BAB 14

Romantic Comedy Completed 74209

Pagi ini aku pergi kesekolah menaiki kereta Rayyan dan semuanya berjalan lancar and nothing special sepanjang p&p .

Kringgg !! Loceng menandakan sudah masuk waktu rehat untuk pelajar-pelajar menengah atas .

" hai awak ! " aku mencucuk pinggang Rayyan dengan satu jari dan menyergahnya dari belakang .

Dia sempat menoleh kearah aku sebelum air yang berada di tangannya terlepas ke bawah . Dia menggelabah dengan wajah dan telinga yang merona kemerarahan sebelum tunduk dan mengeluarkan sesuatu dari dalam saku seluarnya . Dia mengelap kaki kain dan kasutku yang basah akibat terkena percikan air yang tumpah tadi .

Aku yang rasa bersalah terus tunduk dan menariknya bangun .

" er , saya mintak maaf . Saya tak sengaja .. " mukanya kelihatan khuatir mungkin kerana risau aku akan memarahinya . Aku menguntumkan senyuman . Dia memandangku hairan .

" tak apa " wajahnya terus berubah menjadi lebih tenang .

***

Mata kami bertaut dan hati aku tidak dapat berhenti daripada memuji ciptaan Allah S.w.t yang satu ini .

" uhuk ! uhuk ! " Rayyan tersedak air yang diminumnya yang aku belikan untuk menggantikan airnya yang sudah tertumpah tadi . Aku tergelak besar melihat reaksinya itu . Siapa suruh berani merenung mata aku lama-lama . Kan sekali aku dha kenyit mata , baru dia tahu . Haha .

Muka Rayyan sudah merah akibat tersedak dan juga malu kerana digelakkan oleh aku . Rayyan membaling pandangannya kearah lain , sebelum menunduk hanya memandang kasutnya . if i'm not clever enough , mungkin aku dha tersalah bandingkan dia dengan tomato sekarang nie . Hahaha , terlebih perumpamaan dha ..

Tapi seriously muka dia merah , telinga dia merah sangat , lagi lagi dia tu putih melepak tak macam aku nie coklat je . Malu lha tu kerana ditertawakan oleh aku . Aku cuba mencari topik perbualan ..

" urm , so .. " Rayyan memandang tepat kearahku . " dha lama Rayyan kerja dekat butik tu ? " aku bertanya , dia memandangku keliru sebelum menjawab pertanyaan aku .

" bu... Tik ? Ouh . That butik . Sebenarnya tu butik aunty saya and i'm so sorry for saying this .. " Rayyan berhenti dan memandang wajahku penuh kesal , aku hanya memandangnya dengan pandangan penuh tanda tanya .

" sebenarnya saya tak kerja pun dekat butik tu and please please please do me a favour .. Tolong jangan gelakkan saya " Aku memandangnya bingung sebelum dapat memproses maksud dari kata-katanya itu . selepas beberapa minit , aku tergelak kerana faham apa maksud dia , so dia tak nak aku gelakkan dia sebab ' kegelabahan ' dia bila berhadapan dengan aku ?? Haha , itu lawak .

Aku memegang perutku yang senak akibat puas tergelak . Rayyan menutup mulutku dengan tapak tangannya . Aku cuba mengalihkan tangannya tapi dia terlalu kuat . Aku sengaja memandangnya dengan pandangan bengang .

" huh , oke . saya akan lepaskan but promise me one thing ? Tolong jangan gelak " aku mengangguk . sebaik sahaja dia menurunkan tangannya dari mulut aku , aku terus gelak tak dapat menahan . Dia memandang aku tajam , aku menutup mulutku dengan tapak tanganku sambil menahan diri dari gelak , cuba bertenang . Not my fault okay ..

Aku bukan sengaja hendak gelakkan dia . Aku nie memang sensitif sikit bab-bab macam nie , mudah sangat tergelak then susah hendak berhenti tapi yang peliknya aku tak tergelak pun bila tonton komedi . Aku cuma akan gelak kalau aku rasa something tu kelakar for sure bukan sebab tonton komedi lha sampai orang dekat keliling aku pun pelik dengan aku . Not my fault again , i'm born this way and i kinda love it because no one will understand me including myself .

Yeahh . Okay , enough with this . Selepas berjaya tenangkan diri sendiri yang hampir jadi gila sebentar tadi . Aku senyum menampakkan gigiku yang putih berseri ini pada Rayyan yang mungkin tengah bengang dengan aku tatkala ini . Pembetulan , bukan mungkin tapi memang .

" sorry .. " aku mengelipkan mataku beberapa kali . Muka Rayyan yang tadinya ketat terus blushing . Dia cepat cepat melarikan pandangannya dari aku .

" okay " Rayyan mengurut-ngurut tengkuknya . Aku menguntumkan senyuman . Sejak aku kenal dia , inilah hobi baru aku .. Usik dia sampai muka dia merah macam epal ? ceri ? tomato ? udang galah kena bakar ?? Yeahh , whatever .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience