Bab 14 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Gulp!

Mata bertentangan, kaki masing masing terpaku dilantai. Serasa hilang sebentar keriuhan di sekeliling. Ada dua hati yang berdebar...

'Subhanallah! Sofia.... Fia... makin cantiknya dia... betul ke ni dia... ish, tak sangka aku boleh terserempak lagi dengan dia, macam mana seganpun aku mesti minta nombor dia.. mesti!' Fir monolog dalam hati bila terpandang wajah Fia di hadapan matanya. Tak disangka sungguh akan bertemu lagi dengan gadis clumsy ni..

'Eh.. mamat sepet tu lah. ..baru ja teringat haritu dah terlanggar lagi! Apatah nama.. Fir.. apa nama penuh dia... ah manalah aku tahu.. Firman ke..Firhad ke.. lantaklah Furaun pun ada aku kisah! Tapi kenapa handsome sangat ni... ish meletup juga jantung aku. Dahla terlanggar tadi habis bertabur bra... macam mana aku nak sorok muka ni.' Fia juga terpegun, speechless, malu... apa nak dikata lagi benda sudah terjadi, tula berangan sambil jalan, sapa suruh!

"Ehem,. I knew you... Fia kan? Lamanya kita tak terserempak.. dalam 5 tahun jugak la....you apa khabar, kerja mana sekarang." Fir sebagai lelaki gentleman memecahkan kekakuan sebentar tadi. Perlahan lahan mereka berdua ke tepi untuk memberi laluan orang lain yang ingin meneruskan aktiviti membeli belah setelah disajikan dengan drama pendek tak berbayar tadi.

"Ah.. saya Fia....sihat... lawyer...." mata Fia masih tak berkelip melihat hero sepetnya didepan mata. Aduh, entah apa saja yang keluar dari mulutnya tak dihiraukan.

"Come Fia, kita ke cafe, berbual sambil lunch, saya belum lunch ni. Banyak yang nak saya tanyakan.. if you don't mine la... shall we.." Jarum Fir makin mengena. Tersenyum lelaki itu melihat gadis didepannya yang semakin blushing. Makin comel pastinya.

"Oh, I'm diet actually, bolehlah setakat minum lagipun memang I tengah free sekarang." 'Ceh.. jual mahal... apa aku cakap ni.. bukan ke perut tengah lapar giler tadi.. tapi tengok mamat ni terus kenyang la..package dengan jantung vibrate sekali ni... ah sudah.. apala mamat ni jampi kat aku.' Fia berlagak malu sambil mengatur langkah mengikuti Fir menuju ke sebuah cafe.

Fir memilih meja yang agak tersorok bagi memberi ketenangan mereka berbual. Dalam hatinya berdebar debar, Bukan tidak pernah keluar dengan perempuan. Seringkali saja Fir keluar dengan Jasmine atau suzie setiausahanya menghadiri meeting dengan client. Tetapi kenapa kali ini rasa seram sejuk lain macam... nak demam agaknya akuni...

"Fia nak order apa? Ini cafe favourite I, ada makanan timur dan barat." Fir berbahasa bila waitress datang membawa menu.

"Aaa... actua...., belum sempat Fia membuka mulut seterusnya Fir mencelah..

"Yes, actually you on dietkan? Please make today is a cheat day Fia. I nak you rasa dish kat sini semuanya sedap, sure you like it." Fir cepat memujuk sambil melirik memandang pelayan yang sedang tersenyum ke arah Fia.

"Kalau macamtu, you ajelah tolong orderkan. Make sure it's delicious ok." Fia sudah tiada kata kata untuk menolak. Malu malu kucing sebenarnya, memang perut sedang menjerit meminta untuk diisi.

"I'm sure you will love it!" Fir sudah tersenyum sambil mengenyit sebelah mata ke arah Fia. Entah dari mana datang galaknya hari ini. Dengan Fia Fir rasa ingin melindungi.. menyayangi... aish... apakah perasaan ini...

Entah apa yang Fir order Fia lansung tak ambil pot. Seperti nak melompat keluar jantungnya apabila Fir mengenyit mata tadi. Boleh tahan nak menggatal.. tapi kenapa aku tak rasa benci dengan mamat ni. Selalunya Fia akan menggigil ketakutan, ataupun melenting bila mana mana lelaki cuba menguratnya dari dulu. Kenapa dengan mamat sepet ni aku rasa macam tersuka... gila punya rasa.. biar betul hati...

Mereka berbual kosong sambil bertanya hal hal biasa. Baru Fir perasan keistimewaan Fia yang dicari sebelum ni sejak di universiti. Ya Fia mempunyai lesung pipit yang begitu manis setiapkali tersenyum. Kenapa dulu dia tak pernah perasan. Mungkin kerana mereka terserempak dalam keadaan yang tergesa gesa.

Apalagi setiapkali terserempak dulu isu kaki acapkali timbul. Fir pula jenis yang pemalu walaupun bersifat pelindung. Fia pula fobia dengan lelaki berdasarkan kejadian lampaunya, manalah nak perasan itu semua. Bila dah berjumpa dalam keadaan selesa begini barulah masing masing menyedari kelebihan yang ada.

Mungkin masing masing semakin matang, berhadapan dengan ramai sikap dan karenah semasa bekerja. Semua itu sedikit sebanyak memberi mereka kematangan dalam pergaulan seiring usia.

Tidak mereka sedari waitress tadi datang semula membawa hidangan yang dipesan. Sekejapnya masa berlalu bila ianya terisi dengan rasa bahagia dihati... Fia terkedu apabila melihat sepinggan spaghetti bolognese dan sepotong cheesecake serta segelas jus kiwi.

"Macam mana you tahu favorite I." Fia dah mula mengerut keningnya. 'Betulla mamat sepetni pandai jampi agaknya. Semuapun dia tahu... ke dia stalk aku.' Tiba tiba lagu jampi nyanyian Hael Husaini seperti terdengar ditelinga Fia.

"You fikir I stalk you ke Fia.? Jangan bimbang I bukan orang macamtu. I memamg ada kelebihan... ada magic!" Fir tersenyum memandang wajah Fia yang kehairanan. 'Makin comel Fia ni, geramnya aku tengok.'

Fia masih berperangsangka yang bukan bukan. Tak sedap hatinya bila Lelaki ini lain macam. Tiba tiba perutnya berbunyi... Fir ketawa gelihati sedangkan Fia tertunduk malu... terkantoi!

"Ok lets eat and I akan terangkan dari mana I tahu favorite you." Fir memulakan suapan tidak mahu Fia makin segan dengannya. Fia mengangguk sambil mula menggulung spaghetti kegemarannya pada garfu.

"Jangan cepat salah faham Fia. Kan tadi masa kita berlanggar you latahkan spaghetti bertabur? So I guess mesti you tengah bayangkan makanantu sebelum you langgar I tadi. Cuma I teka jelah bolognese... tak sangka tekaan tepat.. kan?" Fir berterus terang sambil memotong lamb grilled didalam pinggannya.

"Oh.. I melatah ya. Malunya I.. sampai you boleh terperasan." Rupanya itu penyebab kepada datangnya makanan ini didepan mata. 'Fuh nasib dia tak perasankan bra aku yang bertabur tadi.' Fia tersengih sambil berasa lega didalam hati.

"And about cheesecake tu I tahu that's one of your favorite sebab I selalu tengok you order kat cafe universiti dulu. Kat pesta konvo pun you selalu ke gerai roti john cheese kan... I ternampak you dari jauh ja secara kebetulan jangan ingat I stalk you pulak." Fir memecah rahsianya.

"Oh, you ingat lagi.. perkara tu dah lama kot." Fia berselera sungguh dengan hidangannya sambil bersembang. Penuh makanan dalam mulut, memang betulla masakan kat cafe ni sedap seperti kata Fir.

"Apa lagi yang you tahu pasal I Fir, what's your full name...actually? " Fia dah mula selesa berbicara santai.

"Just call me Fir, nama penuh I nama syurga.. Firdaus. Hm. ..., apa lagi yang I tahu pasal you eh...? Kalau I tak salah warna favorite you maroon kan?"

"Uhuk.. uhuk... tersedak Fia mendengar tekaan Fir. Fir bertindak cepat menyuakan gelasnya tanpa berfikir panjang takut Fia tercekik. Fia terus meneguk minuman Fir tanpa sedar, lega tekaknya...

"I curious lah dengan you ni, you ada bakat jadi peguam tau. Serkap jarang you mengena! Mana pulak you tahu I suka maroon." Fia memandang Fir, hebat lelaki dihadapannya.. memang betul magic, ke dia memang pandai psikology.

"Sure you want to know, tak nyesal? I rasa tak penting lah mana I tahu." Fir cuba mengelak menjawab soalan Fia, bibirnya masih mengukir senyuman nakal.

"Yes I want to know, sure!" Fia confidence tahap dewa. Perwatakan peguamnya keluar sepontan. Fir mendekatkan mukanya lebih hampir dan suaranya seperti berbisik...

"Actually, time berlanggar tadi I sempat tengok your night dress and your linggeri yang bertaburkan color maroon. So pada pengamatan I perempuan sure suka warna yang paling dia selesa semasa tidur.. sebabtu I berani teka. Ha ha ha. "
Fir berusaha menahan ketawanya bila dilihat wajah Fia mula memerah. Comelnya lahai...

"Sumpah I regretting! Sepatutnya I tak tanya you tadi. Dah banyak kali you malukan I hari ini. And you pun tak malulah sebut hal tu..." Fia dah tak keruan menahan malu. Apalah nasib dirinya hari ini...

"Sorry, kan I dah elak dari bagitahu tadi.. hahaha. Sebenarnya you yang tak malu kot..." Fir mengisyaratkan gelasnya yang sudah kosong di tepi pinggan Fia.

"Eh bila masa pulak I minum air you, patutlah lain je rasa." Bertimpa timpa rasa malu Fia dek penangan Fir.

"I tahu you suka minum dari cawan I, kalau ye pun tunggulah dah sah... baru dapat pahala." Sekali lagi Fir menghadiahkan kenyitan mata buat Fia.

'Pengsan jugak aku kat sini nanti Fir oii! ' Fia dah tak keruan dibuatnya. Siapalah sebenarnya lelaki dihadapannya ni...istimewa dan sukar diduga.

Hi readers! Ok tak bab 14. Sila komen sebagai tanda sokongan. TF tak kisah nak kritik ke, nak bg pendapat ke, insyaallah TF akan respond. TF byk lagi yang perlu belajar dalam bab menulis ni. So sokongan anda amat TF harapkan. Jangan lupa follow @tiffa_fieya untuk melihat gambar gambar cast n teaser bab seterusnya. Thanks guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience