Bab 17 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Hari ini Fir masuk semula ke pejabat setelah 2 minggu bercuti panjang. Selepas dia berpuas hati melihat keadaan ibu tercinta baru Fir sedap hati balik bekerja semula. Simen dikaki ibunya telah dibuka, fisio telah dijalankan mengikut jadual. Kini ibu sudah boleh berjalan dengan menggunakan tongkat. Fir tetap menggajikan jururawat menemani ibunya sehingga benar benar sihat.

Fir merasakan ada sesuatu yang belum selesai. Seperti ada perkara penting yang perlu dilakukan tetapi Fir sendiri tidak ingat. Puas difikir tetapi tetap menemui jalan buntu.

Tut.. tut... tut...

Handsetnya berbunyi manamatkan lamunannya. Nama Jasmine tertera. Entah beratus kali Fir reject sahaja panggilan gadis itu semasa dikampung. Susah juga kalau jenis yang tak faham bahasa ni, kena sekolahkan semula gamaknya.

"Yes Jasmine, what can I do for you. " Lambat lambat Fir menjawab juga panggilan.

"Darling! Kenapa you asyik ignored I je. Dah banyak kali tau call I you reject." Suara Jasmine kedengaran merajuk.

"Kan I dah inform you my mom warded, tak sihat. I balik kampung jaga dia. Yang you asyik call ada hal penting ke.?" Fir masih mengawal perasaan rimasnya. Kalau tak disebablan Datuk Kamal, memang malas dia nak melayan ulat bulu sekor ni.

"Memang I ada urusan pentingla that's why I call you. You aje yang tak pedulikan I."

'Tahu pun orang tak peduli, lagi mau terhegeh hengeh minah ni.' kutuk Fir didalam hati. "Apa yang penting sangat bagitahu je, I banyak kerja nak siapkan."

"No! I want to see you now. I dah ada kat parking office you ni, you keluar sekarang teman kan I lunch!"

'Aduh minah ni memang sewel la. Yang kau datang tak bagitahu, entah aku sibuk ke tak, main terjah je.' Fir mula mengomel di dalam hati sambil menuju ke lift terus ke lantai bawah. Sebelum minah gila tu mengamuk Fir kena lakukan sesuatu. Pelanggan yang ada dilantai pameran perlu dijaga privacy mereka. Susah ada minah sekornipun tak faham bahasa. Entah apala yang dia makan asyik hari hari nak mengamuk ja kalau tak diikutkan kemahuannya.

# # # # # # # # #

Fia nekad mengambil cuti. Memang tak lalu nak dihadap muka Marwan. Biar reda dulu kemarahannya. Lagipun emosi Fia tak menentu akhir akhir ni. Fia bersiap siap, sekejap lagi papanya akan menghantarnya ke airport. Nora berkali kali meminta maaf tak dapat menyertai percutian kali ini kerana kekangan kerja.

Mujur Fia teringat pada Lia, pengurus village resort yang baik hati. Melalui perbualannya 2 hari lepas Lia mengalu alukan kedatangannya. Terhibur juga hati dapat teman yang akan menemaninya sepanjang bercuti.

Fia sampai dan terus check in bilik kesukaannya menghala ke lautan dan dekat dengan cafe. Fia merebahkan badan ke atas tilam yang empuk. Lega dapat kendurkan urat saraf yang tegang sepanjang perjalanan.

Tut.. tut...

"Hello Fia, you dah sampai resort ya. Sorry I tak dapat entertain you masa you sampai tadi. I balik rumah tadi jenguk my mom." Lia menghubungi Fia bila dimaklumkan staff resort yang Fia sudah sampai.

"Oh, its ok Lia. I pun baru je sampai. Kenapa your mom tak sihat ke?" Fia berbahasa.

"Ada kecederaan sikit sebelum ni, now she's much better. I ada bagitahu yang you nak datang resort bercuti. She interested to see you Fia. If you don't mine malam ni jom dinner kat rumah I. Boleh I kenalkan you dengan my mom." Lia mencuba nasib mengajak Lia. Memang ibunya ada menyebut agar mempelawa Fia datang ke rumah sebelum habis tempoh bercuti.

"Segan pulak I, lagipun I sorang je, Nora tak datangni." Fia terasa segan pulak dipelawa Lia tiba tiba. Belum lagi sempat dia menyentuh air laut sudah dijemput ke tampat lain pula.

"Alah, apa nak disegannya. I tak ramai kawan, selalunya kawan kawan I memang my mom kenal. Jomla nanti malam I pickup you kat resort. My mom mesti happy dapat jumpa you. Lagipun dia dah lama boring berkurung dalam rumah sejak cedera haritu. Ada juga kawan kawan datang menziarah, tapi tu dah lama."

"Hm.. oklah. Lepas maghrib I tunggu you." Fia merasa belas pula mendengar kisah ibu Lia. Mesti ibunya wanita yang hebat seperti Lia,,pemilik resort yang cantik ini.

"Thanks Fia! I will pickup you at 8pm. You rest dulu kat resort ya, boleh jalan kat pantai, makan makan or berbasikal. Oh ya, you boleh memanjakan diri kat spa juga pakai golden members I nanti I send you number kad I. I will inform staff spa. Enjoy your self tau." Suara Lia kedengaran ceria.

Malam itu Fia mengikut Lia balik ke rumah. Siti menyambut Fia dengan senyuman yang manis. Banyak yang mereka bualkan terutama berkenaan kecederaan kaki ibu Lia.

"Fia pun pernah terseliuh semasa jogging kat universiti dulu. Teruk juga, bertongkat masuk dewan exam tapi tak delah sampai bersimen auntie. Memang kadang kadang malang tak berbau, sebelum ni elok je selalu lalu situ entah petang tu kaki terpeleot. Nasib baik lepas seminggu ok. Ni kaki auntie ni tak lama lagi baik lah ni." Fia pandai memujuk hati Siti, Lega rasanya bila ada yang berkata begitu.

"Suka auntie dapat berkenalan dengan Fia. Fia ni comel dan pandai berbicara, peguam lah katakan. Memang sesuaila dengan kerjaya Fia. Lia ni kalau berkawan memang dibawa balik ke rumah kenalkan dengan auntie. Memang dari dulu macamtu. So auntie kenal semua rakan anak auntie." Siti mela menyenangi Fia. Mereka berbual hingga tak sedar malam semakin larut.

"Sedap cheesecake auntie, kebetulan mmg favorite Fia kalau berkaitan cheese ni. Lauk pauk pun sedap, auntie memang pandai masak, untung Lia. Fikiran Fia terus teringatkan pertemuannya dengan Fir bila terpandangkan cheesecake tersebut. Hai.... wajahmu di mana mana saja Fir.

"Selalula datang sini Fia, kat rumah auntie ni bukannya ada sapa sapa, kami dua beranak dengan Mak Kiah je. Anak bujang auntie sekali sekala ja balik. Kadang kadang Lia kerja auntie boring kat rumah."

"Fia nak je datang rumah auntie. Tapi Fia pun datang bercuti. Tentu kalau mama jumpa auntie mesti boleh jadi kawan baik. Mama pun suka berkebun tanam pokok bunga bagai. Nanti Fia kasi nombor auntie pada mama, boleh berkenalan. " Fia memberi idea.

"Boleh, auntie suka, nanti boleh bertukar tukar ilmu gardening. Next time datang bercuti ajak mama n papa Fia sekali. Auntie ni tak ramai saudara Fia, yang adapun tinggal luar negara berhijrah.

"Inshaallah auntie, ada rezeki Fia datang bawa mama."

"Apa yang dibualkan ni, seronok nampak bu., Fia?" Lia mencelah setelah selesai menjawab panggilan dari pekerja resortnya.

"Berbual kosong, kenal kenal. Fia ni cepat mesra, seronok ibu dengar cerita Fia. Ni dah malam, Fia nak balik resort juga ka? Bermalam jer kat sini, bukan jauhpun resort dari sini, esok jelah balik bilik."

"Ah la Fia, bermalam kat sini je lah. Esok kita balik resort sama sama. Boleh sambung sembang lagi dengan kitorang. Lagipun Fia bukan selalu datang sini."

"Ala, Fia mana bawa baju semua. Barang Fia tinggal kat resort, ingatkan nak datang dinner jer."

"Tak pe, kita satu saiz jer. Lia bnyak jer baju baru yang belum guna, baju kecik seluar kecikpun ada yg baru dont worry. Kami berbesar hati tau kalau Fia sudi bermalam kt sini."

"Lia buat Fia serba salah la.. Ok la as you wishes." Fia mengalah setuju sahaja. Seronok dapat hiburkan hati dua wanita hebat dihadapannya.

"Wah... bestla, dapat ibu sambung dengar citer Fia." Siti kelihatan ceria.

"Boleh, tapi Fia nak dengar citer auntie pulak macam mana berjaya bangunkan resort dan besarkan anak anak yang berjaya dalam kerjaya." Fia semakin selesa dengan keluarga ini.

"Ye lah tu bu. Ibu dah lama berbual dengan Fia, my turn pulak nak kidnap Fia masuk bilik jap lagi. Bagi peluang anak ibu pulak pillow talk dengan Fia eh. Kita nak bergosip pulak bab boyfriend, ke ibu nak join?" Lia mengusik ibunya.

Fia rasa bahagia melihat hubungan ibu dan anak. Terasa riuh rendah walaupun bertiga sahaja diruang tamu itu. Teringat mama dan papanya dirumah. Fia impikan keluarga yang ceria kerana dia adalah anak tunggal. hanya mama dan papanya kawan berbual dirumah.

Malam itu Fia melayan dua beranak berbual panjang. Macam macam tajuk yang keluar. Seronok sekali sekali berkongsi cerita. Teringat semasa dikampung dulu bila berkumpul ada saja benda nak dikisahkan. Sehinggalah tragedi yang membuat Fia trauma, maka mereka berpindah ke kota.

Hanya musim buah dan hari raya sahaja mereka pulang. Itupun bukan tiap tiap tahun bergantung kepada keadaan semasa.

Fia menghabiskan cutinya diresort dengan berehat sepuas puasnya. Rasa tenang jiwanya bila mengadap suasana laut dipinggiran resort berkonsep kampung. Sesekali Lia akan menemani Fia berbual di tepi pantai ataupun makan di cafe. Kata Lia cafe resort ini semakin ramai pengunjung semenjak pengusaha baru telah mengambil alih.

Fia pun perasan akan hal itu sebab berbeza dengan percutiannya bersama Nora dulu, makanan tak sebanyak n seenak kali ini. Dekorasi dalam cafe juga telah diubah dan kelihatan menarik.

Sesekali Lia kelihatan bersama pengusaha resort. Mungkin berbincang mengenai kerja, itu Fia tak ambil pot. Tetapi yang Fia nampak, mereka berdua kelihatan mesra bersama. Kalau asyik bercintapun Fia setuju saja kerana pasangan itu sama cantik sama padan.

Tak semena ingatannya beralih kepada Fir. Baru disentuh hatinya dengan aura lelaki itu tiba tiba menghilang tanpa berita. Kemana gerangannya wahai arjuna beta...rindu asyik bertamu ingin bertemu!

Macam2 halangan Fir n Fia ni. Dah jumpa balik ok dh.. boleh plak terlupa Fir ni aish...! follow ig @tiffa_fieya

Share this novel

eya
2021-03-01 12:45:34 

Alaaaaa.... kenapa fir x jumpa2 lagi ngan fia... sian fiaaa. bestttt. x sbr nk bc next chapter... update cepat2 okayyy....


NovelPlus Premium

The best ads free experience