Bab 8 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Bab 8

"Cik Lia, En. Aidil dari Selera Rasa dah sampai." Kak Mona setiausaha Lia masuk setelah mengetuk pintu.

"Ya kak, jemput Encik Aidil masuk, saya memang tengah tunggu dia ni. " Lia mengemas kertas kerja yang dibeleknya dari tadi. Segala syarat yang akan dikemukakan kepada wakil syarikat yang akan mengambil alih pengurusan cafe di resortnya amatlah dititikberatkan.

"Assalamualaikum Cik Lia, saya Aidil dari Selera Rasa. Senang dapat berjumpa Cik Lia." seorang lelaki kacak berkulit sawo matang melangkah masuk ke ruang bilik Lia.

"Waalaikumussalam Encik Aidil jemput duduk. Gembira saya kerana pihak Selera Rasa berminat dengan tawaran kami." Lia turut bangun mengalukan kedatangan tetamunya, lalu sama sama duduk untuk berbincang.

Aidil kelihatan terpesona melihat wanita dihadapannya. Sebelum ini dia hanya mendengar tentang kecekalan dan ketabahan hati wanita ini menguruskan resort milik keluarganya. Memang Aidil ingin sekali menemui wanita ini, apalagi bila baru baru ini keluar tawaran kepada pengusaha makanan yang berminat untuk mengambil alih pengurusan cafe di resort itu. Kebetulan dia juga mahu menambah bilangan cawangan premis perniagaan bermotifkan makanan.

"Ehem, Encik Aidil boleh kita mula berbincang sekarang.. are you in here.." Lia menggawang tangan dihadapan muka lelaki itu. Serba salah jadinya bila dipandang tidak berkelip begitu. Muka aku comotkah, lipstik terlalu terangkah ataupun blusher terlalu tebal.... ish, tapi yang pastinya memang dia tengah blushing sekarang ni, malu beb!

"Eh, maaf, Cik Lia boleh panggil saya Aidil saja. Tak payahlah nak berencik bagai, kita bincang secara santai saja. Saya tak suka suasana formal ni, saya sejenis yang simple and easy. Just call me Aidil ya." Aidil cuba cover malu terkantoi asyik menatap wanita dihadapannya.

"Ok, as you wish Aidil. You also can call me Lia. Ok biar saya ceritakan secara ringkas penubuhan village resort ni dari awal sehingga sekarang." Aidil menumpukan perhatian sambil sesekali menyelak proposal yang sedia diletakkan atas meja. Namun matanya lebih banyak dilarikan ke arah wanita cantik di hadapannya.

"Resort ini pada mulanya ditubuhkan oleh keluarga ibu saya. Bermula dari 5 buah cottage comel ditepi pantai, lama kelamaan berkembang menjadi 10 buah bila makin diketahui umum. Resort ini makin maju apabila ibu saya mula mengambil alih. Segala prasarana ditambah.

Pada mulanya resort ini mempunyai cafe yang kecil sesuai dengan bilangan penghuni dan pekerja. Pihak resort sendiri yang menguruskan perjalanan cafe pada masa itu. Selari dengan perkembangan resort, ibu saya membuat pemulihbaikkan bentuk cafe. Keluasannya ditambah untuk disesuaikan dengan bilangan pelanggan dan pekerja. Oleh yang demikian, kami menawarkan pengusaha makanan luar untuk ambil alih pengurusan cafe mandangkan kami tidak mempunyai kepakaran menguruskan cafe yang berskala besar." Lia tekun menerangkan perjalanan resortnya.

"So, kenapa Lia buka tawaran semula? Ada masalahkah dengan pengusaha sebelum ni." Aidil cuma meminta kepastian. Bimbang juga jika berlaku masalah dalam pengurusan yang lepas.

"Oh, Don't worry about that. We have no problem about management or what ever. Sebenarnya pengusaha sebelum ni menjalankan perniagaan yang bagus dan memuaskan selama 5 tahun mereka mengambil alih. Cuma mereka berhasrat untuk berpindah dan menetap diluar negara.

"So sebab itulah pihak kami menawarkan cafe ini kepada pengusaha lain yang berminat. Sebolehnya jika bersetuju dengan segala syarat resort, pengusaha terbabit akan mengambil alih dalam masa 3 bulan dari sekarang. Syarat syarat seperti di dalam proposal berikut pada page 8." Lia mengarahkan ibu jari ke arah proposal dihadapan Aidil.

Aidil meneliti syarat yang disenaraikan sambil mengangguk faham. Dia sudah biasa dengan semua ini. Beberapa buah restoran yang dikendalikan sebelum ini kurang lebih sama saja syarat dan kehendak mereka.

"Ok Aidil let's me explain first. Pihak resort meletakkan syarat 70% bagi tenaga pekerja cafe adalah dari pekerja lama resort. Kami cuba mahu mengekalkan para pekerja cafe sebelum ni yang sudah lama berkhidmat. Mereka kebanyakkan terdiri dari penduduk sekitar resort yang merupakan pekerja mahir dan berpengalaman menguruskan kerja kerja di cafe. Saya meletakkan syarat ini kerana tidak mahu mereka hilang sumber pendapatan jika bertukar pengurusan. Saya harap pihak Aidil memahami tuntutan ekonomi kita lately." Lia serius mempertahankan para pekerja asal resort tersebut.

"Satu lagi antara syarat yang penting, menu masakan di cafe nanti 50% hendaklah dari menu tempatan, maksud saya makanan popular Terengganu. And other half Aidil boleh penuhi dengan makanan lain even western sekalipun ia tak menjadi masalah. Tujuan kami adalah untuk mengekalkan citarasa asal Terengganu kepada pelanggan yang datang dari dalam dan luar Terengganu. Masakan tempatan adalah salah satu daya penarik bagi resort ini." Lia cuba menerangkan tentang syarat syarat terpenting selain syarat tambahan yang telah digariskan.

"Baik Lia, saya akan balik dan meneliti setiap syarat yang diperlukan oleh pihak resort. Setelah berbincang dengan pihak Selera Rasa saya akan datang semula untuk mengemukakan keputusannya."Aidil tersenyum cuba pura pura mempertimbangkan tawaran Lia. Dalam hatinya berbunga bunga mengenangkan dia akan mengambil alih pengurusan cafe resort itu sekaligus dapat sering bertemumuka dengan tuan punya resort!... yabedabedooo.

Hi readers! Bab ni banyak menyentuh perihal village resort milik keluarga Fir dan pertemuan along dengan somebody. Jangan lupa jengok ig TF @tiffa_fieya untuk menghayati ketenangan dan kecantikan syurga dunia. Stay tuned guys, kehangatan baru nak bermula! Tq guys for reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience