Bab 10 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Dua gadis genit menarik bagasi masing masing keluar daripada balai ketibaan. Grab bersusun di airport itu bersedia memberi khidmat kepada penumpang.

"Kau ni Fia, fly kejap pun asyik tido ja. Nasibla tak drive sendiri, kalau tidak mahu aku aje yang bersengkang mata sebab co pilot asyik membuta." Nora mencubit lengan sahabatnya ketika mereka di kerusi belakang grab.

"Aku ngantuk beb. Dah tahu aku apply cuti si Marwan tu nak juga aku involve dalam kes dia. Kalau tak kenangkan satu firma nak aja aku blah. Kita dalam mood nak bercuti ada ja nak mintak pendapatla, nak refer itu ini. " Fia merungut sambil memejam mata.

"Kau tu lembut sangat. Dulu anti sangat dengan lelaki, sekarang dah lain macam aku tengok. Si Marwan tu macam nak rapat je dengan kau. "

"Orang berbudi kita berbahasa Nora. Dia pun banyak juga tolong aku. Kalau nak lebih lebih aku tak minat. Tak delah si Wan tu nak kan aku, dia dah kahwin kot. Na'uzubillah aku rampas suami orang. Yang bujang pun aku tak layan inikan hak orang, please lah! "

"Ye kau tak nak, si Marwan tu ada 3 kuota lagi tau. Lelaki sekarang jangan... bukan boleh percaya sangat. Kau kena beringat tu. Kau ikhlas membantu, tapi yang menerima tu ada udang sebalik mee kau tak tahu. "

"Tak layan aku udang, kalau sotong aku suka. Tak sabar nak merasa mee sotong kat resort nanti... dah la tengah lapar giler ni. " Fia nampaknya pandai mengelak bila dileter Nora....cepat saja ditukarnya tajuj..., belok tak bagi signal nampak budak ni, Nora mengetap bibir geram sambil mencubit pipi gebu sahabatnya.

# # # # # # # # #

"Baik Aidil, ni cafe resort yang bakal pihak Selera Rasa uruskan jika pihak Aidil benar benar berminat. Pihak kami memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak pengusaha didalam menata rias dan menyusun atur segalanya mengikut citarasa sendiri. Asalkan kemas, friendly, makanan sedap dan mengikut sop yang kami tetapkan itu sudah memadai. "

"Cantik, I kagum dengan kepercayaan you kepada pengusaha seperti kami. Sesetengah owner sangat mengawal setiap satu bahagian, cara pengurusan dan susun atur semua mengikut kehendak mereka. Sukar juga bagi kami untuk memenuhi syarat yang ketat sedangkan cafe adalah sebagai tempat menjamu selera sahaja." mata Aidil meliar memerhati sekitar cafe sambil merangka perancangan untuk menata rias cafe itu apabila diambil alih kelak.

"Kami mementingkan keselesaan semua pihak, pihak kami, pihak pengusaha dan pihak pelanggan. Kebebasan pengusaha untuk menyusun atur adalah terpulang asalkan kemas dan kebersihan terpelihara."

Pasangan itu kemudian beralih ke bahagian dapur untuk lawatan seterusnya. Mata Aidil yang tidak lekang memandang wajah Lia dihadapannya begitu teruja. Wanita ini sangat istimewa, begitu diplomasi dan menyenangkan. Mereka melawati segenap ruangan cafe untuk meninjau keperluan didalam perjanjian ambil alih cafe itu.

Kelihatan Aidil betul betul berminat dengan tawaran Lia. Tak Lia sangka dalam diam Aidil juga meminati dirinya... Bagi Aidil persetujuannya mengambil alih pengurusan cafe resort itu stu bonus besar... buy one free one! Ceh... Walaupun usia Lia lebih 2 tahun tidak jadi masalah padanya... kisah apa aku...

"Alang alang sudah disini apakata you teman I tour seluruh village resort ni Lia." Aidil mengenyit mata, ada pipi yang sedang blushing nampaknya.

"Kita belum selesai berbincang mengenai tawaran Aidil, you lupa or buat buat tak ingat." Lia cuba mengawal reaksi, dalam hati Allah saja yang tahu. Seperti ada debaran yang kuat didadanya... aduhai...

"Anggap saja I sudah setuju menerima tawaran resort ini. Satu hari nanti I pula akan memberi tawaran kepada you Lia dan masa tu I juga berharap you akan setuju. " berkerut dahi Lia memikirkan tawaran apa yang dimaksudkan Aidil.

"Just forget it. Shall we?" Aidil cepat pantas menukar topik sedangkan Lia belum sempat mengeluarkan sebarang kata. Takut Aidil jika gadis itu tersalah faham.

"As your wish Mr. Aidil. " mereka beriringan keluar dari cafe menuju bahagian penempatan cottage pelanggan di tepi laut.

"Sejak I mengambil alih pengurusan resort, I wujudkan spa, gim, kiosk cenderahati, pakaian, makanan ringan dan pelbagai lagi yang berkaitan. Tempat untuk diadakan majlis keraian keluarga, ruangan barbeque semua disediakan. Penginap di sini tak perlu keluar dari resort untuk mendapatkan semua keperluan itu. Service yang pihak kami sediakan adalah lengkap dan memenuhi keperluan seisi keluarga. "

"I kagum dengan you Lia. You kreatif dan inovatif. Tak hairanlah village resort ni makin viral sekarang. Rata rata memuji pengurusan resort ini yang cekap dan friendly. I pun teringin nak bercuti ke sini nanti." Aidil dan Lia berjalan meninjau keadaan resort melalui laluan pejalan kaki.

Kelihatan pengunjung dan penginap resort selesa dengan aktiviti masing masing. Ada yang berbasikal, membeli cenderahati, berkelah, mandi manda. Kelihatan juga dua gadis menyusuri tepian pantai ketawa riang sambil bergurau menyimbah air ke arah rakannya. Benarlah suasana nyaman village resort ini sesuai menghilangkan kekusutan pengunjungnya.

"Pihak resort amat mengalukan kedatangan sesiapa sahaja ke sini. You boleh bawa anak isteri untuk merasai suasana tenang dan nyaman di resort kami. Penempatan ala kampung di tepi pantai yang kami wujudkan amat digemari oleh warga kota yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Bercuti di sini sekurang kyrangnya dapat melupakan sebentar kesibukkan diri kita dengan lambakkan tugas yang tak pernah berakhir. "

"Sure I akan menginap di sini tapi I belum ada isteri, apalagi zuriat... melainkanlah pengurus resort ini sudi menjadi calon pilihan di hati. " Aidil bergurau, namun katanya diakhiri dengan ketawa untuk mengendurkan debaran didalam hatinya..mahupun debaran dihati gadis dihadapannya...sementara Lia sekali lagi tersipu sipu menahan malu. Terpana sebentar Lia dengan kata kata Aidil tadi. Cuba menyembunyikan gelojak hati yang berkunjung tiba dengan pura pura ketawa.

"I think we should proceed with our discussion Aidil." Aidil membontoti Lia yang sudah mula melangkah menuju ke pejabatnya untuk menandatangani kontrak. Dihati masing masing ada rasa aneh yang terselit... Aidil mengutuk dirinya yang terlalu cepat mempamerkan perasaan walaupun tidak secara terangan. Fuh.... berpeluh juga dahi lelaki itu dek penangan si pujaan hati.

Hi guys! TF harap bab 10 ni memenuhi kehendak anda. Watak sampingan juga pentingkan bagi mewarnai jalan cerita. Tak lama lagi hero n heroin kita akan bertemu dalam suasana penuh dramatik...ye ke tu.? Kena sabar menunggulah ye entah entah terpijak kaki lagi.. hahaha... happy reading raeders!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience