Bab 22 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Pencarian wali kepada Lia perlu dilakukan. Siti mula menghubungi saudara dan rakan rakan bekas suaminya. Seperti seblumnya, tiada berita yang Siti dapat. Pencarian seterusnya perlu dibuat dengan mewarwarkan didalam media sosial. Urusan ini perlu untuk mencari wali kepada anaknya, melainkan bapa anak anaknya telah meninggal dunia.

Lia dan Fir nekad menggunakan jabatan pendaftaran untuk mengenalpasti keberadaan bapa mereka. Tindakan mereka tepat. Maklumat dicari sepantas dihujung jari. Bapa mereka telahpun meninggal 15 tahun yang lalu.

Arwah ada meninggalkan seorang balu dan anak. Tetapi tiada rekod keberadaan mereka. Mujur Fir ada rakan yang bekerja si pejabat pendaftaran. Mudah baginya nak mendapatkan maklumat.

Kata putus sudah diambil. Fir akan mewalikan alongnya dengan rasa berbesar hati. Sahabat baiknya akan bergelar abang ipar tak lama lagi.

Siti pula, hatinya menjadi sayu.... satu satunya puteri hati akan dimiliki. Namun Siti akur akan fitrah alam. Tak selamanya kita ditahap yang sama. Hari berganti minggu, bulan dan tahun. Usia semakin tua... hidup perlu diteruskan selayaknya.

Siti bersyukur anak sulungnya mendapat jodoh yang baik. Lepas ni hajat nak menimang cucu tertunailah mudah mudahan. Tak sabar Siti menunggu mendengar tangisan dan gelak ketawa baby didalam rumahnya.

# # # # # # # # # # # # #

Majlis berlansung meriah. Semua kakitangan resort dijemput hadir bergilir gilir memeriahkan majlis perkahwinan pengurus besar.

Pengantin sama cantik, sama padan bersanding di singgahsana indah. Mengenakan busana berona silver menjadikan seri pengantin timbul dihiasi senyuman manis di wajah masing masing.

Adik pengantin segak bergaya mengenakan pakaian senada. Hati didalam gundah gulana mengenangkan sijantung hati disana. Terasa lekas ingin berpunya, merealisasikan hajat tersimpan di dada.

"Termenung jauh kau Fir, teringat buah hati ke?" Bila nak join aku beb, dah kertu baru nak kahwin ke...Hahaha." Aidil Lokman menepuk bahu sahabatnya bila majlis beransur ke petang.

"Eleh.. mentang mentang kau kahwin dulu bising eh. Aku tunggu bidadari turun dari kayanganlah, kau apa tahu."

Fir mengetap giginya geram diusik Aidil.

"Yelah kan... kadang kadang kelakar juga bila difikirkan. Kau yang dulu oppa kegilaan junior kat U sampai sekarang tak laku laku. Aku ni yang dulu chubby diorang tak pandang pun, kini menjadi rebutan ramak gadis! Fuh... bangga terasa.. "
Aidil seperti diawangan, membayangkan benda benda yang indah bakal dikecapi bersama pilihan hati.

"Kau jangan nak perasan bagus Man! Banyakla rebutan ramai gadis. Nasib kau baik ja along aku nak, kalau tak kau pun tak lakulah. Aku pun silap tak hantar along pergi pakar mata, agaknya ada urat yg terkehel kat mana mana."

Fir menumbuk manja bahu sahabat baiknya. Ada benar jug kata kata Aidil
tu. Alangkah terkejutnya jika Aidil dan Alex tahu dia berjumpa kembali dengan Fia!

"Kau tunggu siapa Fir? Aku tengok kau semua dh ada, kau memilih sangat kot?

Aku dengar malam tu Ibu dan Lia beriya iya berkenankan pelanggan resort yang jadi kenalan diorang. Cantiklah, comel lah, manjalah, petahlah, pandai ambik hati... ntah apa apa lagi yg molek belaka. Katanya ibu berkenan sangat kalau dijadikan menantu, kau tak minat ke?"

"Entah aku, beriya sangat ibu dan along tu promote kan sapa sapa ntah. Tahulah aku dah sepatutnya berkahwin tapi takkan nak hentam keromo kot. Aku pun tak kenal. Katanya dijemput datang tapi ada hal. Mujur jugak, kalau tak satu haru jugak aku dikenenkan nanti."

"So cepat cepatlah cari calon beb. Best kot kahwin, jadi raja sehari, pakai sedondon, dirai, diucap tahniah, naik pelamin.... Aidil membilang satu satu acara keseronokkan pengantin baru bila tiba tiba di pintas Fir...

".......Naik katil..., kau punya naik.. naik segalanya lah.. tu yang kau best sangat kan...!" Fir menumbuk perut Aidil yang tersengeh seperti kerang busuk. Geram pulak hatinya bila di usik begitu. Siapa yang tak nak berkahwin, bina rumahtangga sakinah mawardah!

Happy reading korang!!

Share this novel

eya
2021-03-11 20:51:59 

naik katil....ahhahahahhhaah... bte besttttt... x sbr nk bc next chapterr.....uodate cpt2 tauuu....

eya
2021-03-11 20:51:59 

naik katil....ahhahahahhhaah... bte besttttt... x sbr nk bc next chapterr.....uodate cpt2 tauuu....

eya
2021-03-11 20:51:58 

naik katil....ahhahahahhhaah... bte besttttt... x sbr nk bc next chapterr.....uodate cpt2 tauuu....


NovelPlus Premium

The best ads free experience