Bab 11: Allergic Cinta

Romance Series 14652

Flash back

Lariannya semakin perlahan. Serasa semput nafas Fia berjogging berpusing disekitar taman tasik ini. Pengunjung semakin bertambah bila hari semakin petang. Lia berjalan sambil mengawang gawangkan tangan bersenam. Nora menghadiri kelas ganti manakala Reen sibuk dengan kerja kursusnya. Mahu tidak mahu Fia berjogging sendirian memandangkan urat uratnya terasa tegang bila jarang bersenam.

Ops,,,. gedebuk!
Entah macamana kaki Fia terpeleot lalu terjatuh disamping tepian pejalan kaki itu.

"Are you ok miss?" Satu suara garau menyapa Lia cuba mengambil tahu jika perlukan pertolongan. Tangan dihulur untuk membantu gadis yang sedang tunduk memegang kakinya.

"It's ok, saya boleh bangun sendiri." Lia menaikkan ibu jarinya tanda dia mampu berdiri. Perlahan lahan Fia cuba bangun tapi dia tidak dapat mengawal keseimbangan badannya. Sekali lagi badannya hampir terjatuh bila kakinya masih terasa sakitnya.

Entah dari mana tiba tiba ada lengan sasa yang menyambarnya. Secara tidak sengaja lelaki itu membawa Fia dalam pelukannya. Segera dilepaskan bila Fia sudah tegak berdiri. Muka lelaki itu merah menahan malu. Niat nak selamatkan gadis itu, tapi dia pula yang tersipu... agaknya pelukannya tadi terkena aset penting Fia... auch!

"Sorry miss, saya cuma nak menolong." rupanya lelaki yang sama ingin menawarkan pertolongan di awal tadi. Muka Fia merona merah. 'Malunya aku, tadi siapa suruh sombong sangat.' Alih alih orang yang ditolak pertolongan tadi juga yang menyelamatkannya. 'Kalau ye pun apsal la dia peluk aku'... Fia mula rasa fobia dengan keadaan itu.

"Thanks sebab tolong tapi tak perlu kot peluk saya." bergetar rasa di dalam dadanya...

"Corection miss, terpeluk bukan sengaja. Saya dah mintak maaf kan tadi. Jom saya pimpin awak kebangku sana." telunjuknya di arah kebangku batu berhampiran.

Entah dari mana datang kuasa, Fia menurut saja lelaki itu. Lengannya dipimpin, terhencot hencot Fia berjalan memandangkan kaki kirinya semakin berdenyut.

"Saya rasa kaki awak dah terseliuh ni. Anyway, awakni Sofia kan... saya Fir, masih ingat lagi tak. "

'Eh mamat ni kenal aku ke...eh... kejap... ah lah... mamat sepet ni!'

"Bukan ke awak yang jatuhkan buku atas kaki saya dulu... yelah awak. Apsal malang betul nasib saya, jumpa awak je mesti sakit kaki ni... adoi... ", muka Fia berkerut menahan sakit.

"Pardon... bukan salah saya lah kalini. Awak yang terjatuh kan. Lain kali berjalan tu hati hati."

"Eh.. nak sekolahkan kita pulak. Macamlah awak pakai sangat mata tu masa langgar saya dulu... huh." melenting Fia bila lelaki yang sama menyebabkan kakinya sakit menasihatinya.

"Ok miss Sofia, saya minta maaf. Sekarang ni macamana..nak saya tolong urutkan kaki awak?" Fir menawarkan pertolongan.

"Eh.. tak payah, nak berurut bagai plak. Tolong jangan mengambil kesempatan dalam kesempitan. Kaki kanan saya ok lagi ni, kalau awak nak rasa penangan tendangan kasut saiz 5." la. Fia mula rasa lelaki ini ingin mengambil kesempatan. Badannya mula ingin menggigil tapi dikawalnya sebaik mungkin. Peristiwa lama menerjah otaknya.

"Wo...wo... miss Sofia, don't get me wrong. Actually saya sering jadi jurulatih bolasepak junior universiti kita. Setakat kes terseliuh biasa macamni inshaallah saya boleh handle. It's ok kalau Sofia tak nak saya tak paksa. Jom saya bawakan ke klinik. Lagipun hari dah beransur lewat.. kejap lagi dah nak maghrib ni."

'Aduh, salah faham lah pulak. Apalah kau ni Fia dah double tripple malu kau dengan mamat sepet ni'. Lia mengutuk dirinya di dalam hati. Walaupun masih terasa malu, digagahkan juga mengikut Fir memapahnya ke klinik. Kakinya kemudian di bandages separas buku lali. Ubat juga dibekalkan.

"Terima kasih, maaf saya tersalah anggap pada awak tadi. terima kasih sudi hantar saya ke klinik dan balik ke kolej.

"With my pleasure miss Sofia. Tak semua lelaki suka mengambil kesempatan, ada yang benar benar ikhlas ingin membantu. " Fir memulangkan paku buah keras menyindir Fia.

"Call me Fia. Thanks again. Kalau tak ada awak tadi entah macamana saya nak balik ke sini."

End flash back

Fia berhenti berjogging dan duduk di kerusi batu ditepi pantai itu. Teringat Fia pada lelaki handsome tinggi lampai bernama Fir itu setiapkali dia luangkan masa berjogging. Entah apa nama penuhnya Fia tak tahu, dan tak perlu tahu. Yang Fia tahu keikhlasan lelakiitu amat menyentuh hatinya.. walaupun kenangan semasa di universiti itu telah lama berlalu, tetapi itulah satu satunya lelaki yang buat hatinya berdebar.

Tersenyum sendiri mengenangkan insident itu. Tidak pula lelaki itu meminta nombor talifonnya, tidak seperti pelajar lelaki lain yang selalu saja ingin mengambil kesempatan. Agaknya lelaki itu memang jenis yang pemalu, kalau tidak masakan merah mukanya seperti udang kena bakar ketika terpeluk Fia. Hm....tersenyum Fia mengenangkan peristiwa yag sudah berlalu bertahun lamanya tetapi masih lekat diingatannya.

"Hoi! Apa yang kau tersengeh sengeh sorang ni, dah buang tebiat?" terkejut Fia disergah Nora yang datang dari belakang.

"Opocot! terkejut aku Nora, kau ni kalau aku ada sakit jantung dah lama goal. Punyalah lama aku tunggu kau kata nak jogging sama. Aku dah siap baru kau nampak muka kan. Kau sambung membuta ya Nora." Fia mencubit lengan Nora disebelahnya.

"Membuta apanya perut aku meragam lah. Ni kau punya fasallah paksa aku makan banyak time barbeque malam tadi." cemberut muka Nora teringatkan Fia asyik menambah makanan dalam piringnya semalam.

"Kau tu kurus melidi, makan la banyak sikit bg berisi baru cantik. Sedap bakal suami kau nak peluk nanti... hahahaha."

"Ceh, mentang mentang body kau solid nak mengata aku. Kurus melidi aku pun ada boyfriend tau. Kau tu habuk pun tarak. Eh kau senyum sorang sorang tadi ada mamat ngorat ke..." Nora mencuit bahu Fia mengusik.

"Ha ada.. apek manatah ngorat aku tadi,agaknya tokey balak kot. Senanglah aku nanti tak payah susah susah ngadap kes, boleh rest ja kat rumah kira duit juta juta." Fia galak mengenakan sahabatnya semula.

"Kau ni kan, aku serius boleh buat lawak. Lama aku perati kau dok senyum simpul sorang sorang tadi. Entah angankan putera kayangan mana ntah. Kau jangan Fia senyum sorang2, nanti orang nampak dikatakan gila, harap muka ja cantik tapi mereng."

"Lantak akulah nak berangan bukan kena bayarpun. Jom kita breakfast, aku dah kebulur tunggu kau."

Mereka bangun beriringan ke cafe. Bahagia dapat bercuti di resort yang aman seperti disini. Hilang segala tekanan kerja sesekali dapat berjimba ria.

Hi readers! Maaf ya TF tak sempat upload bab baru semalam sebab ada tugas yg perlu diselesaikan. Hari ni pun TF kurang sihat tapi TF update Juga bab 11 untuk tatapan readers tersayang. Semoga anda semua ceria dan bahagia. Doakan TF sihat ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience