Bab 20 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Tiga beranak itu minum petang di wakaf laman rumah. sepiring goreng pisang n teh o panas jadi sajian mereka. Angin yang bertiup lembut membawa kesegaran kepada penghuni banglo sederhana besar itu. Keluarga bahagia yang dilimpahi dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Fia asyik membelek handsetnya, sesekali bibirnya mengukir senyuman. Perkara itu sudah sering disedari mama dan papa Fia.

"Saya rasakan abang, dalam rumah kita ni ada orang tengah dilamun cinta!" Jannah memecah keheningan petang itu. Latif tersenyum ke arah anak gadis kesayangannya. Sudah acapkali mereka bertanya tentang penghuni baru dihati Fia tetapi jawapan yang didapati hanyalah tersenyum atau menukar topik perbualan.

"Hati sudah terpikat, eloklah cepat diikat, nanti dikebas tak sempat, masa tu sedih tiada bertempat."

Latif bemadah mengusik Fia yang sudah memerah mukanya. Jannah mencuit bahu suaminya sambil tersenyum melirik ke arah Fia.

"Jika hati sudahpun diisi, khabarkan gerangan impian hati, mama dan papa sabar menanti, Siapa gerangan di jiwa saudari." Jannah pula sambung bermadah.

"Mama.. papa... janganlah usik Fiaaa! Fia sudah menjerit malu memeluk mamanya. Latif dan Jannah ketawa melihat gelagat anak manja nan satu. Tujuan mereka supaya Fia dapat berterus terang tentang bakal menantu mereka. Cuma secara lansung terkeluar madah dari kedua2 bekas guru itu.

"Fia, papa dan mama dah banyak kali tanyakan tentang hati anak kesayangan kami ni. Dah sampai waktunya untuk berterus terang. ke nak mama dan papa pantun, syair, gurindam lagi nih?" Latif meyindir Fia.

"Paaa..... janganlah malukan Fia lagiiii... yelah Fia nak citer la ni." Fia dah bertekad nak memberitahu mama papanya, tetapi tidak tahu macamana nak memulakan. Bila sudah diberi laluan begini memang senanglah nak diluahkan. Walaupun dihati segan bertamu, tetapi hasrat dihati kena segera diberitahu.

Fia menceritakan kronologi pertemuan dia dan Fir sejak di universiti sehinggalah kini. Macam macam soalan yang terpancul dari mama dan papanya dijawab semua. Biar mereka tahu hatinya sudah terbuka untuk dihuni insan bergelar lelaki. Fia tahu mama dan papanya menginginkan Fia sembuh dari trauma dahulu. Syukur sudah lama Fia tidak didatangi mimpi ngeri itu lagi.

# # # # # # # # # # # #

Persiapan sudah dibuat untuk menyambut bakal menantu yang ingin bertandang. Makanan sudah dihidang, soalan sudah tersedia di dalam kepala. Rasa sayu pula didalam hati bila memikirkan anak kesayangan yang dipelihara selama ini bakal menjadi milik orang.

"Mananya along, buah hati pengarang jantung tak sampai sampai lagi nih! Kitorang dah kematu punnggung tunggu. Fir dah siap list panjang nak interview bakal abang ipar, siap dia... kalau tak memuaskan Fir reject terus! "
Fir tak sudah sudah mengusik alongnya sejak semalam. Siti menggeleng kepala dengan karenah anak anaknya asyik bergurau sepanjang hari. Fir apa lagi, mengusik alongnya tak henti henti. Macam macam kata amaran yang keluar.

Siti faham yang Fir dan dirinya sendiri sangat sayang dan mengambil berat perihal Lia. Gementar juga hati mereka menunggu bakal ahli baru keluarga kecil itu.

"Kejaplah... along dah send location. Jangan pandai pandai nak buli dia pulak nanti Fir." Lia pula memberi amaran kepada adiknya sambil tersenyum. Sejak semalam rahangnya sudah krem tersenyum asyik diusik Fir. Macam macam yang keluar dari mulut adiknya bila diminta balik bercuti untuk sesi mengenal abang ipar.

"Fir tak kira la along, tak lulus interview jangan mimpi nak jadi menantu ibu. Ibu dah siap soalan belum? Along jangan nak sibuk eh dua penel penemuduga dah siap sedia. Melangkah masuk ja dari pintu tu, kami akan start menilai...siaplah. "

"Sudah la tu Fir... tak habis habis kamu nak mengusik along. Jangan nak macam macam sangat nanti, kesian budak tu tak terjawab soalan kamu. Ibu meredakan keadaan.

"Assalamualaikum."

Kedengaran suara diluar memberi salam. Lia segara bangun menuju kepintu utama, Fir dan ibu juga bangun menunggu di ruang tamu bersedia menyambut tetamu yang ditunggu sejak tadi.

Ibu, Fir,... ni kenalkan Aidil Lokman. Lia agak gugup memperkenalkan kekasih hatinya, bimbang juga dengan penerimaan ibu dan adiknya. Fir tu bukannya boleh diharap sangat, takut dibulinya Aidil nanti.

"Jemput duduk Aidil, apa saja yang dibawa tu." Siti ramah menyapa bila dilihat banyak buah tangan yang dibawa bakal menantunya. Sedangkan Fir yang bising mulutnya tadi seperti patung cendana terpacak seperti bersedia nak menyanyi lagu negaraku bertentang mata dengan Aidil. Aidil pun kelihatan terkejut memandang lelaki dihadapannya. Ibu dan along kehairanan... apa kes plak drama bisu diorangni?

Tiba tiba kedua lelaki yang kaku tadi bergerak memeluk satu sama lain. Eh apa lain macam diorang ni.. macam jejak kasih pun ada. Pening kepala ibu dan Lia menebak riaksi mereka.

"Man, macam mana kau boleh slim ni, mana perut boroi kau dulu. Aku tak boleh brain la macam mana kau boleh tersesat sampai kesini?!" Fir menumbuk manja bahu rakan baiknya itu. Tidak disangka akan bertemu lagi setelah sekian lama.

"Fir... tak percaya aku kau kat depan mata aku sekarang! Sejak kau dan Alex study overseas aku tak dengar lagi khabar berita, korang menghilang macam tu ja. Tak sangka aku boleh jumpa lagi kau Fir." Aidil seperti ingin menangis kegembiraan.

"Aku dan Alex contact kau tak dapat dapat. Kitorang cari kau sampai kampung tau tapi kau dah pindah. Puas kami tanya geng universiti, tak der yang tahu kau pindah ke mana." Fir beriya menceritakan pencariannya dengan Alex. Memang mereka bertiga rapat,susah senang ditanggung bersama.

Aku ikut keluarga berpindah ke Pahang. Arwah datuk aku tak sihat masa tu. Jadi abah aku selaku anak yang sulong memang dah lama bercadang nak balik menetap dikampung selapas bersara. Bolehlah tengokkan datuk dan nenek. Lagipun memang kami ada tanah di sana."

"Ehem...., sorry tuan panel, rasanya sesi interview kita dah bertukar jadi sesi jejak kasih! Along dan ibu seperti tidak wujud di dalam ini cerita. Tiffa Fieya ni nak kena...(eh.. author plak kena!)

"Jap la... ,memang scene ni author bagi line untuk kami. Aling tak tahu bertapa terkejutnya Fir bila tengok shrek bertukar menjadi iron man!" Fir memerli sahabatnya yang dulu chubby dan boroi kini sudah handsome bergaya.

"Ye lah Lia, I pun terkejut tadi, tak sangka mamat sepet ni boleh ada kakak secantik you." Aidil pun tak kurang sakannya menyakat.

"Sudah lah tu anak anak ibu, jom kita makan sambil berbual. Hidangan dah lama, nanti sejuk." Siti mencelah mengajak makan.

"Aih ibu..., interview tak start lagi dah approved panggil anak? Along rasuah ibu eh? Mana boleh Man, kawan tak kawan. Kau kena lalui sesi soal jawab aku, banyak soalan aku dah prepare, kau jangan harap boleh terlepas. Tak boleh jawab aku reject! Fir mamaut bahu Aidil mengajak ke ruang makan sambil membebel. Hati terasa lega bila sahabatnya sendiri bakal menjadi sebahagian dari keluarganya.

"Baik Fir, abang akan jawab segala soalan lepas kita makan nanti. Perut perlu diutamakan, bakal mertua dan bakal isteri telah menanti. Kau bagi aku chance la nak perform ya dik!" Aidil tak segan silu seloroh didepan bakal ahli keluarga barunya.

"Uwek! Abang la sangat, sekali aku tumbuk kau berterabur abang adik kau tuh. Ha ha ha ha."

Mereka berempat makan dalam suasana ceria. Pertemuan yang kaku awalnya menjadi huru hara dengan gelak tawa. Terlihat sinar pelangi baru yang akan menjelma. Hati masing masing terasa lega terutama Lia. Namun ada sedikit kegusaran pada hati Siti.... bagaimana anaknya nak dinikah tanpa wali...?

Done published! Jemput follow ig @tiffa_fieya untuk gambar cast #allergiccinta ye guys! Happy reading!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience