Bab 3 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Lokman kelihatan bersungguh sungguh menumbuk sambal belacan untuk lunch mereka bertiga. Keletahnya yang memakai helmet siap visor menggelikan hati Fir dan Alex. Teruk benar nak protect mata pun... hahaha.

Sementara Fir menggoreng kangkung belacan yang merupakan menu last mereka. Sambal ikan bilis dan ikan goreng sudah sedia diatas meja. Fir mahir memasak memandangkan dia dan along sudah dilatih membuat kerja rumah oleh ibunya sejak sekolah rendah. Ala ala Khairul Aming pun ada lagaknya. Alex yang terkial kial memotong tembikai direnung dengan ekor mata. Walaupun Alex anak businessman terkenal yang kaya raya, Alex tak kisah menyewa rumah bersama kawan kawan. Walaupun berbangsa cina Alex petah bertutur bahasa.. maklumlah keturunan baba nyonya Melaka.

Masing masing bersantai di depan tv sebaik makan tengah hari dan membersihkan dapur. Ada kalanya membelek handphone lebih dari menonton tv. Alex memecah kesunyian mereka bertiga.

"Apa perancangan korang dah grad nanti. Rasa sayang pulak nak tinggalkan U kan. I will miss our student's life bro. "

"Aku ingat nak balik bincang dengan ibu dulu samada nak menguruskan resort dengan along or creat some other business. Mungkin aku cari pengalaman kerja dengan orang dulu kot." Fir mula bersuara sambil handphonenya diletak ke meja sisi sofa. Mereka melirik ke arah Lokman yang asyik menonton tv tak berkelip.

"Apa... korang tanya aku ke. Aku nak balik rehat puas puas, makan banyak banyak dan tak mau pikir bab kerja lagi. Release tentionla... baru habis study kot... relax la korang... lepak lepak mamak ke.. hahaha."

"Kau tak habis habis pikir makan kan... elok kau buka ja restoran ke cafe ke.. boleh aku dengan Fir lepak makan free... kan Fir." Alex mengangkat kening kepada Fir mengusik Lokman yang kaki makan.

"Betul Lok... lepastu Alex, kau buka gim.... nanti Lok jadi firt client kau sbb overweight asyik makan xhengat... hahahaha." Serentak mereka ketawa... Lokman turut ketawa walaupun diperli begitu. Ada bernasnya juga cadangan kawan serumahnya... Lok dan makanan berpisah tiada. ...a gitew!

# # # # # # # # # # # # # # # #
Hari graduasi mereka berlansung meriah. Fir ceria ditemani ibu dan alongnya. Walaupun tanpa insan bergelar bapa Fir akur dengan ketentuan Ilahi. Walaupun masih ada rasa terkilan jauh di sudut hatinya tetapi Fir sentiasa mengingati pesanan ibu. Sejahat jahat bapanya dia tetap darah daging Fir. Bapanya pergi meninggalkan ibu semasa Fir masih disekolah rendah dan along di sekolah menengah. Apa yang Mereka dua beradik dimaklumkan bahawa ibu mereka berpisah dan ditinggalkan bapa setelah bapa berkahwin baru. Entah kemana hilangnya bapa selepas itu tidak ada khabar berita. Syukur kerana ibu anak tunggal keluarganya dan mempunyai sedikit harta peninggalan.

Ibu wanita yang sangat tabah. Bukan mudah bergelar ibu tunggal yang membesarkan sepasang cahaya mata bersendirian. Village resort yang ibu usahakan terletak di tepi pantai pemberian keluarganya tak disia siakan. Dengan ketekunan dan susah payah ibu menyara anak anaknya hasil pendapatan mengusahakan resort itu. Kerana itu juga Fir dan along diasuh agar biasa membuat semua kerja rumah walaupun mereka dikalangan orang berada.

Melihat bintang di langit jangan sekali lupa rumput di bumi. Nasihat itu sering diulang ulang. Tak mahu anak anaknya lupa diri. Tidak sekali kali juga Siti menanamkan rasa benci di hati putera puterinya terhadap bapa mereka. Cuma terdetik dihati.... bagaimana ingin mencari bekas suaminya ketika mana along ingin berkahwin nanti.

Kegusaran tersebut sudah lama menghantuinya. Ada juga Siti bertanya kepada kawan kawan lama suaminya tetapi semua yang dirujuk tidak mengetahui di mana keberadaan suaminya Arif.

Ibupapa Alex, Lokman dan Reza juga hadir meraikan hari graduasi tersebut. Pelbagai gelagat dapat dilihat, yang memegang bunga, yang bergambar, yang menjamu selera, yg bergelak ketawa.., masing2 berwajah ceria. Tamat sudah pengajian Fir dan kawan2 seangkatannya tahun ini. Masing masing berbangga dengan segulung ijazah yang dimiliki setelah berhempas pulas belajar.

# # # # # # # #

Sementara itu tiga siswi bersenang senang di pesta konvo yang diadakan sebelah malamnya. Banyak acara yang berlangsung, hiburan dari artis tempatan pun ada. Pelbagai gerai menjual makanan, pakaian, perhiasan, sehinggakan tak terlawat mereka. Fia selesa membeli roti John cheese kesukaannya. Setiapkali pesta konvo, roti john inilah yang dicari cari....Fia memang hantu cheese!

"Jadi kau submit thesis kau besok Fia? Thesis aku rasanya lusa baru siap binding hard cover. " Nora merungut kerana thesisnya tersangkut dikedai binding sedangkan thesis Fia cepat plak siap. Macam macam alasan amoi tu bagi, tak sempatla, cover habis stock la... kepoh betul. Fia tak ada hal nak menunggu thesis Nora siap untuk dihantar sekali tapi dilarang Nora. Bukan boleh diharap juga janji amoi kedai binding tuh, katanya siap esok lusa, jadi tulat tungging pulak tak ke haru biru. Eloklah Fia hantar dulu.

"Kalau kau dah suruh aku hantar dulu aku ikut ja. Malas nak buat pekasam. Nak siapkan bukan main berkurun, dah siap malas dah aku nak simpan lama lama. "

"Esok aku temankan kau ke fakulti lepas kelas Bell ok Fia. " Nora menawarkan diri.

"Aku ok je pergi sendiri. Lepas hantar aku blah la. Tak hadap aku nak mereput dalam bilik Encik Ben tu lama lama. " Fia dah pasang angan angan untuk segera pulang selepas submit thesisnya esok. Memang takla nak mengadap muka pensyarah bermulut manis tu lama lama. Geli geleman pun ada... asyik meliar mata memandang siswi. Entah kenapa pensyarah bujang terlajak tu tak kahwin kahwin lagi, memilih sangat agaknya.

Bab terbaru untuk readers tersayang. Happy reading. Sudikan diri utk memberi comment.. TF sentiasa mendengar pandangan anda!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience