berbuat apalagi. Majlis perkahwinan mereka tinggal beberapa minggu saja lagi. Risau mereka dibuatnya.

Bagi Mikael, Linda tidak habis-habis menganggu dia. Wanita itu cukup tidak berpuas hati dengannya. Ya, Linda kekasih hatinya semasa mereka di London. Tetapi Mikael putuskan hubungan mereka untuk memikat Rihana semula. Kalau tidak memang Linda itulah calon menantu keluarga Dato' Azhari dan Datin Aleena. Nak buat macam mana dia kembali gila hendak mengejar cinta Rihana apabila mengetahui Haziq adalah adik kepada wanita itu. Terus serta merta dia putuskan hubungan dengan Linda tapi dia sudah jelaskan kepada Linda mengapa mereka putus. Dia juga tidak segan untuk berterus terang mengatakan yang dia ingin get back dengan kekasih lamanya. Semua dia sudah jelaskan kepada Linda. Jadi, mengapa wanita itu tidak puas hati dan mengganggunya? Mikael tahu dia salah dalam hal ini. Dia tidak patut buat begitu kepada Linda.

Selepas habis waktu bekerja Mikael terus memandu kereta kerumah Rihana. Itulah rutinnya setiap hari tak berhenti memujuk wanita itu. Sesampai sahaja dirumah Rihana dia terdengar seperti ada kekecohan di dalam.

"Abang macam mana sekarang ni? Apa kita nak buat? Malulah bang kat orang kalau tak jadi kahwin. Mana saya nak letak muka ni!" gelabah Heliza ketika itu. Balik dari sesuatu tempat tadi terus Rihana beritahu yang dia nak batalkan majlis bersama Mikael dan keputusan dia itu muktamad. Kemudian anaknya itu keluar membawa satu beg bimbit kecil dan tak balik lagi sehingga sekarang.

"Sabar Liza oi. Bawa bertenang. Awak kalut macam ni bukan boleh selesai masalah. Hah, Haziq dapat telefon kakak kau?"

"Tak dapat ayah!" rungut Haziq. Dia mula risaukan Rihana. Tangannya tak henti henti mendail nombor wanita itu.

"Kau dah tanya Mikael apa masalahnya?" tanya En Razif. Permasalahan anak dan bakal menantunya sudah berlanjutan selama 3 hari. 3 hari ini dia tak putus tanya Rihana apa masalah yang mereka hadapi tetapi Rihana memilih untuk berdiam. Mikael pun sama. Bila tanya pun senyap jugak. Hanya salah faham katanya. Salah faham apa teruk sangat sampai Rihana minta untuk batalkan perkahwinan mereka.

"Hmm dah.."

"Hah apa masalahnya?" gesa Heliza.

"Biarlah Mikael yang bercerita takkan Haziq nak sibuk-sibuk pula mak."

"Mak dengan ayah ni dah berbuih tanya dia, Rihana pun sama. Bila ditanya senyap aje keduanya. Sekarang kakak kau dah lari apa kita nak buat Haziq!! Mana mak nak letak muka ni." Heliza sudah mundar-mandir diruang tamu.

"Hana dah lari???" serentak 3 kepala berpaling ke arah pintu sebaik mendengar suara leking Mikael.

"Mak biar betul mak??" Mikael terus meluru kearah Heliza.

"Cuba Mikael perhatikan muka mak ni?" Haziq dan En. Razif kerut dahi. Mereka turut memerhati muka Heliza. Biasa aje. Ada apa pada wajah wanita itu. Biasalah kulit sudah nampak berkedut. Heliza bukannya muda lagi. Mikael juga tak teragak-agak. Dia tenung muka Heliza

"Ada apa mak?" Tanya Mikael apabila dia tak dapat tangkap maksud Heliza.

"Ada nampak mak main main ke? Tak nampak kan? Muka mak dah habis serius dah ni!" tunjuk Heliza pada mulanya sendiri. Haziq dan En. Razif tepuk dahi.

"Ish mak ni. Ingatkan apa dia la tadi." dengus Haziq. Dia sambung mendail nombor telefon Hana.

"Mak cakap betul betul mak. Takkan Hana lari?" lembik rasa lututnya ketika ini.

"Betul betul la ni. Mak tak ada masa nak main." Heliza melabuhkan punggungnya disebelah En Razif. Tangan dibawa memicit dahi.

"Hana!!!! Tidakkkk!!" jerit Mikael kemudiannya sambil kedua tangan dibawa menggenggam rambut.

"Hish budak ni aku lepuk jugak karang. Tiba tiba menjerit."

"Kau dah kenapa Mikael. Terkejut aku!"

"Ya Allah budak bertuah ni."

Mikael tak pedulikan kata kata mereka. Dalam kepala dia sekarang ni hanya memikirkan Rihana. Takkan Rihana lari? Ah, dia tak sanggup nak berpisah dengan wanita itu lagi. Mikael bangun kemudian dia segera melangkah keluar daripada rumah itu.

"Eh Mikael nak ke mana tu?" jerit Heliza. Mikael tak berpaling dia terus pergi. Pelik peliklah perangai budak zaman sekarang ni.

"Ish dia blah macam tu aje? Saya baru nak tanya pasal kes dorang." dengus Heliza tak puas hati. Sekarang apa dia nak buat? Rihana tak dapat nak call. Mikael macam tu perangai. Peninglah dia dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience