Bab 9 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

"Baiklah Fir, saya akan bagi Jasmine pilih dulu kereta yang dia suka. Nanti ada kelapangan dia akan turun test drive ya. Tahulah anak anak muda sekarang, tak mahunya kita tolong pilihkan. Diorang ada citarasa sendiri." Dato Kamal pura pura merungut perihal anak tunggal kesayangannya. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Apa saja kemahuan Jasmine sebolehnya akan dituruti.

"Tak ada masalah Dato, nanti apa apa inform jer Fir." Fir berbasi basi dengan pelanggan tetap syarikatnya. Kebanyakkan kereta mewah lelaki itu datang dari syarikatnya. Dato Kamal perlu dijaga, cuma anak kesayangannya membuat Fir sedikit gusar.

Terang terangan perangai menggediknya buat Fir rimas. Dah banyak kali Jasmine cuba mendekatinya, memikatnya, namun Fir melayan atas dasar menghormati Dato Kamal.

Dato Kamal seorang businessman yang disegani. Mempunyai ketokohan yang bagi Fir patut dicontohi. Berada bersama lelaki itu menjadikan Fir selesa. Apalagi Fir memang dahagakan kasih sayang dari ayahnya. Dato Kamal bersifat rendah diri walaupun beliau dikalangan yang ternama, menjadikan Fir senang sekali berurusan. Hairan juga dia kenapalah si Jasmine tak mengikut sifat terpuji papanya.

# # # # # # # # # #

Tok tok tokk...

"Come in."

"Boss, sorry for interrupt both of you.. ...can I talk to you just a minutes?" Suzie terpaksa mengetuk juga pintu pejabat bosnya bila keadaan di bahagian lantai pameran sukar dikawal. Fir bangun meminta diri dari tetamu dihadapannya untuk keluar sebentar bertemu Suzie.

"What up Suzie?"

"Cik Jasmine bos, siapa lagi. Dia tak nak orang lain yang entertaine dia kecuali bos. I dah suruh eksekutif pemasaran kita yang handle, dah 3 orang berganti dia tetap nakkan bos. I dah cakap bos ada meeting dengan client, but she didn't listen. She just want you." adu setiusahanya serba salah.

"Huh, ni yang I tak suka perangai dia. You suruh diorang layankan aje about 15 minutes nanti I turun. Let's me finish with my client first ." Fir terpaksa memendekkan meetingnya kerana perkara remeh macamtu. Ni yang Fir tak suka dalam kerjanya!

"Mana bos u all hah. Meeting apa yang penting sangat...I lagi pentinglah. Father I client besar syarikat ni tau."
herot merot mulut Jasmine marahkan eksekutif jualan yang bertugas. Pelanggan lain melirik ke arah mereka. Sedikit sebanyak keriuhan itu mencalarkan sedikit imej syarikat itu.

"Ok Jas, sorry I'm late. I betul betul ada meeting penting tadi. You all boleh continue kerja, I'll take over of her." arah Fir kepada pekerjanya. Terpaksa dipendekkan meeting antara pembekal tadi disebabkan anak manja Dato Kamal yang tak faham bahasa itu.

"Hi handsome.. I tunggu you lama tau. Sikit lagi I nak call my father. I dah tak de mood nak pilih kereta for to day, next timelah." rengek Jasmine pura pura merajuk sambil melurut tali leher Fir. Fir memasukkan tangan kedalam poket, cuba mengelak mana yang sempat. Dalam masa yang sama cuba memujuk anak emas clientnya itu.

"You dari mana ni cantiknya... ada photoshoot ke tadi." Fir pura pura memuji gadis tinggi lampai itu. Pakaian Jasmine betul betul seksi dengan skirt paras peha dan baju yang sendat sangat menjolok mata. Memamg tubuh badan Jasmine yang tinggi lampai serta langsing itu sangat sesuai dengan kerjayanya sebagai model.

"I tak de photoshoot today, memang I datang nak jumpa you, nak tengok kereta. Sekarang dah hilang mood I, jom... you kena teman I lunch." selamba Jasmine memeluk lengan Fir mengajak keluar. Mahu tak mahu Fir turutkan sahaja. Dalam hati dah menyumpah kerana banyak mata yang melirik ke arah mereka.

Fir pulak terasa malu dengan pakaian perempuan disebelahnya. Kalau tak disebabkan rasa hormatnya kepada Dato Kamal tak mahu Fir melayan kerenah Jasmine. Setakat kerugian sedikit dia tak kisahkan sangat. Selagi gadis ini tak melampaui batas Fir turutkan saja.

# # # # # # # # # # # #

Pasangan tinggi lampai itu memasuki restoran mewah. Kedua duanya mempunyai gaya hidup mewah. Jasmine walaupun pada awalnya seorang model suam suam kuku tetapi dengan kedudukan papanya dia masih selesa menonjol di agensi tempatnya berkerja. Dengan pakej lengkap yang dia ada tak hairanlah gadis ini mula menjinakkan diri dibidang seni.

Bagi Fir, walau dibesarkan dalam keluarga yang tidak kurang senang, namun didikan ibunya dapat meletakkan dirinya sentiasa beringat ingat. Dengan kejayaannya sebagai pemilik perusahaan automobil yang berjaya menjadikan jejaka ini begitu menjaga penampilan diri ke mana sahaja. Jika dilihat dengan mata kasar, pasangan ini sama cantik, sama padan walaupun hakikatnya lansung tak sebulu.

"You ni, I tengok sopan sangat, malu malu dengan perempuan... behave ja. Sesekali ikut I lepak club, kendurkan urat you yang tegang. Jom I'll teach you handsome. Jasmine cuba menduga jejaka dihadapannya. Andai umpannya mengena tak ke untung namany. Dah berkali Jasmine mempelawa lelaki itu tetapi tetap ditolak dengan hormat. Bukan Jasmine tak ada teman lelaki lain... bersepah, tetapi baginya Fir limited edition. Papanya juga banyak memuji anak muda berwawasan tinggi ini.

"Sorry Jas, you know me. Just respect my attitude. You client and rakan I. You're dad like my idol, i really adore him. I anggap you macam adik I, I tak ada adik, you know that Jas."

"Hm.... I know, you pun anggap my dad as you father kan? My dad pun selalu puji you, sebab I ni anak tunggal and my dad teringin sangat nak anak lelaki. Why not Fir kita memudahkan cara, you jadi ja menantu Dato Kamal. I anytime sedia menjadi milik you my darling." Jasmine membaling umpan lagi, mujur hari baik mengena....

"Jas, finish your lunch, I ada appointment lain kejap lagi. I"ll drope you at agency ok." Muka Fir sudah merah padam menunduk sambil menyudu makanan di pinggan. Sungguh dia malu di goda begitu. Sudah acapkali gadis ini melamarnya, dimanakah nilai gadis melayu pada perempuan cantik didepannya. Ish tak tahu malu betul. Aku pula yang tersipu. Namun egonya menampakkn Fir tetap tenang....

"Eleh, ngorat sikit dah blushing, malu kalah perempuan. Asyik asyik nak mengelak ja." I tak cukup cantik ke bagi you." Cemberut muka Jasmine sambil menguis makanannya,jorannya selalu tersasar.

"You cantik Jas, I lebih selesa anggap you sebagai adik. Please, not again.." Fir tetap berlembut. Serimas manapun dia pada Jasmine, tak dinafikan di masih menyenangi gadis tinggi lampai ini. Rasa dirinya bertanggungjawab melindungi, mungkin sikap pelindungnya pada ibu dan along sebelum ini menjadikan perasaannya ingin menjaga insan yang bergelar perempuan.

Happy reading guys.... TF luv u! Terus sokong TF ya. Foolow ig @tiffa_fieya utk mengetahui TF update bab terbaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience