Bab 19 :Allergic Cinta

Romance Series 14652

Fia berbaring melepas lelah. Waktu malam kebelakangan ni sukar betul nak melelapkan mata. Teringat ingat Lelaki pujaan hati dinda.. ceh! Fia tersenyum sendirian. Sekejap terlentang, sekejap meniarap, sekejap berguling Fia di atas katil.

'Angau ke aku ni? Kenapa cepat sangat aku percaya dan terpikat dengan Fir. Rupanya berginilah rasanya bercinta... hidup terasa ceria. Hati rasa bahagia dihiasi warna warni pelangi.'

'Ah teruklah kau ni Fia.' Fia mengutuk dirinya. Bibir xlekang tersenyum dihiasi lesung pipit semanis madunya. Macam tak percaya dirinya boleh sukakan insan bergelar lelaki yang dulu sangat ditakuti, sering berperasangka, dan dibenci. Sekarang dah lain pulak jadinya dengan lelaki itu. Aduhai... tak Fia sangka cempedak dah jadi nangka!

Flash back

"Sorry Fia, sepatutnya I contact you lebih awal tapi I ada family matter. By the way, mujur everythings fine now and I dapat cari you." Fir tak jemu menilik wajah comel Fia.

"It's ok Fir. But, mana you tahu cari tempat kerja I. Fia kehairanan, agaknya Fir ni memang stalker tak.

"You lupa sweetie, I kan pandai buat magic?" Nak seribu daya kan. Setakat firm you kerja ni senang jer nak trace, I pun ramai kawan law." Fir mengangkat kening. Sukar juga nak mencari keberadaan tempat Kerja Fia. Puas juga Fir google dan bertanya kenalannya.

"What, I tak jelas la... nak seribu daya? Wah bersungguh you cari I. Siapa rindu siapa sekarang... hem?" Fia dapat kesempatan mengusik Fir. Merah padam juga wajah lelaki itu sesekali terkantoi.

"Memang I sejenis yang bersungguh kalau melibatkan perkara or person yang I suka. Kalau boleh esok juga I nak masuk meminang. You sedar tak, dah lama kita kenal sebenarnya tapi baru ditakdirkan bertemu semula.

"We waist a lot of time Fia. I sebenarnya pemalu, tapi untuk sesuatu yang I suka I akan bersungguh. Yes I like you sweetie!"

Fir serius memandang mata gadis didepannya. Mata yang penuh dengan harapan tapi masih terselit kegusaran.

'Yes! dia pun suka kan aku, takdelah aku bertepuk sebelah tangan.' Hati Fia bertambah berbunga. Fia tersenyum malu. Kehadiran lelaki ini mengetuk pintu hatinya benar benar buat Fia terharu. 'Allah.... lelaki inikah jodohku?'

End Flashback

Fia bangun dari pembaringan menuju ke bilik air. Wuduk segera diambil, solat sunat dikerjakan. Mohon agar Allah beri pertunjuk yang terbaik untuk dirinya. Walau bagaimanapun yakin dengan pilihan hatinya, namun yang berhak adalah Allah. Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Rahsia Allah tak siapapun tahu. Fia berserah segalanya. Biar Allah yang bimbing hatinya.

# # # # # # # # # # # # # # #

Dua insan duduk berhadapan. Mata bertentangan, hati bertaut sudah sekian lama. Janji sudah dipatri sehidup semati jika jodoh mengizinkan.

"Lia sayang, I serius dengan you. My parent dah tahu, tinggal nak kenalkan you pada mereka ja."

Aidil mula serius disaat mereka bersantai di bangku yang disediakan ditepi pantai resort untuk pengunjung.
Dikeluarkan sebuah kitak kecil dari dalam kocek seluarnya dan diletakkan dihadapan gadis pujaannya. Lia teruja, rasa bergetar hebat hatinya disaat itu.

"Sudikah you menjadi suri hati I Lia?" I terpikat dengan you sejak pertama kali kita bertemu. Sejak itu I yakin yang you adalah pilihan yang tepat. I betul betul berharap you n keluarga you menerima I."

"Aidil... parent you dah tahu I lebih berusia dari you, apa reaction mereka? I bimbang parent you tak dapat terima I nanti." Lia memandang kekasih hatinya. Sudah sekian lama hatinya gusar mengenai yang satu itu. Sering juga disuaran pada Aidil tetapi lelaki itu jelas tak kisah.

"Lia, berapa kali nak I jelaskan I tak kisah pun. Setakat beza 2,3 tahun apalah sangat. Yang penting persefahaman dan saling percaya. I'm a simple person,you knew that."

"I tahu you tak kisah, but what about your parent? I bimbang la diorang xdapat terima menantu tua."

"You ni bercakap seolah you ni nenek kebayan tua bongkok tiga! Kalau dari pandangan I, you nampak lebih muda dari I tau. Dah jangan nak melalut lagi. Ni cincin ni, I belikan tanda I betul betul ikhlas nak kan you." Kotak cincin tadi dibuka dan dihulurkan pada Lia. Memang Aidil nekad dengan keputusannya.

"Cantik cincin ni, tapi I tak boleh terima dulu. Beri I masa Aidil. I perlu kenalkan you dengan family I." Lia menolak kotak cincin itu dengan baik.

"Fuh! I ingat you nak reject I tadi! Lega I you suka cincin ni. I tak pandai nak memilih barang kemas, mana yang I rasa cantik I sambar jer." Aidil melurut dada lega mendengar pilihannya disukai Lia.

"Jom, makan. Dari tadi I tak makan tau, bimbang lamaran I ditolak. Ni you dah terima terasa lapar pulak." Aidil memegang perutnya yang belum terisi.

"You ni asyik bab makan je jadi topik you kan. Memang sesuaila you buka restoran sana sini. Nasib tak boroi kalau tak memang I reject! " Fia mengusik Aidil.

"Dulu yelah I boroi, sekarang dah handsome, I suka makan tapi I jaga kalori yang I ambik you jangan bimbang. I takut you tu yang nanti akan 'boroi', ehem." Aidil sudah galak dengan perangainya mengusik Lia.

"Ish, you ni memang tak tahu malu lah! " Merah padam muka Lia menahan gurauan kekasihnya. Mereka kemudian beriringan ke cafe. Langkah seterusnya perlu diambil untuk merialisasikan tujuan dihati.

Happy reading guys! follow ig @tiffa_fieya utk teaser dan gambar cast #allergiccinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience