Bab 4 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Bab 4

"Ibu....... o.. ibu... " mata Fir melilau mencari ibunya. Sengaja dia terus singgah ke resort berharap ibunya ada di situ rupanya tak ada. Ibunya balik awal meninggalkan urusan kepada along. Sebenarnya sudah ramai pekerja yang menguruskan perjalanan resort, tetapi sekali sekali Siti mahu juga turun padang melawat tempatnya mencari rezeki yang diusahakan sejak dari dulu. Resort itu seperti rumah keduanya.

"Ibu kat sini Fir. Kenapa nak balik tak bagitahu, boleh ibu masakkan makanan kesukaan anak ibu ni. Dah settle semua urusan pindah keluar rumah sewa Fir? Terkejut juga Pn Siti melihat anak bujangnya tiba tiba tercongok depan mata.

"Settle dah bu, lepas ni Fir boleh tengok muka ibu, syurga Fir setiap hari. " lalu meletakkan kepalanya pada ribaan ibu tercinta setelah mengucup tangan dan pipi Siti.

"Dah besar panjang pun nak manja. Esok lusa dah ada isteri entah ibupun Fir lupa. " usik ibunya sambil mencuit hidung anaknya.

"No... Fir tak nak kahwinlah... Fir nak bela ibu. Nanti kalau Fir kahwin takut tak dapat beri perhatian pada ibu sebab tanggungjawab kena berbahagi. Lagipun Fir tak terfikir lansung nak berkahwin. Fir nak tido atas riba ibu macamni hari hari. "

"Eh budak bertuah,... tak nak la ibu nak meriba Fir. Dah tua bangka pergilah manja dengan isteri Fir. Kita hidup dicipta Allah perlu kepada pasangan, saling melengkapi. Fir tak mahu ke pahala amalan Fir berganda lepas berkahwin?" Siti tersenyum manis sambil melurut kepala anaknya.

"Buat apa ambil risiko bu. Kalau gagal tak ke membuang masa. Tengok ibu sendiri, menderita ditinggalkan papa. Tujuan berpasangan untuk bahagia, kalau perlu melalui derita baik Fir tak kahwin bu. Biar Fir jaga ibu saja."

"Astaghfirullahalazim... tak baik Fir menidakkan ketentuan Allah. Ibu sendiri redha jodoh ibu dengan papa tak panjang. Fir jangan jadikan kegagalan rumahtangga ibu sebagai penghalang untuk Fir bahagia. Ibu doakan Fir dan along bertemu jodoh yang terbaik dan bahagia. Jangan sesekali berfikir begitu lagi. Ajal maut, jodoh pertemuan kan ditangan Ilahi. Selalu la berdoa agar dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah. Nanti boleh bagi cucu yang comel comel pada ibu. " tersenyum Puan Siti membayangkan rumahnya riuh rendah dengan gelak ketawa anak cucu nanti.

Nota:

Firman ALLAH SWT: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.”
(Surah al-Isra’, ayat 23)

Sumber:

# # # # # # #

Fia menapak ke fakultinya yang berada di kawasan agak tinggi dan berbukit. Malas mahu memanjat tangga bas, alang alang boleh berjalan santai sambil mengambil angin petang . Daripada bersesak di dalam bas, berebut rebut mendapat tempat duduk dan menghidu macam macam bau lebih baikla Fia menapak saja. Memang takla Fia nak bergesel lelaki perempuan berebut naik bas.

Mengenakan skirt labuh berwarna nude, dipadankan blouse melepasi punggung seperti etika pemakaian yang digariskan universiti, Fia melangkah menaiki tangga. Kedudukan bilik pensyarahnya ditingkat 2 fakulti itu dituju. Thesis dikendong didada.... hari ni selesai tugasnya untuk subjek itu. Next semester memang Fia tak perlu hadap lagi muka pensyarahnya itu. Tiba dia tangga terakhir Fia terserempak dengan sekumpulan senior lelaki fakultinya sedang riuh berborak.

"Hey guys, puteri Fia dah sampaila..." usik beberapa siswa yang berhidung belang.

"Fia, jomlah gi dating dengan abang... usik seorang antara mereka sambil menghampiri Fia dan mengusik tocangnya yang diikat poney tail style.

"Eh korang behave sikit, jangan nak kurang ajar." Fia menepis tangan siswa yang kurang sopan menyentuh rambutnya. Debaran didada Allah saja yang tahu. Fia fobia diperlakukan begitu oleh lelaki. Dengan sebab itu juga Fia cepat saja melenting dan bercakap kasar setiapkali ada lelaki yang mengusiknya. Sikap lemah lembutnya hilang di dalam situasi begitu.

"Ala Fia, came on la.. nak pegang sikit pun tak boleh ke sayang." Siswa tadi makin berani mencuit hidung Fia. rakan rakannya hanya bersorak gembira membuli junior mereka. Petang begini tak banyak kelas yang berlansung di fakulti, kalau adapun hanya pelajar pelajar yang ingin menghantar kertas kerja atau berjumpa pensyarah untuk merujuk subjek yang tidak mereka fahami. Sebab itu jugalah siswa yang anggap mereka ni senior sangat berpeluang menyakat junior seperti Fia.

"Korang jangan melampau eh. mentang mentang aku free hair korang ingat boleh touch n go? Aku ada maruah bro! Kesian mak bapak korang dapat anak yang mereng macam korang ni. Konon belajar undang undang tapi kepala hotak macam otak udang!" Fia tak teragak agak mengutuk siswa siswa itu. sepantas kilat kakinya memijak kasut siswa tak guna yang mencuit hidungnya tadi. Mengaduh jantan tak guna tu lalu mula mengangkat tangan pada Fia. Riaksinya seperti nak menampar gadis itu.

"Hoi! kamu semua dah hilang akal ke. Ni fakulti, saya boleh adukan kelakuan kamu pada yang pihak tatatertib universiti." terdengar suara Encik Ben memecah kekalutan tadi. Syukur Fia dalam hati pensayarah itu tiba tepat pada masanya. Kalau tak entah Fia kena penampar senior tadi atau tak tentu juga jantan tak guna tu yang makan kasut saiz 5 Fia! Cepat cepat mereka semua beredar turun dengan muka yang tak puas hati disergah. Fia lalu menurut langkah pensyarahnya kebilik.

"Kamu ok Fia? ada diorang apa apakan kamu." soal encik Ben seolah mengambil berat menyoal setelah Fia selamat duduk berhadapan didalam biliknya.

"Saya ok encik. Saya datangni untuk menghantar thesis seperti yang ditugaskan. Saya mohon maaf dan terima kasih di atas ilmu yang encik berikan sepanjang semester ini. Saya keluar dulu." Fia berbasi basi sambil bangun ingin mengatur langkah keluar. Thesis diletakkan diatas meja pensyarahnya. Memang Fia mahu bersegera, tak manis berlama dibilik pensyarah bujang terlajak itu. Walaupun pintu bilik tak dirapatkan sepenuhnya namun Fia masih berasa tidak selesa.

"Nanti dulu Safia, duduk, saya ada perkara ingin bagitahu kamu. " Encik Ben kelihatan sedikit gelisah. Matanya tak lepas lepas memandang gadis dihadapannya itu. Tidak dapat membendung gelora rasa bila gadis secantik Fia ada di hadapan mata.

"Maaf encik, ada lagi kerja kursus yang saya terlepas pandang or carrymark saya tak cantik ke?" Fia semakin risau tapi punggungnya tetap dilabuhkan pada kerusi.

"Oh bukan mengenai itu. Awak antara pelajar cemerlang untuk subjek ini, tidak ada masalah. Cuma sebenarnya Fia... saya dah lama memendam perasaan suka kepada kamu. Kalau Fia sudi saya sanggup tunggu Fia sahingga tamat pengajian di universiti ini dan kita berkahwin." teragak agak Encik Ben menuturkan kata lalu tangannya tiba tiba pantas mencapai tangan Fia diatas meja.

Pang!

Tak semena mena laju saja tangan Fia menghadiahkan penampar kepada pensyarahnya itu. Merah padam pipi Encik Ben menerima tamparan yang tiba tiba. Entah kuasa mana yang datang menyebabkan Fia bertindak sedrastik itu... dia sendiri pun tidak tahu. Yang Fia tahu jantan di depan matanya kini sama saja dengan jantan ditangga tadi..,sama sekali tiada beza. Lari dari mulut buaya, tersesat masuk pulak mulut harimau! Harapkan pagar pagar makan padi, harapkan tin, tin makan biskut! Habis keluar peribahasa entah datang dari mana.

Status pensyarah ke, senior ke, dekan fakulti ke sudah tak dipeduli. Memang stock jantan macamni perlu diberi kaki sebenarnya.

Fia terus berlari keluar meninggalkan pensyarahnya yang terpinga pinga memegang pipinya yang merah. Lantak engkaulah nak bagi markah rendah ke, nak failkan aku ke, Fia dah tidak peduli. Yang penting jantan macamni memang patut diajar agar lebih menghormati wanita. Air mata yang gugur dikesat kasar. Fia mempercepatkan langkah kakinya balik ke kolej kediaman. Dalam hati menyumpah nyumpah... sungguh Fia benci lelaki!

# # # # # # # #

Nota:

Sesungguhnya, Islam amat memuliakan wanita. 12 Bukti Islam Memuliakan Wanita Berdasarkan Sudut Pandang Al-Qur’an dan Hadist.

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.”
(An-Nisa`: 1)

Sumber:

Terima kasih kepada semua yg memberi sokongan n semangat. TF sangat2 menghargai. Mohon terus beri teguran n pendapat agar TF dapat terus melangkah. Happy reading guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience