Bab 16 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Kereta mewah itu masuk ke laman banglo. Pintu bahagian pemandu dan penumpang sebelah dibuka serentak. Kedua dua anak yang taat itu menuju ke pintu penumpang belakang.

Lia mengeluarkan wheelchair,disorong ke arah pintu kereta. Fir mula mengangkat ibu kesayangan mereka lalu diletakkan perlahan di kerusi roda. Segalanya dilakukan dua beradik itu sangat berhati hati demi menjaga ibu tercinta.

"Janganlah layan ibu macam ibuni sakit teruk sangat. Kaki ibu retak je pun bukannya patah!" Siti mula rimas bila anak anaknya terlalu sangat teliti, itu tak boleh, ini tak boleh. Nak bergerakpun asyik dibising. Siti tahu anak anak terlalu bimbang dan sayangkan dirinya. Tetapi bila serba serbi semua mereka yang buatkan terasa rimas pulak.

"No, ibu kena hati hati bergerak dan banyak berehat. Lepas ni Fir tak nak ibu berkebun lagi. Biar tukang kebun yang buat kerja ibu tinggal arahkan aje." Fir siap bagi amaran. Bimbang sungguh bila mendapat berita ibunya jatuh tergelincir di taman semasa mengurus pokok bunganya.

"Bukan salah berkebun, salah ibu yang tak hati hati. Sikit je ni, esok lusa boleh jalan la ni." Siti menyedapkan hati anak anaknya.

"Ha yelah sikit, sampai bersimen kaki tu. Dah macam robocop dah Lia tengok ibu." Lia tersenyum mengusik ibunya sambil menyorong kerusi roda kearah bilik tetamu dibawah. Sementara ibu belum sembuh mereka sepakat menempatkan ibu di bilik itu, senang ingin bergerak tak perlu turun naik ke tingkat atas.

Fir mencempung ibunya naik ke katil. Mak Kiah pembantu rumah sibuk menolong apa yang patut. Makanan awal lagi sudah disiapkan seperti yang diminta. Mak kiah begitu setia dengan keluarga ini sejak dulu lagi,malah sudah menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Apalagi Mak Kiah memang sebatang kara.

Fir melayan ibunya seperti ratu. Ya memang ibu adalah ratu hatinya. Ibu dan along adalah dua wanita yang amat Fir sayangi. Eh jap... macam ada sorang lagilah. ..

Sejak ibunya ditempatkan di wad seminggu yang lalu, Fir bergilir menjaganya dengan along. Memandangkan along perlu menumpukan pada kerja kerja di resort, Firlah yang banyak menjaga ibu. Urusan di pejabat Fir serahkan kepada pembantunya yang memang sudah cekap dan dipercayai. Fir hanya memantau dari jauh menerusi tabnya hanya melibatkan urusan penting sahaja.

"Fir, pergilah balik KL, ibu ok ja. Urusan Fir kat sana tak elok ditinggal lama. Along kan ada dirumah ni, Mak Kiah dan jururawat yang Fir gajikan pun ada menguruskan ibu. Lagipun ibu dah rasa sihat banyak. Terima kasih anak anak ibu bergilir jaga ibu." Ibu tersenyum tenang ke arah anak bujangnya.

"Kerja kerja Fir ada yang mengurusnya ibu. Lagipun Suzie pun ada tengokkan syarikat. Ibu jangan fikir tentang tu, yang penting ibu kena jaga diri, proses pemulihan ibu lebih utama bagi Fir dari urusan lain." Fir mengomel sambil. mengurut tangan ibunya.

"Alhamdulillah Allah kurniakan ibu zuriat yang soleh dan solehah. Ibu cuma nak Fir dan Lia menjaga kerja masing masing. Ibu sudah semakin pulih, janganlah dibimbangkan. Fikirkan masa depan kamu berdua. Perjalanan semakin jauh.. banyak. lagi yang perlu kamu lalui. Doa ibu sentiasa bersama kalian."

# # # # # # # #

"Fia, apsal termenung je aku tengok., kau rindukan aku ye?" Marwan rakan sekerja Fia menegur bila dilihat gadis itu minum bersendirian.

"Eh, tak de maknanya aku nak rindukan engkau. Hari hari mengadap muka kau, naik jelak aku. Kau ni bernasib baik tau, kalau orang lain dah aku simbah airni kemuka." Fia rimas dengan Marwan yang kadang kadang suka mengusiknya.

"Eleh, gurau sikitpun marah, sebab tulah kau tak de boyfriend. Biar aku jelah yang pinang kau Fia." Marwan tak serik serik mengusik Fia.

"Oii, bini dengan anak anak kat rumah mana kau nak letak, ada hati nak ajak aku kahwin. Kalau kau single pun tak mahunya aku kat engakau Marwan. Not my taste!" Fia merungut rungut sambil memandang keluar. Malas mahu ditatap muka Marwan, makin dilayan makin menjadi.

"Taste kau tu macamanapun aku tak tahu. Jangan memilih sangat nanti jadi andalusia dah tak laku. Masa tu aku pun dah tak hadap dengan kau. Sementara aku offer ni apakata kau terima je."

Marwan sudah semakin biadap. Bahasanya juga semakin kasar. Dari mula bekerja bersama difirma guaman itu dia terpikat dengan Fia. Puas dipujuk tetapi Fia tidak melayannya kecuali bab kerja. Sehinggalah dia menerima sahaja calon yang dipilih keluarganya.

"Kau ni dah melampau Marwan. Parents aku pun tak sibuk macam kau. Hal aku biar aku yang uruskan kau tak payah nak sibuk. Balik dan jaga anak bini kau. Aku tak ada boyfriend ke, aku nak single sampai mampus ke tu aku punya fasal. Aku yang tak kahwin , yang kau sakit kat mana? Watch out your mouth next time."

Fia sudah berang. Terus sahaja dia bangaun meninggalkan lelaki bermulut lancang itu. Bebal hatinya dengam sikap Marwan. Sudahlah hati tengah gundah gulana mengingatkan si pencuri hati, ada pulan setan sorang datang menganggu.

Hati Fia resah memikirkan Fir. Macam macam andaian bila lelaki itu tidak menghubunginya. Banyak benda yang negatif sahaja difikirannya. Astagfirullah Fia kembali mengigat Allah.

Tak seharusnya dia berfikir yang bukan bukan. Jika ada jodohnya tentu Fir akan menghubunginya lambat laun. Jika bukan jodohnya di perlu redha. Mungkin juga Fir ada masalah yang perlu diselesaikan. Ya, Fia harus berfikiran positif dan bersangka baik.

Sabar ya guys! TF tahu semua dah exited Fir jumpa balik dgn Fia. Dalam hidup ni kadang kadang ada perkara lain yang perlu diutamakan. Harap bersabar, pasangan ini akan bertemu kembali ya. Teruskan setia dengan allergic cinta. Jangan lupa follow ig @tiffa_fieya utk update n teaser terbaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience