Bab 12 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Ting!
Lif bangunan itu terhenti di lantai paling atas. Fir mengendong beg gimnya ke bahu. Akhir akhirni dia sibuk dengan tugas dipejabat. Sale semakin naik, maka dia perlu bekerja dengan tekun. Walaupun banyak staff, Fir tetap memantau perjalanan syarikatnya dengan teliti.

Perusahaan automobil masa kini terlalu banyak saingan. Masing masing berlumba ingin jadi yang terbaik. Namun Fir selalu akur kepada rezeki Allah. Adakalanya melimpah ruah, adakalanya kurang sedikit. Di sinilah konsep bersyukur perlu ditekankan. Pesanan ibu sering diingat.

Penthouse yang didiami kini hasil dari titik peluhnya menerajui syarikat. Kekadang terasa sunyi bersendirian didalam rumah yang besar. Fir lebih suka rumahnya berkonsep elit tetapi ringkas, selesa mata memandang.

T-shirt yang tersarung dibadan dibuka. Berkat selalu bersenam Fir mendapat tubuh badan idaman setiap lelaki. Terasa ingin berendam merehatkan diri.

Flashback

"Rumah anak ibuni besar tapi tinggal sorang diri, tak sunyi ke Fir? kan elok ada suri yang menguruskan makan pakai. Baru berseri rumah dengan kehadiran isteri."

"Yelah Fir, along ok tinggal dengan ibu, ada mak kiah. Fir ni tinggal sorang sorang, rumah bapak punya besar. Sunyilah tak de orang nak berbual. Kau kahwinlah Fir, ibu dah bising nak menantu tu." Lia menyiku perut adiknya sambil meleret senyum.

"Eleh, mengata orang, along la yang kahwin dulu, Fir lelaki ok, lagi matang saham lagi tinggi la. Ibu, sebenarnya Fir tunggu along ni nikah dulu, tak nak Fir langkah bendul..nanti macam macam dia minta itu ini sepersalinan bagai." Fir mengenyit mata kepada alongnya.

"Korang berdua sama saja, asyik nak mengelak bila ibu suruh berkahwin. Tak rasalah ibu nak main dengan cucu nampaknya.. " suara Siti terdengar pilu. Fir dan along segera memeluk ibunya memujuk.

"Inshaallah bu, sampai masa ketikanya kami kahwinlah. Buat masa ni sorang pun anak ibuni tak laku lagi." Fir bersuara sambil tersengeh.

End flashback

Fir tersenyum mengenangkan perbualan mereka. Ibu memang tak kan lari dari topik kahwin. Memang bernanahla telinga Fir dengan along kalau tak dialihkan perhatian ibu ke topik lain.

Nak berkahwin apanya, girlfriend pun tak ada lagi. Yang menyentuh hatinya hanya gadis di universiti dulu. Yang tula satu satunya yang tak plastik dan tergedik gedik minta perhatian. Stok lain yang ada pun buat Fir geli geleman...

Entah kenapa pertemuan secara tak sengaja dengan gadis itu beberapa kali membuatkan Fir terasa berdebar. 'Jatuh cintakah aku.... ah... lantaklah. Tak pernah pernah terpeluk perempuan, sekali dapat bonus terpijak.. siap pakej dua buah bukit lagi.... ish!' muka Fir mula memerah mengingatkan insident dulu... gila malu!

Tertanya tanya juga Fir, dimanalah gadis itu sekarang. Sejak peristiwa terpeluk tu tak pula mereka terserempak sampailah Fir habis study. Jauh disudut hatinya ada secebis doa agar mereka terserempak lagi sebenarnya. Sehingga akhir dia di Ipta itu memang mereka tak ada rezeki bertemu lagi. Tak pula Fir ingat untuk meminta nombor talifon gadis itu... memang taklah. Entah apa latar belakang gadis itupun Fir tak tahu dan tak akan cari tahu.

Padan mukanya.. sampai sekarang debaran itu tak ditemui pada mana mana gadis yang dia kenal. Mungkin juga semasa itu dia masih muda dan terkejut bila terpeluk perempuan, sebab tu berdebar kot... Tapi semasa di perpustakaan dan di cafe pun debarannya tetap sama bila bersua muka.. inakah yang digelar orang cinta?.. eeuuwww....nak muntah pula rasanya.

Tut.. tut...
Terkejut Fir yang tengah berendam dalam jakuzi sambil melayan perasaan. Tertera di skrin nama Jasmine...
"Huh... dia lagi. Bukan dah beli ke kereta minggu lepas... nak apa lagilah minah sorang ni." Fir terus off kan talifonnya dan kembali memejam mata mencari ketenangan.

Hi readers! follow @tiffa_fieya ya kalau nak tengok watak mamat sepet dan Fia clumsy! Terima lasih atas sokongan yang tak putus putus kepada TF. Luv u guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience