Bab 21 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Suasana terasa sedikit kekok dalam kereta. Ini pertama kalinya Fia satu kereta dengan Fir. Setelah dipujuk, Fia setuju untuk keluar minum dengan Fir selepas waktu bekerja. Fir melirik mata ke sisi, cantik betul Fia dimatanya. Bilalah nak jadi hak miliknya yang mutlak.

"Fia, you menungkan apa, orang yang you rindu kan ada kat sebelah you ni. Yang you pandang keluar tu napa?"Fir bersuara romantis.

"Jangan nak perasan I rindu youlah! You yang datang cari I kan. Kang I tak ikut you merajuk." Fia buat muka cemberut. Dalam hati Tuhan yg tahu bersebelahan dengan Fir, berdebar debar jantung Fia. Berdetap detup hati Fia.... rasa nak tersembul keluar dah nih.

"Yelah, I nak memudahkn cara you, kalau you tak rindu I you tak ikut I sekarang kan? Kalau you tak sayang I you tak kan kisah kalau I merajuk kan? Eh you sayang I rupanya.... , kantoiii!"

"Jangan membebel la Fir, tengok depan lah, keta banyak tu." Fia dah tak dapat menahan rasa malunya. Ah lelaki ini suka sangat mengusik lah. Main terjah je nak cakap tu.

Kereta menuju ke satu lokasi taman. Kelihatan deretan gerai santai ditepian tasik. Fir memakir kereta tetapi tidak dimatikan enjinnya.

"Fia, I nak tanya you ni. You sukakan I tak? I tak pandai nak bermadah, just straight for word. I tahu kita baru saja rapat setelah sekian lama kita kenal. Tapi I yakin dengan istikharah I yang youlah pilihan I."

Fir memalingkan tubuhnya ke arah Fia dan berterus terang. Fir nekad untuk menghalalkan hubungan mereka tanpa ragu ragu. Hanya kepastian dari Fia yang Fir harapkan sekarang.

"Eh... apsal you tiba tiba serius. Kita baru ja berkawan kot. Belum betul betul kenal hati budi masing masing. I tak nak nanti timbul masalah dikemudian hari. Beri I masa untuk berfikir, ni bukan benda main main."

Fia sudah libang libu hatinya melihat Fir dalam keadaan serius seperti itu. Pandangan Fir yang penuh harapan seperti tembus kejantungnya. Alahai hati... tenteramlah dikau.

"Memang I tak main main, I serius nak melamar you. Biar kita bercinta n rapat selepas kahwin tu lebih selamat pada I. Berhadapan dengan youpun I dah cukup geram Fia! I boleh bagi you masa untuk berfikir tapi please jangan lama sangat. I jejaka rebutan tau, nanti I takut you melepas ja." Fir sempat berseloroh.

"Tak habis habis dengan perasan you tu. Kisah ke I kalau ada orang sukakan you pun, pergi jelah. I pun tak cakap I suka kan you. Ramai lagi yang minat kat I lah. Ni nak turun ke tak nak. Kalau tak nak, hantar I balik firma I nak ambik kereta dan balik rumah."

Fia bernada merajuk. Mulut kata tak nak, hati meronta ronta mahu dimiliki, tapi malu. Yelah perempuan kena pandai jual mahal kan.

"Ok, jom sweetheart, kita turun. Eh.. sebelum tu you nampak tak barang I terjatuh tadi Fia?" Fir seperti gelabah mencari sesuatu. Tak pula Fia nampak apa apa yang terjatuh, macam macam lah dia ni...

"Tak pun... apa yg jatuh pulak. I tak nampak apa apa pun lah."

"Entah diam diam you curi tak I punya!"

"Apa pulak, I tak curi apa apa barang you lah.. baik sikit eh!" Fia dah mula melenting, dah la paksa paksa orang kahwin dengan dia, dah tuduh orang curi barang dia pulak. Apalah lelaki ni dah putus fius gamaknya!"

"Ye, I yakin you yang curi. Siapa lagi kat sini kita berdua ja. Youlah pencuri tu Fia!" Fir tak habis habis menuduh. Hati Fia semakin panas, nak ja dia nangis kat situ.

"Apa benda I curi!!???!! "

"You dah curi hati I Fia!"

Auch! Macam nak luruh jantung Fia. Sempat lagi pick up line di saat saat aku tengah kelam kabut dituduh pencuri... ciss betul!!

# # # # # # # # # # # # # # #

"Papa!! Jas tak kira.. Jas nak Firdaus juga! Calon lain papa asyik reject jer. Fir papa tak kasi pulak... "

Jasmine membentak bentakkn kaki memprotes papanya. Sudah ramai lelaki yang disukai papanya reject. Entah macam mana lagi yang menjadi ciri ciri pilihan papanya. Semua yang Jasmine cari adalah lelaki kaya dan handsome.. cuma bab sosial tu biasalah orang muda memang haruslah. Sementelah Jasmine juga di dunia glamour tentu ramai kenalan dikalangan lelaki berharta dan berpengaruh.

"Dah kalau Fir tu tak nak kan Fia buat apa nak harapkan dia lagi. Carilah yang sesuai sayang. Fia jangan semata mata mengejar yang glamour tapi kaya hanya mengharapkan duit mak bapak diorang ja. Papa nak Fia cari yang betul betul bertanggungjawab, yang berdikari dan berjiwa besar!" Dato Kamal menasihati anak gadisnya.

"Ya... macam Fir kan maksud papa? Jas tahu papa sukakan Fir. dan Jas pun sukakan dia pa."

Jasmine sudah mula merajuk dan mula mendekati papanya. Dato Kamal sendiri terduduk di sofa sambil memegang kapala. Apa boleh dilakukan lagi untuk memenuhi impian satu satunya puteri kesayangannya. Anak yang dipelihara dan diberi sepenuh kasih dan kemanjaan dengan kemewahan.

"Apalagi dua beranak ni hah? Mummy nak berbual dengan Datin Noor pun tak senanglah. Apahal ni you?" Datin Aini mama Jasmine merungut bila perbualan telifonnya terganggu dengan perbincangan anak beranak tadi.

"Anak kesayangan you ni entah apa apa dia berkawan. Anak dato sana sini tapi tak ada satupun yang berkarliber. Semua harap duit mak bapak diorang ja. Nama ja berbisness tapi tak ada masa depan, enjoy jer lebih! Macam tu nak dijadikan menantu kita?? Memang saya rejectlah awal awal."

Dato Kamal menggeleng kepala sambil. menceritakan pilihan anak gadisnya. Bila sudah masuk campur mamanya memang lagi sukarlah keadaan nanti. Bertambah berat dirasakan denyutan dikepalanya.

"Habistu, si Jas nak kan Firdaus tu you melarang kenapa. You dah banyak beli kenderaan dari syarikat dia kan, tak bolehkah dia beri muka kat anak you ni. Lagipun dengan anak dato yang lain tu dah you tak berkenan. Dengan Fir tu you berkenan sangat tapi mengelak pulak bila Jas nak kan dia. Haish!, tak faham lah I!"

"Ingin pada yang sudi Datin Aini oiii! Kalau orang dah tak nak tak bolehlah kita nak paksa. Sebaik manapun budak tu kalau dia tak berkenankan anak you ni nak buat macam mana. Tengok pakaian tuh, macam tak cukup kain, menggeletis ja... manalah si Fir tu suka. Budak tu dari keluarga baik baik, sopan santun."

"Banyakla sopan santun pa. Lelaki mana yang tak pandang perempuan seksi! Bukan semua suka ker?"

"Tak semua yang suka kalau seksi tak kena tempat dan masanya. You cuba nasihatkan anak kesayangan you ni Datin Aini. I bercakap tak dipakainya. Asyik clubbing tak habis habis. Itu yang kenal pun dengan yang entah apa apa. Sakit kepala I nih. "

"Mummy.... I want Firdaus...please!"

Jasmine mula merengek pada Datin Aini... jarang permintaannya tidak dipenuhi sejak dari kecil. Datin Aini sendiri pening, macam tak ada lelaki lain yang dipilih anaknya. Yang itu jugak dia nakkan. Itulah, enjoy dengan orang lain, tiba nak dibuat suami pandai pulak pilih yang baik baik.

Teringat zaman mudanya dulu. Dapat menjadi isteri Kamal adalah bonus kepadanya. Bimbang pula nasib anak kesayangannya, Datin Aini harus berbuat sesuatu!

Happy women's day guys! Sorry ya TF lambat publish bab baru. Harap you guys happy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience