Bab 2: Allergic Cinta

Romance Series 14652

"Hello darling Fir, apa khabar. "
"Ibu sihat Fir, macam mana study ok ke? "

"Ok bu... Fir rindu ibu, nanti Fir balik sana ya. "

"Concentrate pada projek akhir Fir tu. Ibu ok ja kat sini, Kak Lia dan Mak Limah kan ada jaga ibu. "

"Yelah bu, tapi weekend ni Fir nak juga balik jumpa ibu. Fir nak makan asam pedas ibu." rengek Fir manja. Sisi lain lelaki ini yang hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Di samping dinginnya pada perempuan yang tergedik gedik meminatinya, Fir sebenarnya anak lelaki yg manja, penyayang dan sangat bertanggungjawab terutama jika berkaitan dengan ratu hatinya.

Sejak ibunya bergelar ibu tunggal seusia Fir di sekolah rendah, dia sangat mementingkan kebajikan ibunya. Sementelah ibu itu yang terganggu kesihatannya dengan penyakit asthma yang adakala menyerang tak tentu ketika. Fir sangat menitik beratkan kesihatan dan kebajikan ibunya itu mandangkan dia sahaja anak lelaki dalm keluarga selepas alongnya Lia.

############################

"Jangan.... pergi...., jangan sentuh aku, " mendayu dayu suara itu kedengaran separa menangis. Luluh hati sesiapa yang mendengarnya.

Fia terkejut lalu terjaga dari tidur. Mimpi ngeri yang acapkali menganggu tidurnya datang lagi. Berpeluh Fia seperti berlari 100 km lagaknya. Terdapat kesan air mata dipipi. Fia memeluk lututnya menngigil. Kenapalah peristiwa hitam itu seringkali menghantuinya.

Fia beristighfar berkali kali lalu bangun membersihkan diri dan berwuduk. Itulah amalanya jika terjaga dari lena.. Fia akan bersujud melakukan solat sunat bagi mencari ketenangan hatinya. Tidak lupa amalan membaca ayat kursi dan ayat ayat pilihan lain di samping memanjatkan doa kehadrat Ilahi.

############################
"Kau mimpi lagi ke semalam Fia, sembab mata kau tu. " Ren yang menyedari keadaan sahabat baiknya bertanya. Weekend macamni Fia dan Ren memilih untuk stay siapkan assignment di dalam bilik sahaja. Fia yang mengenakan short pants paras bawah lutut dan singlet tali halus kelihatan tekun mengadap laptop. Kulitnya yg mulus tanpa mengenakan sebarang solekan nampak natural beauty. Tak heranlah ramai siswi yang cemburu dengan kecantikan Fia. Bentuk badan yang seksi juga sangat memikat hati mana mana mata yang memandang apa lagi lelaki hidung belang.

"Biasalah Nora.... sesekali mimpi tu datang mengganggu aku. Sorrylah kalau kacau tidur kau. " Fia tersenyum pahit sambil mata tetap mandang screen laptopnya.

"Kau jangan ingatkan lagi peristiwa tu Fia, dah lama kan... lupakanlah. Lagi satu kau jangan simpan perasaan dendam dalam hati. Cuba memaafkan walaupun sukar. Aku tahu aku hanya memandang tapi kau yang merasa, tapi dendam kau akan merosakkan kau Fia. "tak jemu jemu Nora kembali menasihati dan mengingatkan sahabatnya.

"Tok.. tok.... kedengaran ketukan dipintu bilik. Nora bangun melihat siapa gerangan yang tak dialukan datang ke bilik semasa mereka sibuk menyiapkan kertas kerja.

"Hai guys,.... what is on the news today. "Terjengul wajah Ren sambil menuturkan tag line caprice yang diminati sangat tu.

"Kau ni xda kerja nak buat eh asyik melencong ke bilik orang je. Mentang mentang kos kau tak banyak assignment kau boleh berhora hore eh. " kutuk Nora sedikit dengki.

"See my leg la guys, kerja aku dah settle, weekend hari utk child out la... jom korang lepak mall. " selamber Ren tanpa bersalah mengajak lepak sedangkan dia tahu dua sahabatnya tengah berhempas pulas mengejar dateline menghantar thesis.

"Kau kalau nak melepak pergi main jauh jauh." Fia mula bersuara. Ren tersenyum senget sambil melabuhkan punggung di katil Fia. Sengaja mengusik dua kawan kawannya.

"Fia.. kau ni seksi eh... even kau pakai baju kurung pun still seksi. Body macam jam pasir.. bontot melentik, dada mugil, kulit mulus ja tak banyak masalah. No wonderlah ramai yang minat kat engkau. Budak budak siswa yang dok call dan wasap kau sorangpun kau tak layan eh. Kau pass kat aku jelah Fia." Ren tak habis habis memuji Fia sambil merenung sahabatnya itu atas bawah. Sungguh Fia memilikki bodyshape yang perfect pada matanya. Namun sikap Fia yang susah nak melayan lelaki tu sukar untuk dimengertikan.

"Hoi pompuan.... boyfriend kau Aizat mana kau nak sumbat? Ada hati nak pasang sparepart. Datang angin cemburu si Aizat tu karang susah kau.. lari tak cukup tanah kot.. "
Nora yang cuba membetulakan kaca matanya mengadap laptop mengomel. Mereka bertiga memang rapat dan tak kisah mengusik kasar. Susah senang sahabat ini tetap bersama walaupun Ren berlainan kos dan bilik.

"Yelah... aku memang nak kuar dating dengan Aizat ni.. saja jengok korang mereput dalam bilik ni ....ahaks! . Korang nak kirim apa apa tak? Aku igat balik karang nak singgah pasar malam Jalan Tar." Ren mula bangun memulas tombol pintu ingin keluar. Memang menjadi kebiasaan mereka bertiga kalau free akan ke sana membeli pelbagai juadah. Alang alang dia singgah jap lagi boleh ditapaukan untuk mereka bertiga.

"Air mata kucing and yong tau fu satu." Fia mengangkat tangan menyebut ordernya sambil bangun memeluk Ren dan menghadiahkan satu ciuman dipipi.

"Aku nak nasi ayam mak cik debab tu dengan cendol.... rangka ayam jangan lupa. " Nora tersengeh memberitahu ordernya.

"Wokey minaci... malam karang kita dinner kat bilik korang macam biasa.. tungguuuu." Ren mengusik Nora yang berwajah seakan hindustan. Ibunya mualaf india berkahwin dengan papanya melayu. Nora kelihatan cantik walaupun berkulit tan tapi tetap manis. Rambut maggienya sangat cantik dengan hidung yang mancung terletak.

"Blah la pompuan gila. " Nora membaling teady bear ke arah Ren malangnya hanya terkena pintu. kedengaran suara berdekah Ren diluar. Kehidupan di hostel tak lengkap kalau tak bergurau senda. Moment inilah yang akan dikenang bila masing masing membawa haluan selepas tamat belajar nanti.

#############################

Note:
Keajaiban Ayat Kursi dan 5 kebaikan kepada pengamalnya

Sumber:

Hi readers! TF mohon maaf coz lambat update bab baru di atas sebab sebab yang tak boleh di elakkan. Ada kisah suka disebalik kelewatan ini, namun hidup perlu diteruskan. Semangat dan kekuatan perlu dibina untuk mengharungi dugaan lain di depan sana. Mohon readers doakan TF untuk tabah mengharungi cabaran mendatang ya. Malam ni baru sempat update Bab 2 untuk tatapan semua. Seperti biasa mohon beri comment dan semangat agar TF lebih yakin utk terus berkarya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience