Bab 23 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Fail kes bersusun kemas di atas meja. Fia kelelahan setelah sekian lama berlapang, kini kerjanya kembali menimbun. Jemputan perkahwinan Lia pun tak dapat dipenuhi. Sangat terkilan bila Lia dan ibunya berkali menghubunginya mempelawa. Bukan Fia tak sudi tapi kes yang ada sukar ditangguh kerana sangat penting dan melibatkan orang berpengaruh.

Memang niat dihati nak kenalkan mamanya kepada ibu Lia. Jemputan itu adalah plan pertemuan yang tepat, tetapi sayangnya masa dan ketikanya saja yang kurang sesuai. Tak mengapalah, suatu masa nanti akan dipertemukan juga mereka.

Apa yang dirisaukan Fia, buah hati pengarang jantungnya sudah merajuk hati! Lelaki itu juga ada agenda mengajak Fia balik kampung untuk bertemu keluarganya. Haish... masa ni jugakla Fir pun nak buat plan macam macam.

Masa yang dimana Fia perlu menolak semuanya kerana tugas! Sesekali terasa juga Fia ingin berhenti menjadi peguam dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Tetapi difikirkan kemana pun kita pergi sentiasa ada masalah menanti, itulah kehidupan.

# # # # # # # # # # #

"Fia, kau free tak jom kita minum, dah lama kita tak sembang kan."

Marwan cuba berjalan seiring Fia ke kereta sebaik habis waktu kerja.

"No, Marwan aku nak balik terus, penat."

Fia mengelak. Sejak kejadian dia bertegang leher dengan Marwan hari tu hubungan mereka dingin. Hanya bercakap tentang kerja sahaja. Fia malas mahu memeningkan kepala dengan perihal Marwan.

"Ok Fia, bagi aku peluang nak say sorry bab tempoh hari. Aku tahu aku salah cakap. Emosi aku tak stabil hari tu. Jom Fia aku belanja minum, kita satu firma tak kan nak bermasam muka, tak bestlah."

Marwan bijak memujuk Fia dengan kata katanya.

"Tahu pun kau tak best yang kau mengata aku haritu kau ingat aku best? Nak cakap tak nak fikir, nama ja peguam."

Fia melepas geram namun langkahnya dituju juga ke arah gerai kebiasaan mereka melepak minum jika ada kesempatan habis berbincang mengenai kes. Muka Marwan kembali tersenyum.

Hati gadis seiringnya ini tidak sekeras mana kalau kena dengan gaya memujuknya. Cuma Marwan geram kerana masih lagi tak dapat memiliki hati dan body Fia yang sudah lama diinginkan.

Bukan dia tak perasan kebelakangan ni ada lelaki yang kadang kadang datang mencari Fia. Yang geramnya Fia pula seperti melayan baik lelaki itu berbeza layananya pada dirinya. Marwan mula mendendami lelaki itu, giginya diketap tanpa disedari Fia yang berjalan besebelahannya.

Sebelum ni Fia tak pernah rapat dengan mana mana lelaki kecuali dia dan peguam lelaki dari firma yang sama. Itupun berkisar tentang kerja saja jauh sekali nak melencong ke arah lain.

Memang Fia ni sejenis yang tak pernah ada hubungan rapat dengan lelaki. Dia hanya manja dengan papanya sejauh pandangan Marwan sepanjang mengenali gadis itu. Anak tunggal kesayangan yang sangat menjaga perhubungannya dengan lelaki.

Marwan tak pasti sama ada Fia ada sejarah lampau, tetapi keadaan itu melegakan hatinya. Sekurang kurangnya gadis pujaannya seorang yang menjaga tingkah laku. Dan itu sangat diimpikan olehnya.

Kadang kala bila Fia malas drive ke firma papanya akan menghantar dan menjemput gadis itu. Siap jalan berpegangan tangan lagi dua beranak tu. Geram betul Marwan, bilalah dia nak mendapat kesempatan itu. Dah berkali kali dia cuba tapi xpernah berjaya... geram betul!

Otak Marwan mula berfikiran negatif. Memasang niat yg terpesong demi merealisasikan hasrat hati yang dah lama terpendam. Dia berazam, suatu hari nanti dia pasti mendapatkan Fia!

# # # # # # # # # # #

Sudah seminggu Fia gagal menghubungi dengan Fir. Teringat Fia saat Fir menghilang dulu, rupanya balik kampung menjaga ibunya yang kurang sihat. Tapi kali ini Fia yakin memang Fir berjauh hati kerana Fia tak dapat mengikutnya berjumpa keluarga.

Semasa diterangkan mengenai kes kes penting yang tak boleh Fia tinggalkan, Fir kelihatan ok saja. Tetapi bila seminggu dia tak mendapat panggilan dan text dari Fir dia yakin memang lelaki itu merajuk!

Rindu bertandang lagi. Semasa dengan Fir Fia sering diusik, tetapi Fia segan nak mengaku. Bila sekarang tak bersua muka, tak mendengar suara rasa kosong hidup Fia. Fia tersenyum sendiri... 'angau lagi aku nih!'

Fia ada memikirkan saranan Fir agar dihalalkan hubungan mereka segera dan bercinta selepas itu. Papa dan mamanya juga menasihatinya begitu. Fia rasa agak berat kerana dia baru saja bertemu kembali dengan lelaki itu dan tidak tahu sejauh mana sayangnya Fir kepada dirinya.

Bagi pihak Fia, dia cintakan Fir sepenuh hati. Tidak pernah Fia rasa perasaan ini kepada mana mana lelaki.
Perasaan ingin memiliki dan dimiliki, Perasaan disayangi dan dilindungi... yang pasti setiapkali Fir disisi jantungnya berdebar hebat, hatinya berbunga bahagia. Jika ini cinta anugerah Ilahi, Fia amat bersyukur dan menjaganya.

Fir.... Fia membelek handsetnya. Dia mengambil keputusan untuk menunggu saja panggilan Fir dengan sabar. Percubaannya menghubungi Fir tempoh hari seperti Fir tidak dapat dihubungi dan berada diluar kawasan. Kemana lelaki itu menghilang......

'Fia rindu Fir!'

Maaf ya atas kelewatan TF update bab baru. Happy reading guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience