Bab 18 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Hari minggu Fir bermalasan di penthouse. Mood masak ke laut. Teringat kehidupannya semasa berkongsi menyewa rumah dengan Alex dan Lokman. Masak sama sama sambil menikmati sajian bujang tapi sangat berselera. Sukar nak dapatkan semula detik detik itu bila masing masing sudah bekerjaya.

Hanset dicapai, dibelek belek. Fir melihat lihat menu untuk membuat pesanan secara online sahaja. Sendirian hari ini terasa sunyi dan sayu. Benar kata ibu dan along, rumah besar tinggal sorang memang sepi. Jari Fir beralih menguis bahagian gallery handsetnya, tiba tiba terpampang gambar Fia!

Allahu Akbar! Patutlah semenjak dua menjak ni rasa ada sesuatu yang tidak selesai... Rupanya sesuatu itu Fia! Mujur Fir membelek handsetnya dan terjumpa wajah pujaan hati.

Gambar Fia diambil secara sembunyi sewaktu mereka bertemu di mall. Ya Fir sempat mengambil nombor gadis itu sebelum ke toilet dan membayar harga makanan mereka. Terkejut dengan panggilan ibunya jatuh Fir terus meminta diri untuk pulang dan berjanji akan menghubungi gadis itu semula! Fir kembali tersedar dari lamunan dan menguis screen mencari nombor Fia yang telah disimpan...

# # # # # # # # # # # # # # #

Fia kelihatan gelisah, tugas hari ini sudah selesai, Fia segera mahu pulang mengelak bertembung lagi dengan Marwan. Entah hatinya sudah tawar mahu bersemuka dengan lelaki itu setelah pertelingkahan mereka tempoh hari.

Fia memang tidak mahu bermusuhan, hanya berbicara yang perlu sahaja. Mungkin Marwan sendiri menyedari Fia seperti mahu melarikan diri bila berjumpanya. Lantaklah, dari berlaku pertengkaran baik dielak.

Fia membelek jam dipergelangan. 'Aduh, bila hujan nak berhenti pulak ni. Sah sahlah Fia tak membawa payung. Keretanya pula dipakir agak jauh dr pintu keluar firma. Memang petang ni nasib Fia tak baik, nak melarikan diri dari Marwan terperangkap pula dengan hujan yang lebat.

'Ah, sesekali main hujan apa salahnya.' Lagipun memang Fia ingin terus pulang kerumah. Beg sandangnya sudah dipegang di atas kepala menjadi payung sementara sebelum Fia berlari ke keretanya. 1..2..3...

Tut... tut....

'Ah! Time ni lah benda ni nak menjerit pun.' Tidak jadi melangkah, Fia memaksa diri menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Fia."

Fia terkedu... adakah suara itu yang ditunggu sepanjang dua minggu ini. Hatinya berdebar debar. Rasa seperti mahu menjerit dan melompat tapi dikawalnya. 'Behave Fia, kena jual mahal sikit.'

"Hello, waalaikumussalam... siapa tu?"

Fia pura pura tidak mengenali sang pemanggil sedangkan dalam hati berbunga ria. Bibirnya tak dapat dikawal mula tersenyum malu. Lantaklah bukan dia nampakpun aku senyum dalam phone!

"Fia... you tak kenal suara I ke? Fir ni. Bukan panggilan I ke yang paling you tunggu dan you rindu sepanjang hari?" Fir pandai memikat dengan kata katanya.

"Oh you Fir, sorry I tak perasan suara you. I pun sibuk lately tak sempat nak fikirkan you pun. Kalau you tak call ni memang I tak ingat langsunglah... sorry again."
Fia berbohong, sedangkan selama 2 minggu kebelakangan ni memang panggilan itu yang ditunggu.

"Sentap la I macamni yoy cakap macamtu. I ingat you memang tertunggukan panggilan I sebab I nampak you tersenyum ja on phone dengan I. Nampak sangat muka you exited."

Fir mengusik Fia, entah kenapa dia suka melihat muka Fia yang tersipu bila malu.. sumpah comel!

"Pandailah you, ahli nujum ke, on phone pun boleh tahu I senyum. Main serkap jarang ler tu. Oh ye, I lupa, you kan suka buat magic."

Fia teringat semula kata kata Fir semasa mereka di mall. Terbayang jelas rupa kacak lelaki itu yang penuh dengan kejutan. Tiba tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang. Sepontan Fia berpaling, niat dihati kalau si Marwan mahu dihempuk dengan begnya biar dia sedar diri.

"Hai sweetheart!"

Terlopong mulut Fia ternganga. Malunya! Rupanya aku tersenyum tadi memang sah la mamat sepetni nampak. Mana datangnya lelaki kiriman Tuhan nih? Dengan jaket berhudnya sambil memegang payung pink... yelah.... Fia tak silap tengok.... pink! Memang lelaki ini penuh dengan kejutan..

"Tutup mulut you Fia, I tahulah I nampak macho walaupun berpayung pink. That it's in your mind kan?"

"Dari mana you muncul Fir, ooo you stalk I eh... terkejut I. Payung awek mana pulak you kebas ni?"
Fia menahan getaran dihatinya bertentang mata dengan Fir.

"Payung my sis tertinggal dalam kereta I. Inipun mujur ada, kalau tidak dah jadi scene hindustan, kita basah bersama dalam hujan, ke you nak macamtu?"
Fir pandai mengusik Fia. Suka dilihat muka Fia yang merah.

"Jom I payungkan you ke kereta. Japlagi kita jumpa di coffehouse. We need some hot drink for warm our bodies wright?"
Mereka berjalan ke kereta Fia sambil berbual. Fia hanya tersenyum tanda setuju.

"Ok jumpa di sana... thanks!"
Fia tersenyum lagi memandang lelaki kacak dihadapannya. Bertuahnya badan, yang ditunggu sudah menjelma dihadapan mata.

"Sementara tu jangan rindukan I tau. Drive safely, hujan lebatni. Japlagi kita jumpa ya sweetie." Fir bermanis bicara sedangkan dia sendiri amat merindui gadis cantik yang sudah berada di dalam kereta. Fir merapatkan pintu kereta dan melambai ke arah Fia kemudian terus menapak ke arah keretanya. Kelihatan dua orang remaja perempuan berbisik n tersenyum kearahnya.
'Mesti asbab aku bawa payung pink along ni.. ceh!'

Happy reading guys! Fia n Fir dah jumla semula.. yeay!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience