Bab 25 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Bab 25

Malam semakin larut, Fir kebosanan mengadap tv. Terasa sunyi benar malam ni. dh seminggu dia tidak menghubungi Fia selepas terserempak pujaan hatinya beriringan dengan seorang lelaki. Fir dapat mengagak mungkin rakan sekerja melalui pakaian dan keluar dari firma yang sama.

Tujuan Fir ingin beri kejutan kepada buah hatinya petang itu ternyata tidak menjadi. Dari jauh Fir perhatikan riak wajah Fia seperti merajuk kepada lelaki itu. Lama kelamaan apabila dipujuk mungkin, wajah Fia kelihatan sedikit manis dan menuju ke cafe berhampiran. Mereka minum dan berbual mesra selepas itu.

Huh, mustahil Fia sudah ada boy friend sebelum berjumpa semula dengannya. Tetapi lagak lelaki itu jelas mahu mengambil hati dan memujuk Fia. Ada apakah antara mereka, ataupun memang dia diperbodohkan selama ini. Patutlah bila di ajak kahwin Fia seringkali mengelak..., telalu awal lah, tak bersedia lah, beri masa lah.. rupanya ada yang sedang menanti.

Hati Fir sakit, Lama diperhatikan dua sejoli itu dari dalam kereta. Mujurlah cafe itu berkonsepkan santai dan ada bahagian untuk pelanggan yang ingin bersantai diruang luar cafe.Senang bagi Fir memantau gelagat Fia dan boyfriendnya mungkin. Dapat tengok adengan pujuk memujuk dari situ. Nampak kesungguhan lelaki itu memujuk Fia!

Patutlah banyak sangat kerja Fia di firma sehingga tak dapat mengikutnya balik kampung. Rupanya ini yang disembunyikan. Fir separuh mati rindukan kekasihnya walaupun rajuknya pada awal tidak mahu menghubungi Fia buat sementara. Setelah difikirkan, mungkin Fia benar benar dibebani tugas, Hasratnya nak buat kejutan pad Fia menjadi kejutan padanya. Api cemburunya bernyala nyala!

Lamunan Fir terhenti bila handset yang diletakkan disofa berbunyi. Dijenguknya sekali, ah... Jasmine... kanapa tidak Fia yang menghubunginya menjelaskan duduk perkara sebenar. Malas dia mahu bercakap dengan Jasmine dengan moodnya yang tak baik macamni. Handset berhenti berbunyi, terdengar ada text yang masuk.

Jas : Fir, please pickup I. I kat club biasa. I rasa tak sedap hati. Hurry Fir, I'm really uncomfortable.

Fir: Wait about 20minutes, I will there.

Fir tidak teragak untuk mengambik kunci kereta dan dompetnya berlalu turun dari penthouse. Sejauh mana pun dia rimas dengan wanita itu, tetapi bila diperlukan pertolongan, Fir sebolehnya cuba menolong. Tak lupa Fir hunungi Dato Kamal memaklumkan situasi. Dalam hatinya geram dengan anak orang kaya yang terlebih manja itu... dah seringkali dia dan Dato Kamal menasihati agar tidak ke club tetapi Jasmine degil.

# # # # # # # # # # # #

Jasmine kelihatan lalok, mungkin kesan dari serbuk putih yang dimasukkan secara senyap di dalam minumannya. Kali ini rancangan lelaki disampingnya pasti berjaya. Sudah lama Johan ingin memiliki tubuh model itu tetapi pujukannya tidak menjadi. Johan kenal sangat dengan anak Dato Kamal hartawan dan usahawan berjaya itu, walaupun bersosial tetapi dia tetap mengelak jika diajak bersama. Setakat berhibur, sedikit mabuk dan berfoya Jasmine akan ikut tetapi tidak setuju dibawa sehingga ke tempat tidur.

Malam. itu Johan sudah hilang kawalan. Pakaian Jasmine yang sangat seksi dengan gaya yang menggoda bila separuh mabuk itu amat memancing nafsunya. Dah ramai model jatuh dalam dakapannya tetapi Jasmine terlalu licik.

Serbuk berupa dadah yang dimasukkn didalam minuman wanita itu nampak berkesan. Jasmin sudah bula terlentok dibahunya dan dibawa kesofa. Puas diraba seluruh tubuh wanita itu, geram. Tidak cukup dengan itu dirangkulnya tubuh yang separa sedar keluar dari club, fikirannya terarah hanya satu tempat.. hotel!

Kereta tak sempat dipakir apabila dari jauh kelihatan Jasmine yang separuh sedar dirangkul oleh seorang lelaki. Kelihatan seperti mabuk atau mungkin sudah dipengaruhi sesuatu. Fir melaung dari jauh berlari ke arah mereka.

"Hoi! Lepaskan dia."

"Eh, kau siapa ha nak rebut ikan aku. Kalau nak banyak lagi kot kat dalam, ini aku punya."

Buk!

Satu tumbukan singgah dimuka lelaki yang kurang ajar tadi. Terhoyong hayang lelaki yang merangkul Jasmine yang separa sedar. Fir merampas Jasmine yang hampir terlepas pelukan lelaki tak guna itu.

"Kau jangan ingat nak lakukan perkara jahat pada adik aku. Kau blah la bodoh!"

"Ha.. ha.. ha.. Kau tu yang bodoh. Jas anak tunggal, bila masa pulak dia ada abang? Bagi aku, susah payah aku pujuk nak dapat dia malam ni, kau senang senang rebut.Nak makan free cari sendiri la bro..

Buk!

Satu lagi tumbukan singgah dimuka Johan tetapi kali ini dari Dato Kamal. Terpinga pinga dia memandang Dato Kamal rakan niaga papanya.

"Mmmaaf Dato, saya cuma bergurau. Saya hanya minum minum dengan Jas dan nak hantar pulang, tiba tiba ntah siapa datang rampas mengaku abang Jas. " Johan mula kaget menyembunyikan niat jahatnya.

"Aku kenal siapa kau,anak Dato Johari.. kan? Hidup hanya bergantung dengan kemewahan orang tua semata mata. Kau pergi sebelum aku sumbat kau dalam lokap! "

Dato Kamal bertempik. Johan beredar dari situ. Fir hanya menyaksikan insident didepan matanya. Melihat norma kehidupan muda mudi sekarang yang mewah, liar serta tidak terkawal. Jasmin dipimpin ke arah kerrta Dato Kamal. Kasihan dia melihat wajah keruh lelaki itu.

"Thanks Fir, kalu Fir lambat tadi entah apa jadi pada Jas. Degil tak boleh ditegur Jas ni.. Uncle sakit kepala. Mummy Jas terlalu beri kelonggaran dan kemewahan sampai Jas liar begini."

"Tak apalah Dato yang penting Jas selamat. Esok siang Fir akan nasihatkan Jas. Jas sebenarnya anak yang baik Dato, cuma kadang kadang dia bertindak liar dengan pengaruh dunia glamour dan rakan rakan sosialnya."

"Thanks again Fir. Uncle pun rasa Fir orang yang tepat dapat nasihatkan Jas ni. Uncle tak mahu masa depannya jadi sia sia. Dia lembut hati kalau dengan Fir. Tolong uncle ya Fir kali ni. Esok Fir datang rumah uncle ya ambik Jas. Uncle percaya dia akan ikut nasihat Fir."

"InshaAllah, uncle jangan bimbang, I will."

Jernih kembali dilihat wajah Dato Kamal setelah berbicara dengan Fir. Fir melihat kereta hartawan itu berlalu dipandu driver. Simpati Fir melihat keadaan Jas yang menjadi mangsa kepada keadaan. Dia berjanji di dalam hati mahu membimbing Jas semula ke kehidupan yang lebih beretika. Sejauh dalam hati, dia tetap mahu mendidik dan melindungi wanita itu.

Fir menapak ke kereta yg dihenti di tepian jalan, mujur tak disaman. Bermalasan memandu balik ke penthouse semula. Rindunya pada Fia sarat, tetapi mengenangkan wajah ceria Fia minum bersama lelaki lain Fir jadi tawar. Dalam fikirannya mahu mengajak Jasmine keluar dan menasihati model itu seperti yang dijanjibpada Dato Kamal.

Harapannya semoga Jasmine berubah sikap kali ini. Mahu mendengar nasihat dan tidak terlalu bersosial tanpa mengira baik buruk teman temannya. Fir nekad memujuk model cantik itu. Wajah Dato Kamal terlayar di matanya, hormat pada lelaki itu membuatkan Fir bertambah semangat untuk mengubah Jasmine. Fir tahu tugasnya berat, tetapi apa salahnya mencuba.

Jutaan maaf TF pohon kerana sudah lama tidak timbul.. hahaha. Sungguh TF banyak urusan lately. Happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience