Bab 7 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Enjin kereta dimatikan. Fia memberi salam dan melangkah masuk ke rumah ibu bapanya. Wajahya sedikit tergambar tekanan. Langkahnya dihayun malas...

"Mama... papa... Fia balik..."punggung dilabuh ke sofa. Beg sandang dan fail diletak ke tepi. Mata dipejam seolah melepas lelah.

"Penat sangat anak papa ni, menang tak kes tadi. " Latif mengusap kepala anak kesayangannya. Fia membuka mata dan mempamerkan muka manjanya.

"Alhamdulillah pa... susah juga nak handle kes berprofil tinggi ni... berbulan Fia mengadap kes ni. Rasa macam nak cuti panjang ja release kan urat urat yang tegang. " Fia menyandar kepala kebahu papanya.

"Alahai anak mama... letih sungguh dia, kesian.. " Jannah menghampiri anak dan suaminya sambil menatang dulang. Jus mangga disuakan kepada suaminya, lalu segelas lagi kepada anak kesayangan mereka.

"Thanks ma, sayang mama. " Fia meneguk rakus, lega rasanya bila air dingin itu turun ke tekak.

"Elokla Fia ambil cuti panjang, rehatkan minda tu. Sebulan dua ni mama perhatikan Fia kurang tido, kurang rehat, kesihatan kena jaga sayang. " Nasihat Jannah kepada anak kesayangannya. Suaminya senyum mengangguk tanda setuju.

"Fia suka dengan kerja Fia ma. Lebih baik Fia sibukkan diri dari melayan perasaan dan mimpi mimpi buruk tu. " Fia mengeluh entah kesekian kalinya.

"Jangan berputus asa sayang, papa tahu anak papa kuat. Cuba lawan trauma Fia tu. Jangan putus berdoa ya sayang. Allah tu maha mendengar, Allah tidak pernah tidur. Sampai masa ketikanya Fia akan bebas dibelenggu oleh semua tu. Ingat sentiasa berdoa, Allah swt maha pemurah lagi maha penyayang." Latif kembali mengelus kepala anaknya degan penuh belas.

Latif suami isteri tidak jemu menasihati puteri mereka. Dah pelbagai ikhtiar dicari, dah ramai pakar dirujuk untuk menghilangkan trauma si anak. Segala ikhtiar sudah dibuat.. hanya perlu menjalani gaya hidup dan pemikiran yang positif dan sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt.

"Fia pergi naik atas bersihkan diri dan solat ya. Lepas kita berjemaah magrib nanti kita makan. Perut tu perlu diisi, makan pun tak tentu mama tengok kebelakangan ni. " Mamanya memujuk anak gadis itu. Keperihatinan sebagai ibu dan rakan kepada anaknya sangat membantu dalam mengimbangi tekanan.

"Fia abc ma sejak pagi tadi. Ok Fia naik mandi dulu, karang time dinner Fia turun." Fia bangun mengutip barang barangnya sambil memberi ciuman ke pipi mama tersayang.

Usai selepas membersihkan tubuh, Fia kembali segar dan selesa menyarungkan pijamas kegemarannya. Selepas bersiap ala kadar Fia mencapai telefon bimbit mula menguis screen mencari nombor rakan baiknya.

"Assalamualaikum.. " terdengar salam diucapkan menyambut panggilannya.

"Waalaikumussalam. Nora aku rindu kau." rengek Fia sebaik sahaja mendengar suara sahabatnya. Rasanya sudah lama mereka tidak bersua sejak Fia mengendalikan kes berat kebelakangan ni.

"Ye lah Fia.... aku pun banyak kerja lately. Tepu rasanya kepala hotak aku mengadap masalah orang." Merungut rungut Nora dengan tugasan hariannya.

"Tak baik kau Nora, tulah dulu nak sangat study law. Dah memang tugas kita macamtu.. kau tu mulut dah tak ada law merungut tak tentu pasal. Kerja tu ibadah tau tak.. " Fia menegur kawannya, sedangkan dia pun 2x5 kalau dah stress menggila dengan bebanan tugas.

"Kau turun Melaka la Fia kita child together."saran Nora.

"Boringla asyik ke sana ja. Melaka dengan KL pun sama boring ja.... sesak, bising, buat semak kepala. I want something yang boleh buat kita refreshing.... kita pergi bercuti jom. " tiba tiba tercetus diminda mahu merehatkan diri ketempat yang damai, menyenangkan.... segar.... suasana kampung.... laut.. yes!

"Aku ikutkan ja. Nanti kita set date untuk bercuti. Nanti aku habiskan kerja kerja yang tertangguh. Sementara tu tugas kau search mana mana tempat yg sesuai kita nak pergi. Kau nak fly oversea ke Fia?"

"No, tak bolehlah Nora...ritu kita dah fly kan. Kali ni kuta bercuti dalam Malaysia ja.. nanti aku cari port yang best, yang sunyi dan tenang. Serabut aku dengan kes baru baru ni... "

"Ok, make sure it's really refresh our mind dear. Apa hal kau roger aku.

"Ok deal!" terasa teruja Fia nak bercuti kali ni. Tab dibuka cuba mencari tempat tempat menarik yang bakal dia dan Nora habiskan masa untuk merehatkan minda. Asyik mencari menguis screen,bulat mata Fia memandang suasana hijau dan damai terpampang dilayar.... village resort! Yes!!

Note
Trauma psikologi adalah jenis kerosakan jiwa yang terjadi sebagai akibat daripada peristiwa yang menyebabkan trauma kepada mangsa. Ketika trauma mengaruhkan gangguan tekanan, kerosakan yang dialami mungkin melibatkan perubahan fizikal dan kimia otak manusia yang mengubah tindak balas seseorang terhadap sebarang tekanan dihadapi pada masa hadapan.

Sumber

Happy reading guys. TF harap readers terhibur... tak lama je lagi hero dan heroin nak berjumpa... sabar eh! Boleh follow iq @tiffa_fieya untuk melihat watak utama citer ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience