Bab 13 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

"Kau dah habis berkemas Fia, cepat kita kejar masa ni. Lepas check out terus ke airport, aku dh call grab." Nora mula menari bagasinya.

"Dah, tak menyempatla kau ni." Fia yang baru keluar dari toilet mula mencapai barang kepunyaannya. Sayang nak mengakhiri percutian ini tetapi harus akui banyak kerja menanti. Bergegas mereka keluar mencari grab yg sudah dipanggil ke airport.

"Mana grab kita Nora. Cuba kau call sekali lagi." Dua sahabat itu mula gelisah. Grab datang silih berganti tetapi tempahan pelawat lain,grab tempahan mereka tetap tak kunjung tiba.

"Aduh... masak macamni, terlepas fligt kita nanti."

Kegelisahan mereka mendapat perhatian sepasang mata dari tadi.
Kelihatan sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Cermin kereta diturunkan, pemilikya seorang perempuan menegur ramah.

"Cik berdua ada masalah ke. Dari tadi saya tengok gelisah saja."

"Ah ya, grab yg kami tempah belum sampai. Dah cuba call tapi tak dapat dihubungi, Actually kami nak cepat ke airport." Nora sudah tak sedap hati memandangkan masa sudah suntuk.

"Oh, tak apa jom saya hantarkan. Saya pun memang nak ke sana." Gadis itu membuka pintu dari dalam mempersilakan kedua dua gadis masuk. Tanpa berfikir panjang mereka meluru masuk setelah meletakkn bagasi kedalam bonet kereta. Kereta meluncur laju mencuri masa agar cepat sampai ke destinasi.

Lega Fia dan Nora ada gadis berhati mulia menawarkan bantuan di saat mereka benar benar dalam kesusahan di tempat orang.

"Anyway, saya Lia. You berdua dah 5 hari kt village resort kan.. dah nak balik dah eh?" Lia ramah menegur. Fia yang duduk di sit hadapan terpinga, mana perempuan ni tahu.. entah entah orang jahat tak stalk mereka berdua. Zaman sekarang tak boleh harap juga. Harap rupa je cantik, silap silap ahli kongsi gelap mana nak menculik gadis hantar ke sempadan... ish mengucap Fia dalam hati.

"Aaa... sis ni sebenarnya siapa. Mana tahu kami di village resort tu 5 hari." Fia sudah gugup bertanya. Nora di belakang sudah tak senang duduk.

"Oh don't get me wrong ok, I pengurus village resort tu, thats why I tahu. I selalu nampak you berdua di pantai n di cafe... selalunya penghuni yang tinggal lebih lama di resort kami perasan... . I harap service kami memuaskan hati you all ye." Lia ramah menerangkan duduk perkara sebenarnya.

"Fuh! lega I dengar, ingatkan you stalk kami. Yes Kami puas hati dengan semua service di resort, it's superb sis. Inshaallah kami. akan datang lagi bila berpeluang."

"Wah! happy I dengar you berdua puas hati. Of course You boleh datang bila bila masa. This is my card. Jangan lupa contact I." Mereka bertukar tukar namecard. Gembira dapat berkenalan dengan pengurus resort itu.

# # # # # # # #

Suasana di mall itu agak tenang, tidak ramai pengunjung bersesak sesak. Fia melangkah malas meninjau ninjau jikalau ada yang berkenan dimatanya. Fia malas nak mengajak kawan kawannya keluar, niat di hati mahu berjalan jalan, berwindow shopping saja. Boring asyik melepak saja dirumah. Kebelankangan ini kerjanya tidak terlalu banyak. Sempatla dia mencuri masa untuk bersenang lenang.

'Padan muka kau Fia, orang lain ada boyfriend, kau mereputla shopping sorang diri. Tulah anti sangat dengan lelaki. Tak ke hati kau sunyi tak terisi.'
Hati Fia merintih, ada kalanya dia rasa cemburu melihat kebahagiaan orang sekelilingnya. Jujur jauh disudut hati Fia ingin disayangi oleh seorang bergelar lelaki, namun apa kan daya trauma lama seperti benteng yang menghalang hatinya untuk memiliki dan dimiliki.

Fia keluar dari kedai yg menjual pakaian wanita. Dia berbelanja membeli beberapa helai baju tidur dan baju kerja. Fia menjinjing paperbag berjenama itu keluar. Perut sudah terasa lapar,terasa seperti ingin makan spagetti. Sudah terasa2 dilidahnya sos tomato yang pekat, masam dan enak dilidahnya, tetapi seperti tidak selera ingin menjamu selera berseorangan. 'Apala nasib orang single macam aku ni, huhuhu.' Fia mengelamun mengenang nasib diri.

"Ocopot, spaghetti jatuh bertabur!" Tak semena mena lamunan Fia membawanya melanggar seseorang. Terlepas paperbag yang dipegang sedari tadi. Sejurus sama sama tunduk untuk mengutip pakaian yang bertabur. Fia cepat cepat mencapai pakaian yg tercicir sambil tak henti henti mulut memohon maaf dengan kelalaiannya.

Jejaka. yang dilanggar tadi bangun berdiri semula. Tak jadi menolong gadis itu mengutip barangnya bila matanya sempat menangkap baju tidur bertali halus serta dua helai bra yang terkeluar dari paper bag shopping itu. Wajahnya merona merah. Diperhatikan sahaja gadis itu tertunduk mengutip pakaiannya dengan cepat. Pasti malu giler tu... bibirnya sempat tersenyum melihat gelagat gadis itu sehinggalah mata mereka bertentangan. . . .

Gulp!

Hi guys! Amacam bab 13....mengundangx. Hahaha.. Kasi gempak sikit biar tertunggu tunggu apa kes yg jd selepas itu. Korang semua blh tggu apa yg terjadi pada Fir n Fia akan uodate kt ig @tiffa_fieya ok. Jomla kita main game teka2 apa yg terjadi next chapter. Come on bg sokongan agar TF bersemangat nak sambung chapter bg gempak lg. Tahnks anyway sbb terus sokong TF.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience