Bab 5: Allergic Cinta

Romance Series 14652

5 tahun berlalu.....

Mimpi itu datang lagi... Ya Allah aku sudah tak sanggup. Ku mohon Ya Allah, hindarkan aku dari mainan syaitan. Lindungilah aku Ya Allah.... rintih Fia di dalam doanya. Sungguh Fia terbeban dengan sejarah hitamnya.

Namun Fia redha.. setiap ujian Allah pasti ada hikmah yang tersembunyi. Setiap ujian yang Allah turunkan adalah kepada hambaNya yang layak.

Flashback

"Jangan.... jangan.. tolonglah jangan... kesiankan Fia.... " Gadis kecil itu merayu dan meronta minta dilepaskan. Air mata laju menuruni pipinya... tangannya dikilas kebelakang, lehernya dicium rakus. Gadis itu menjerit lagi... tetapi tiada sesiapa yang mendengarinya... dia semakin lemah. Seluruh tubuhnya diraba kasar. Menggigil badan menahan ketakutan...terasa kelam pandangannya... luluh hatinya diperlakukan begitu...

"Allahu akbar Allahu Akbar".... sayup sayup laungan azan isya dari masjid tidak jauh dari rumahnya. Serentak dengan itu kedengaran bunyi enjin kereta masuk kehalaman rumah. Tergesa gesa lelaki durjana yang cuba berlaku sumbang pada gadis tadi keluar melalui pintu dapur. Gadis itu melorot jatuh ke lantai lalu terlentang pengsan. Entah terasa kosong didalam kepala dan hatinya..

End flashback

Fia masih berteleku di tikar sejadah. Peristiwa hampir dirogol abang sepupunya menghantui sepanjang hidup Fia. Walaupun ianya berlaku sudah begitu lama disaat Fia di sekolah menengah, tetapi trauma tersebut masih belum lenyap.

Pada hari kejadian papa dan mama ke rumah sedara di kota menghadiri kenduri. Fia berseorangan dirumah ditemani rakan sekampung membuat kerja sekolah. Oleh kerana kenduri disebelah siang, orang tuanya tak keberatan meninggalkan mereka belajar.

Tak diduga terdapat kejadian kemalangan jalanraya berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang menjadikan perjalanan tergendala beberapa jam hingga membawa ke malam. Fia yang sudah keseorangan di rumah berlari membuka pintu bila melihat anak makngahnya datang membawa buah buahan. Tak disangka tindakannya itu seperti membuka peluang buat Haikal yang memang menaruh hati kepada sepupunya itu. Sudah lama Haikal geram melihat bentuk tubuh anak pak sunya yang mengiurkan walaupun gadis itu tidaklah sering berpakain menjolok mata. Niatnya singgah menghantar buah buahan dari dusun seperti diarah ibunya bertukar kepada tragedi.

Sementelah gadis itu berseorangan, berpakaian pijamas yang agak jarang pula, benar benar membuka pintu nafsu lelakinya. Tidak dihirau sedara sedarah sedaging lagi bila nafsu syaitan menguasai diri. Kesal tiada berguna, benda sudahpun berlaku.

Fia ditemui mama dan papanya pengsan pada malam tragedi itu dan dikejarkan ke hospital. Melihat kepada pintu yang ternganga serta motor anak saudaranya yang bertongkat dilaman rumah membuat papa dan mama Fia tidak sedap hati. Apalagi bila mendapati Fia pengsan di lantai dalam keadaan yang tidak terurus walaupun masih lengkap berpakaian. Seminggu Fia dirawat di wad kerana trauma.

Berikutan kejadian yang memalukan itu, mak ngah Rosnah kakak kepada papanya datang ke wad membawa Haikal meminta maaf. Memang Haikal tidak dapat menafikan lagi kesalahannya berikutan motor dan selipar yang ditinggalkan begitu sahaja semasa ingin lari menyelamatkan diri malam itu. Rosnah yang menyedari anak sulungnya pulang tergesa gesa kerumah berkaki ayam sudah mengesyaki akan sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

Berkali kali Haikal meminta maaf tetapi Fia tetap tak dapat memandang wajah sepupu yang sudah dianggapnya abang itu. Hanya dengan mak ngahnya saja Fia tersenyum pahit dan mengangguk lemah bila dipohon kemaafan bagi pihak anaknya. Oleh kerana saudara, papa Fia bertolak ansur tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Jauh di dalam hati suami isteri itu sangat terluka dengan kejadian yang membawa trauma kepada anak tunggalnya.

Kebetulan papa dan mama Fia adalah pesara guru, keputusan untuk mereka memulakan hidup ditempat baru terbuka luas. Walaupun kejadian tersebut tersimpan kemas tanpa pengetahuan orang kampung, namun keputusan berpindah tetap juga diambil. Keadaan Fia yang trauma dengan kejadian itu perlu dirawat. Suasana dan persekitaran baru penyumbang besar kepada pemulihannya. Mereka nekad mengambil keputusan berpindah ke kota dan memulakan segalanya disitu.

Mak ngah pada mulanya bertindak memujuk adiknya dari meninggalkan kampung halaman terpaks akur dengan keputusan yang telah dibuat. Luka walaupun sudah sembuh, masih tetap meninggalkan parut selamanya. Walaupun kemaafan telah diberikan, dia tidak daya untuk membuat tragedi itu dilupakan. Sungguh terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan memang tidak berguna lagi.

Keluarga itu meninggalkan kampung halaman dengan menitipkan amanah kepada Rosnah agar menjaga rumah serta dusun buah buahan kepunyaan mereka. Tiba kala musih buah, adiknya sekeluarga akan pulang ke kampung membawa anak tunggalnya bercuti jika berkesempatan. Adakalanya mereka balik beraya bersama. Ikatan saudara tetap dijalain walaupun ada palitan sejarah lama yang berbekas dihati.

Nota:
Allah swt berfirman, maksudnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan sesanggupannya."
(Surah Al Baqarah:286)

Sumber:

TF mohon maaf kerana lambat update bab 5 Allergic cinta. Jangan lupa readers sekalian sudikan comment ya agat TF dpt meneruskan penceritaan dgn happy dan bersemangat! Jangan lupa follow ig TF @tiffa_fieya utk mengetahui update terbaru novel ini. Terima kasih yang tak jemu jemu kepada kalian yang banyak mendorong TF agar terus berkarya walaupun perjalanan masih terlalu awal..masih belajar itu dan ini. Ok guys... happy reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience