Bab 15 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Tok tok tok...

"Fia sayang, jom turun dinner." Terdengar suara mama di pintu bilik Fia. Fia yang sedang berangan tersentak terus bangun lalu membuka daun pintu.

"Sorry ma, dah lama ke mama panggil, Fia terlelap." Fia menggosok matanya seolah baru bangun dari tidur. Tak kan dia nak berterus terang sedang angankan lelaki pujaan.. ceh, malu kot.

"Fia tak sihat ke? Banykk sangat kerja kat office tu?" Mama seperti kebimbangan.

"Tak ma, Fia minum dengan kawan kawan habis discuss tadi. Kerja macam biasa ja. Mama turun dulu nanti lepas solat Fia turun. Tak pun mama papa makan dulu, nanti Fia menyusul."

"Yelah, papa dah kat meja makan tu, kami makan dulu ya, Fia cepat tau." Ciuman diberi keubun ubun anak kesayangannya. Jannah turun kelantai bawah mendapatkan suaminya.

"Kita makan dulu bang, Fia nak solat, kejap lagi dia turun." Jannah menyendukkan nasi kepinggan suaminya. Latif menadah tangan membaca doa dan diaminkan isterinya. Mereka mula makan sambil berbual.

"Saya perhatikan Fia lain aje lately, macam ada benda baru yang disembunyikan." Latif memecah kesunyian.

"Eh saya ingatkan abag tak perasan. Fia nampak macam sedang jatuh cintakan... , makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena... Jannah tersenyum sambil mengungkapkan penyakit rindu orang bercinta.

"Amboi awak ni, bukan main bermadah pulak. Agaknya awak dulu macamtu time rindukan abang tak? Latif sempat lagi berseloroh.

"Ish,..ke situ plak abang. Saya betul betul ni. Nampak macam Fia tu tengah angau je."

"Ye, abang pun perasan. Agaknya adalah jejaka yang berjaya memecah tembok kukuh hati Fia tu. Syukur abang, sekurangnya trauma dulu tu dapat beransur hilang. Fia pun dah tak mengadu sering mimpi lagi kan?"

"Syukur bang kalau dengan kehadiran seseorang dapat pulihkan Fia."

"Abangni, kalau betul Fia dah berjumpa yang sesuai rasanya elok kita kenal-kenal dulu. Andai pilihan Fia tepat apa salahnya kita nikahkan saja. Fia pun bukan muda lagi. Lagipun bukan mudah anak kita tu boleh sukakan lelaki. Mungkin yang ini Allah hantar untuk pulihkan kesakitannya sekian lama mana kita tahu."

"Bunyinya macam tergesa gesa pulak bang. Si Fia pun belum buka mulut, abang dah bincang bab nikah. Nantilah pelan pelan kita risik kat Fia. Entah baru frasa kenal kenal kot.."

# # # # # # #

Fia menyambung lamunanya sebaik sahaja selesai makan malam mereka. Soalan bertubi tubi dari mama dan papa cuba dielakkan. Fia sendiri tak pasti dengan perasaannya ketika ini.

Flash back

Fir sempat meminta nombor talifon Fia sebelum dia minta diri ke toilet. Fia rasa seperti mimpi dia selesa makan semeja sambil bergurau senda dengan lelaki yang baru ditemuinya semula. Kalau dihitung sudah lama dia mengenali Fir, tetapi dalam keadaan yang tidak boleh digelar kenalan pun.

Fia tersenyum tika melihat Fir melangkah ke arahnya dari jauh. Sungguh lelaki ini ada aura tersendiri. Kekacakkannya baru disedari Fia, sangat sopan dan istimewa.

"Apasal you renung I macamtu. Baru tinggal ke toilet pun dah rindu ke." Fir mengusik Fia bila dilihatnya mata gadis itu tak berkelip memandangnya sambil tersenyum.

"Eh, jangan nak perasan ok. I ternampak you lupa zipkan seluar you tu." Fia mendapat idea menyakat Fir. Kelam kabut Fir meraba bahagian seluarnya, mukanya pucat menahan malu.

"Ha ha ha ha, tahu gelabah. Asyik you je kenakan I dari tadi." Fia menyambung ketawanya berdekah dekah.

"Oo, nakal juga you ya. But I like... " Fir merenung Fia sambil menghadiahkan senyuman menggodanya... ada kerusi yang nak patah nampak gayanya. Hati Fia kembali berdebar debar. Cis.... cintakah ini.

Tut.. tut....
Bunyi talifon Fir membantutkan gurauan mereka. Fir pantas menjawab setelah meminta keizinan Fia bila nama along naik di screen.

"What along.... ibu.. ok ok Fir balik segera." Fir kelihatan terperanjat dan tergesa gesa. Seperti ada kecemasan lagaknya.

"Sorry Fia, I got to go. I will call you latter. Lunch on my bill."

"It's ok. Thanks, see you.

Fir segera berlalu pergi. Bila pulak dia settlekan bil. Ni mesti time ke toilet tadi. Fia bermonolog seorang diri sambil keluar dari cafe. Doanya agar segala kesulitan Fir dapat diselesaikan. Fia juga berharap Fir menghubunginya nanti.

End flashback

Dah seminggu sejak insident di mall, tiada berita dari Fir. Fia membelek handsetnya... memang salahnya tidak meminta nombor dari Fir, menyesalpun tak berguna. Agaknya Fir sejenis yang baik dengan semua orang kot. Atau Fir memang kaki perempuan..,kasanova mungkin...sebab tu Fia dilayan begitu baik..

'Ah! kusut kepala aku memikirkan mamat sepetni. Dia dah lupakan aku agaknya. Aku yang angau semacam sorang sorang. Ish.. tak boleh jadi juga. Ok dah seminggu Fia, kalau betul dia teringatkan aku takkan dia tak call.., paling tak pun text kan. Sahla kau syok sendiri. Orangtu koleksi aweks bersusun, mana nak pandang aku ni.' Fia bermonolog sendiri. Jauh disudut hati tetap tinggal harap Fir akan menghubunginya....

Happy reading guys! Jom sama2 kita teman Fia menunggu Fir mcm tunngu buah xgugur! follow ig @tiffa_fieya utk tengok TF update gambar cast ya!

Share this novel

eya
2021-02-26 12:57:18 

pendek nya bab ni but its okay i enjoy baca. update cpt next chapter. cant wait to read


NovelPlus Premium

The best ads free experience