Bab 1: Allergic Cinta

Romance Series 14652

Gadis itu melangkah masuk ke perpustakaan universiti dengan tenang. Dengan berpakaian baju kurung berbunga kecil dan mengikat tocang satu ala poney tail, Fia nampak begitu ringkas dan sedap mata memandang. Tag universiti yang terkalung dileher jinjangnya jelas menunjukkan bahawa dia pelajar semester 3 Fakulti Perundangan. Fia melangkah ke shelve yang menempatkan buku-buku perundangan, cuba meneliti bahan bacaan yang diperlukan.

Buk!

"Hoi.... mata letak mana ha? "
Fia mula bengang bila ada pelajar yang tidak sengaja terlanggarnya ketika Fia sudah hampir ingin mengambil tempat duduk. Habis bertaburan buku perundangan yg dikendongnya... dah la buku tebal, malangnya salah satu buku terjatuh pulak atas kaki Fia.

"Syyyyyy"

Dua tiga pelajar berhampiran cuba mengisyaratkan jari dibibir tanda arahan diam kerana mereka berada diperpustakaan.

"Maaf saudari, saya tergesa2 tadi, tak perasan terlanggar."

Seorang pelajar lelaki tinggi lampai meminta maaf dalam nada berbisik sambil tunduk memungut buku-buku yang bertaburan. Dari riak wajahnya nampak betu-betul menyesal.

"Banyak handsome muka awak maaf-maaf, belum hari raya lah. Ni kaki saya yang sakit ni macamana?"

Fia turut merungut dengan nada berbisik sambil menggosok kasut yang menyarung kakinya. Terasa ibu jari kakinya terpenyek dek tertimpa buku tadi.

"Sorry cik, kita ke klinik kalau mahu. "

"Tak payah! Lain kali mata jangan letak kat kepala lutut. "

Fia terus merampas bukunya dan berlalu. Dasar mamat sepet, tak cukup luas mata tu nak tengok depan, boleh langgar aku macamtu ja. Kutuk Fia dalam hati. Mood eloknya tadi terus swing dengan insident itu. Tak pasal-pasal ada yang nak kena telan ni. Lelaki memang semua tak boleh haraplah!

Selapas meminjam beberapa buah buku Fia terus melangkah pulang ke kolej penginapannya. Perkhidmatan bas yang disedia membawa pelajar sekitar universiti tidak diendah. Fia lebih senang berjalan kaki saja balik ke kolej walaupun jari kakinya masih terasa berdenyut. Ditambah dengan perasaan geram dengan peristiwa tadi serasa cepat saja langkahnya diatur, sedar-sedar sudah sampai. Pelajar aktif seperti Fia tidak ada masalah setakat menapak sejauh itu. Tak hairanlah bentuk badan Fia yang cantik dan sihat menjadi tumpuan rakan-rakannya.

###################################

"Eh dah kenapa kaki kau Fia. " tegur Nora bila melihat Fia meletakkan minyak urut pada ibu jari kakinya.

"Mamat sepet sesat mana ntah langgar aku kat library tadi. Rasa macam aku nak koyak mata dia bagi celik luas sikit bila berjalan. Hampeh betulla.. "

"Kau ni Fia kalau dengan lelaki cukup allergic kan. Ntah mamat tu betul-betul tak perasankan engkau tak. "
Nora menggeleng gelengkan kepala mendengar amarah Fia.

Masak benar dengan perangai sahabat baiknya yang anti lelaki tu. Ada saja yang tak kena pada mata Fia. Jaganlah mana mana pelajar lelaki cari fasal atau cuba mengorat Fia, memang makan kutukan la jawabnya. Hal lain Fia masih boleh diplomasi tapi bukan hal berkaitan lelaki yang nak menggatal atau cari pasal.

Kalau setakat nak berkawan Fia ok. Kerja berkumpulan yang ditugaskan oleh pensyarahpun tak jadi masalah bagi Fia asalkan jangan menggatal atau terpesong niat. Cinta.... nehi kabhi nehi!.. eeuwww.

###################################

"Fir, kau tak lapar ke asyik mengadap laptop tu ja dari tadi. Dah la tu jom join kami ke cafe. Aku dah lapar gilerni.. kang dengan kau sekali aku telan." Lokman yang berbadan agak chubby sudah bangun mengemas barangnya lalu memasukkan ke beg sandang.

Tahun akhir bagi para pelajar Fakulti Perniagaan dan pengurusan adalah garis penentu masa depan mereka. Fir antara pelajar contoh dikalangan mereka sangat tekun belajar dan berusaha. Pelajar lelaki yang berwajah ala korean look dengan mata yang seakan sedikit sepet dan berkulit cerah ini seringkali menjadi tumpuan pelajar siswi. Namun sikapnya yang tak suka melayan menjadikan lelaki ini lebih 'mahal' dan 'limited edition.' Ramai saja pelajar siswi yang tergila gilakan Fir dan memasang angan angan setinggi langit biru. Fir seorang yang aktif dalam persatuan dan sukan. Tak hairanlah jika dirinya dikenali ramai.

Mereka berempat beriringan ke cafe. Fir akui turut terasa lapar kerana hanya minum sahaja semasa sarapan pagi tadi. Lokman dan Alex adalah rakan serumahnya dari semester tiga. Mereka memilih untuk tinggal di rumah sewa dari di kolej kediaman universiti. Namun begitu mereka tetap aktif dan terlibat dengan kebayakkan program universiti.

"Pst.... pst... ehem"...

Kedengaran suara berbisik daripada sesetengah siswi sejurus Fir dan rakan rakannya melangkah masuk ke cafe. Alex dan Reza yang tak kurang handsomenya tersenyum sambil mengenyit mata kepada yang memandang. Lokman pula laju saja ke arah makanan... sudah berkeroncong perutnya. Tak dihairankan sekeliling lagi, yang penting perut perlu diisi... dah kebulur beb....

"Eh abang senior bussiness tu la.. "
Bulat ternganga mulut Ren bila terpandangkan Fir dan yang lain duduk makan selang beberapa meja dengan mereka. Nora mengangkat muka melihat ke arah pandangan Ren tadi. Berlainan dengan Fia yang terus saja tunduk mengadap laksa penang kegemarannya.

"Fia... kau tengokla tu oppa.. handsome siot.. " Ren menyiku Fia agar memandang.

"Kauni Ren macam tak kenal si Fia ni.. mananya dia nak pandang lelaki. Karang tak pasal pasal orang makan nasi, kau makan sekali dengan pinggan., hahaha. " usik Nora sambil menjeling ke arah Fia.
Fia yang sudah menghabiskan laksanya selamba badak menyedut fresh orange tanpa mempedulikan usikan kawan kawannya. Kalau dah topik lelaki memang Fia tak join lah.

"Korang kalau nak stay aku tak kisah, lantak. Aku dah habis makan, kejap lagi nak ke library."

"Tak jemu eh asyik lepak library je kau ni. Orang lain pun study jugak beb. Cuba release kan jap urat mata kau tu tengok benda benda indah depan mata ni. " ujar Ren mengusik Fia.

"Ah tak kuasa aku. Dah kau gatal sangat aku bagitahu mak kau suruh kahwinkan kau je... tak payah susah susah nak mengadap buku. Kau mengadaplah laki kau 24 jam. "
Fia menjelir lidah pada Ren mengusik.

"Cik, saya Fir.. kita pernah berlanggar di library minggu lepas, saya nak say sorry again. Kaki cik dah baik? "

Terkejut mereka bertiga apabila tiba tiba Fir datang meletakkan sekeping cheesecake di dalam kotak di atas meja berhadapan Fia. Dalam hati Fir menyumpah dirinya kerana memalukan diri. Namun kehendak hatinya yang tidak tenteram sejak kejadian minggu lepas tetap mahu meminta maaf kepada pelajar perempuan yang dilanggarnya itu. Terpaksalah dia control macho, dah memang salahnya. Andai gadis itu berkeras tak memaafkan dirinya pun tak mengapa janji hatinya puas.

Melukakan hati perempuan bukan prinsipnya.. apa lagi melibatkan gadis itu cedera dikaki.. memang sudah tanggungjawabnya memohon maaf.

Ren dah ternganga melihatkan oppanya ada depan mata. Nora yang turut terperanjat hanya mengangkat kening pada Fia didepannya dengan harapan rakannya tidak beriaksi yang bukan bukan. Orang dh mintak maaf, siap belanja cheesecake plus handsome lagi tu, tak kan tak cair kot....

Fia berlagak tenang walaupun dalam hati turut terkejut melihat mamat sepet ni terpacak senyum memandangnya.

"Huh, tahu pun salah. Lainkali jangan tunjuk muka depan saya lagi. Mata tu buka luas luas masa berjalan. "

Selambar Fia sound Fir sambil tangannya mengambil cheesecake di atas meja dan menyandang begnya lalu pergi meninggalkan cafe. Cake favourite aku kot... mana boleh tolak rezeki.. bisik Fia dalam hati.

Fir sekadar tersenyum melihat gadis comel di depannya.... ringkas penampilan tapi seperti ada sesuatu yang membuatkan gadis ini menarik pada matanya.... apa ya...

Note:

Kenapa perlu memohon maaf jika berbuat salah:
- dapat menjaga hubungan
- dapat meredakan keadaan
- dapat mengawal ego
- dapat membersihkan hati
- dapat belajar daripada kesilapan

Sumber:

Salam perkenalan buat semua penulis dan pembaca setia novelplus. Sudikan diri anda untuk membaca dan memberi komen karya sulung TF. Sebagai penulis baru yang masih bertatih, TF amat perlukan sokongan moral dari anda semua sebagai galakkan untuk terus berkarya. Sudikan follow ig @tiffa_fieya. Semoga karya ini mendapat tempat dihati anda semua. Sama samalah kita menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Doa TF agar anda semua dalam lindungan Allah swt.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience