Bab 6 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Lelaki tinggi lampai itu melangkah ke syarikat automobilnya. Bangunan tiga tingkat itu menempatkan ruang pameran kereta mewah di ground floor dan bahagian pengurusan di tingkat atasnya. Fir menekan punat lif utk ke tinggat 3 yang menempatkan pejabatnya. Tidak sia sia dia menyambung pelajaran ke luar negara untuk membina empayar perniagaannya sendiri di tanah air.

"Suzie, masuk ke bilik I.,, "punat interkom ditekan memberi arahan kepada setiausahanya suziana masuk.

"Bos, your coffee." Suzie masuk selepas mengetuk pintu bilik dengan secawan kopi dan tabnya.

"Thanks. Ok you boleh bacakan appointment I hari ini." arahan Fir sambil menghirup sikit kopi yang tersedia sambil mendengarkan Suzie menerangkan jadualnya hari itu dan beberapa orang client yang perlu ditemui.

"Ok, I akan fulfill appointment sehingga luch saja, after that other client you pas kepada Rizal untuk take over. I nak balik kampung to see my mother. Maybe 2,3 hari I kat sana, nanti i confirmkan semula. Don't forget remind Rizal tentang schedule sepanjang I di kampung ya. " Fir memang berhasrat balik ke Terengganu melawat ibu dan along. Sudah sebulan dia sibuk dengan kerja.

"Baik my handsome boss. I will tell him. Anyway happy holiday, kirim salam saya pada puan dan miss Lia. " Suzie tersenyum sambil meminta diri keluar menyambung tugas. Untung Fir mempunyai setiausaha yang cekap dan amat memahami kehendak dan keperluannya di pejabat. Ibu muda baranak satu itu sudah lama berkhidmat sejak syarikatnya mula beroperasi sehingga kini.

# # # # # # # # #

"Hello my best friend, sorry aku lambat bro, busy sikit lately. " Alex menepuk bahu Fir yang setia menunggu di sebuah coffee house.

"Ye lah... kau boss besar kan... memanjang je sibuk. Dah berapa kali kau cancle appoinment, asyik fly overseas je. Ada projek besar ke beb?"

"Kau ni macam tak kenal aku. Sejak papa aku resign ni semua tugas aku kena nak uruskan. Kadang kadang tak menang tangan jugak. Ada staff pun tak boleh lepas pandang jugak, semua nak dipantau. " Alex mengeluh, sejak dia mengambil alih perusahaan papanya, memang dia super duper busy. Namun hubungan baiknya dengan Fir tetap dijaga. Sama sama melanjutkan pelajaran ke luar negeri menjadikan mereka lebih akrab.

"Ok lah aku tak mahu bazir masa kau, 'time is golden." senyum Fir sambil mengeluarkan tab yang menayangkan model kereta terbaru syarikatnya kepada rakannya itu. Entah berapa puluh biji keretalah mamat ni mak pakai gumam Fir di dalam hatinya.

Selesai urusan, Fir terbang ke Terengganu. Rindu kepada ibunya Allah yang tahu. Sejak segala urusan resort diserahkan sepenuhnya kepada along, ibu lebih santai berehat dirumah. Sesekali ibu menjenguk juga kerja kerja pengurusan di resort walaupun sering dilarang along dan Fir. Bagi ibunya... resort itulah satu satu peninggalan keluarganya yang menjadi punca pendapatannya membesarkan kedua dua zuriatnya. Resort itu juga nyawanya selain mereka berdua.

"Fir kat mana tu, ibu dah masak asam pedas ni. " merungut Siti dalam telefon bila anak terunanya yang dikhabarkan akan pulang hari tu tak nampak batang hidung.

"Ye... Fir dah sampai depan rumah ni.. ibu je tak bukakan pintu macamana Fir nak masuk, "rengek Fir manja persis anak kecil.

"Budak bertuah ni kenapa tak bagi salam, ibu kat dapur ni mana ibu perasan, " marah Siti sambil menapak laju ke pintu depan rumahnya.

"Taraaaa.... for you my sweetheart,"sejambak bunga rose disuakan bilamana ibunya membuka pintu. Tangan didepakan memeluk ibu tercinta sambil menghadiahkan ciuman dipipi. Siti tersenyum sambil mencubit bahu anaknya, hilang amarahnya bila diperlakukan begitu. Anak terunanya ini memang pandai membeli jiwa!

Tengah hari itu along meluangkan masa balik makan tengah hari bersama. Tiga beranak itu makan sambil bersembang perihal masing masing. Along sibuk dengan resort ibunya, Fir sibuk dengan syarikat automobile nya, cuma ibunya saja yang santai dapat berehat di rumah menjaga pokok bunga sesekali menghadiri kelas agama bersama kawan kawan seusia.

"Anak anak ibu dah berjaya, masing masing dah ada perniagaan sendiri. Apalagi yang ibu mahukan selain melihat along dan Fir selesa macamni." ibu mula bersuara ketika mereka bersantai diruang tamu selepas solat asar berjemaah. Mak Limah yang setia menjadi pembantu rumah keluarga kecil ini datang membawa sedulang air dan sepiring kek buat minum petang.

"Syukur bu, ni semua berkat doa ibu juga." senyum along sambil menyisip sedikit teh panas dibibirnya. Fir yang mendengar kata alongnya mengangguk setuju sambil tersenyum. Sepotong cheesecake buatan ibunya digigit.... seperti teringat akan seseorang di zaman silam...

"Yela.. ..tapi ibu sunyi.... kalau ada cucu kan meriah sikit rumah ni. " Siti sebenarnya ada maksud tersirat disebalik kata katanya.

"Ibu dah mula dah along...." Fir memandang along sambil mengankat kening tersenyum.

"Kan Fir.... tak habis habis masuk ke tajuk tu ja ibu ni. Along yang tinggal dengan ibu ni dah kebas telinga ni Fir, kau pulak la layan ibu kesayangan kita ni, " Lia yang sudah lali dengan leteran si ibu cuba mengusik dengan kata katanya.

"Ha... Fir ada idea untuk menceriakan rumah kita ni bu... along..." Fir memetik jari seolah olah bernas sangatlah idea nak disampaikan.

"Ha... anak teruna ibu dah jumpa calon isteri ke ni?" membulat mata ibu dan alongnya menanti berita baik dari Fir, masing masing teruja menunggu perkataan dari Fir, masing masing memasang telinga mendengar.

"Apa kata ibu je yang kahwin, so takla ibu boring asyik mengadap muka along dan pokok bunya kat taman tu... hahahaha. Silap silap kitorang boleh dapat adik lagi lepas ni... confirm ceria meria rumah ibu.. "Fir berdekah ketawa disambut dgn alongnya.... cemberut wajah Siti dengan kerenah anak anaknya.

"Kesitu pulak perginya. Ibu harapkan anak anak ibu kahwin.. bagi ibu cucu ramai ramai... asyik mengelak je korang ni kan. Susah susah ibu carikan lah jodoh buat korang... nak?"

"Big no ibu. Fir tak nak.. carikan untuk along je." Fir mengangkat jarinya ke arah along.

"Apa pulak along. Along tak bersedia lagi bu... along nak tumpu kerja dulu. "

"Korang berdua ni bukannya muda lagi. Along dah 30, Fir 28, dah masanya berfikir untuk calon hidup. Ibuni bukan muda lagi, sekurang kurangnya sempat tengok anak anak ibu berkahwin dan beri ibu cucu." Siti seakan merajuk.

"Ok ok bu.... Fir bawa balik menantu untuk ibu ya... ibu nak 2 ke 3...ibu punya pasal 4 orang sekali Fir bawakan. Nanti meriah sikit dengan cucu cucu.. boleh buat soccer team. " Fir mengusik ibunya... memang kerapkali ada saja alasan diberi bila bab jodoh diutarakan. Siti sudah lali dengan karenah kedua anak anaknya. Entah bilalah mereka nak berkahwin, mengeluhnya dalam hati.

Note:

Konsep berpasangan di dalam Al Quran

Firman Allah, “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.” (QS adz-Zaariyat [51]: 49).

Sumber

Bab 6 updating guys! Selamat membaca dan menilai. TF cuba sedaya upaya untuk mencipta kesinambungan setiap bab. Andai ada yang tidak sesuai mohon comment, TF bersedia memperbaikinya. Happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience