Bab 24 : Allergic Cinta

Romance Series 14652

Fia dan Nora dapat peluang keluar bersama. Bukan senang juga Nora nak turun ke KL kalau tak betul betul free. Selalunya asyik berkepit saja dengan buah hatinya yang juga berasal dari Melaka. Hari minggu macamni mereka selesa bershopping dan menonton bersama. Peluang yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kau bila nak bertunang dengan Ayden Nora? Dah lama aku dengar dia nak masuk meminang, kau yang tak bersedia. Jangan ditunggu lama lama, kang dikebas orang, putih mata pulak. Hero kau tu boleh tahan handsome."

"Itulah aku nak jumpa kau ni Fia. Hujung bulan ni Ayden nak masuk meminang!" Nora ceria mengkhabarkan berita Gembira.

"Wah! Tahniah... I'm happy for you."

Mereka berpeluk gembira. Dah lama Nora menjalinkan cinta dengan Ayden, sudah tiba masa diikat hubungannya.

"Kau macamana Fia, hero Korea kau apa cita?" Tak payah tunggu lama lama, kita bukan muda lagi tau. Rina dah ada dua orang anak tau... xsempat dah nak kejar ni." Nora berseloroh. Teringat teman mereka yang sorang tu. Walaupun bermulut bising tetapi hatinya baik. Rezeki Rina dapat suami arab dan dikurniakan anak anak yang sangat cantik.

"Aku ok jer.... cuma aku busy, dia pun busy, jarang kitaorang berjumpa. Aku ingat tak nak tunang macam kau Nora, nak nikah terus macam Lia, senang!" Fia merancang sendirian.

"Hoi... kau lagi gelojoh dari aku rupanya. Apa mamat sepet tu mandrem kau ni.... Mama dengan papa kau dah kenal si Fir tu?"

"Belum lagi, aku baru jer terus terang hari tu. Tak sempat dipertemukan lagi. Nantilah apa apa aku update kau. Lagipun aku kan baru jumpa semula dengan mamat tu. Aku tak nak drastik sangat terima dia tanpa yakin dengan perasaan dia pada aku. Dengan lelaki aku kena cukup berhati hati.. Kau tahu kan aku... "

"Ye aku tahu. Aku orang yang paling happy bila dengar kau dah mula terima lelaki. Sekurangnya kau dah jarang mimpi benda tu kan? Syukur sangat sangat. Aku harap hilanglah trauma kau tu nanti."

"Ameen. Thanks atas doa kau. Akupun harap Fir pilihan yang tepat. Jom kita makan kt cafe yang Fir suggest kat aku. Makanan kat situ serious sedap tau! Aku belanja kau."

Mereka beriringan ke cafe yang menyaksikan pertemuan pertama Fia dan Fir dulu. Sesampai di pintu masuk mereka berselisih dengan lelaki yang amat Fia kenali beriringan dengan wanita seksi dan kelihatan sangat mesra. Tak berkelip mata Fia memandang bila mata mereka bertentangan... Fir...... hatinya menjadi sungguh sayu!

# # # # # # # # # # #

Fia menghamburkan tangisannya didalam kereta. Puas ditahan tangisan bila berhadapan dengan Fir dan wanita seksi itu tadi. Nora bising saat Fia mengajaknya pulang kerana belum sempat mengisi perut. Ada sahaja alasan yang Fia berikan untuk melarikan diri. Mujur Nora tak perasan kelibat pasangan itu tadi. Entah mengapa Fia terkunci mulut untuk berkongsi dengan Nora.

Seelok enjin kereta dihidupkan Fia berteleku oada stereng dan terus menangis. Sebak didada Allah yang tahu. Patutla tidak menghubunginya, rupanya Fir tengah enak berfoya dengan wanita seksi. ..,model mungkin berdasatkan bentuk tubuh yang langsing dan tinggi lampai. Kelihatan sangat sesuai sebagai gandingan Fir.

Fia mula memandu, pandangannya berbalam dek air mata yang tidak henti keluar. Fia tetap memandu sambil mengesat air matanya.

'Ah, semua lelaki sama saja. Fia sangkakan Fir adalah lain dari lelaki yang pernah dikenalinya... Fir istimewa dihatinya. Tapi bila melihat dengan mata kepalanya sendiri tadi, meluruh kepercayaan dan harapan kepada lelaki tersebut. Fir sama dengan jantan lain! Tak guna!"

Hansetnya berbunyi. Tertera nama Fir di skrin.

'Ah... buat apa kau telifon aku Fir. Bukan kau tengah berkepit dengan betina seksi tadi... ,apa lagi yang kau nak dari aku hah?' Fia bermonolog di dalam hati. Tak sesekali di jawabnya panggilan tersebut. Tahu pulak Fir menalifonnya bila terkantoi macam tu. Dasar lelaki hidung belang, kasanova, suka mainkan hati perempuan! Berkati kati Fia menyumpah Fir di dalam hati. Air mata sedah kering dipipi. Fia teruskan pemanduan pulang dengan hati yang sebal.

One more chaptet for you guys! Luv u!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience