?2 bulan kemudian
" what ??!! Mama berguraukan ? " kataku sebaik sahaja mendengar apa yang keluar dari mulut mama .
" tak , mama tak bergurau Mayra " kata mama sambil mengelengkan kepalanya . Aku tak percaya mama buat begini pada aku .
" umur kamu sudah 25 tahun , memang patut kamu berkahwin sekarang " Jelas mama lagi . Senangnya mama cakap , yang akan berkahwin itu aku , bukannya dia . 25 tahun ?? So what ??! Kalau terpaksa membujang sampai mati pun aku tak kisah .
" kami dha berbincang dan kami semua bersetuju untuk menikahkan kamu dengan calon suami pilihan kami sendiri . Kami tahu dia boleh menjaga kamu dengan baik " kali ini papa pula yang bersuara . Aku seakan tidak percaya aku akan dipaksa kahwin dengan orang aku tak kenal . Air mata yang mengalir ku seka beberapa kali .
2 Bulan Kemudian ( Hari perkahwinan )
Semuanya berjalan lancar tapi perasaanku pula kacau bilau . Majlis masih berlangsung . Aku pula didalam kamar yang dihiasi indah tetapi tidak memberi sebarang erti buatku .
Klik . Kedengaran pintu dikuak . Aku tidak betah melihat siapa gerangan yang masuk kedalam bilik ini kerana aku pasti siapa orangnya .
" Mayra .. Huh .. abang minta maaf " Aku masih tidak menoleh mahupun bersuara . Mataku masih memandang jauh keluar tingkap . Hembusan nafas terasa dileherku , aku pasti itu dia . Jantungku berdegup kencang .
Dia meletakkan kedua tangannya diatas pundakku lalu memusingkan badanku supaya menghadap dia . Dia mendongakkan aku supaya memandang dia dari terus memandang lantai .
mata kami bertemu . Air mataku yang jatuh dihapus menggunakan ibu jarinya . Matanya penuh dengan kasih sayang dan prihatin .
Dia menarikku ke dalam pelukannya . Mula-mula aku membantah dengan menolak-nolak badannya tetapi itu cuma sia-sia , dia mengeratkan lagi pelukannya . Akhirnya aku membalas pelukannya . Aku menangis teresak-esak .
" shhh " dia mengusap-usap belakang badanku untuk menenangkan aku . Fikiranku bercelaru , aku masih belum bersedia untuk menjadi seorang isteri , masih belum bersedia untuk menerima cinta yang lain .
***
" macam mana dengan Rina ? " soalku
" Dia cuma kawan abang je sayang " Aku masih didalam pelukannya . Ya , suami pilihan mama dan papa ialah Syafiq . Aku merapatkan lagi pelukan kami . Mukaku ku benam pada dada bidang milik Syafiq .
" Terima kasih sebab sudi jadikan abang imam awak .. Senget " aku memukul perlahan dada Syafiq sebelum tergelak kecil apabila mendengar perkataan senget itu . Syafiq juga tergelak . Dha lama rasanya tidak mendengar panggilan itu keluar dari mulut Syafiq . Aku tersenyum nipis .
" Terima kasih juga sebab sudi jadikan Mayra isteri awak .. Sengal "
" apa ? Awak ?? Abang lha " Syafiq membetulkan aku .
" ya lha .. Abang " kata ku acuh tidak acuh lalu tersenyum , kemudian mengeratkan semula pelukan kami yang tadinya sudah renggang kerana orang kata kalau ada orang bercakap dengan kita , kita kena pandang muka dia . Syafiq juga mengeratkan pelukannya . Dagunya direhatkan diatas kepalaku .
2 Tahun sudah berlalu
Syafiq sudah tidak seperti dulu , sudah tidak seperti awal-awal perkahwinan kami . Dia banyak berdiam dan termenung bila dirumah . Dia juga selalu outstation . Aku risau kalau-kalau dia sudah bosan denganku . Aku risau jika dia sudah menemukan penggantiku . Aku risau dia mempunyai orang lain diluar sana .
" abang , kopi " kataku sebaik sahaja melabuhkan punggung diatas sofa betul-betul bersebelahan dengan Syafiq . Dia mengambil kopi dariku . Dihirupnya sebelum mengucapkan terima kasih sayang . Aku tersenyum nipis . Dia masih begitu , tidak banyak bercakap . Aku tidak tahu apa yang sedang berlegar-legar didalam fikirannya . Aku risau melihat keadaannya itu .
" kenapa ni bang ? Ada masalah ke ? " tanyaku . Syafiq memandang jauh kedalam anak mataku . Pandangannya itu sukar sekali untuk dibaca . Sesekali mulutnya terbuka seperti ingin berbicarakan tentang sesuatu tapi selepas itu ditutup semula . Dia bangkit dari dudukannya dan mula berjalan meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga memikirkan tingkah lakunya yang aneh .
Anak mataku memerhatikan langkah Syafiq sebelum akhirnya dia rebah kebumi .
" abang !! " lajuku berlari mendapatkan Syafiq yang kelihatan pucat dan tidak bermaya . Aku menelefon ambulans .
Syafiq pergi meninggalkan aku ketika kami dalam perjalanan untuk ke hospital . Dia pergi sama seperti Rayyan . Pergi dan tak akan kembali . Syafiq dikhabarkan menghidapi kanser otak tahap akhir . Pipi dan mataku penuh dibasahi air mata .
Kenapa Ya Allah ? Sorang sorang yang aku sayang kau tarik nyawanya ? Ambil saja aku Ya Allah !! Aku tidak kuat menghadapi ujianmu Ya Allah . Aku menangis teresak-esak . Apa dosaku Ya Allah sampai aku harus menerima semua ini ??
Selepas sahaja pengebumian Syafiq , aku berangkat ke Australia . Ya , inilah aku . Selalu lari dari menerima takdir dan ketentuan Tuhan . Ini caraku , aku perlukan masa untuk memulihkan semula diriku kerana sudah separuh jiwaku pergi .
Kisah hidupku seperti Fairy tale yang bertukar kepada once upon a time dalam sekelip mata . Baru sekejap aku mulai merasai diri ini mulai mencintai dan dicintai semula , baru sekejap rasanya aku mengecapi kebahagian berumah tangga sebelum semuanya berakhir seperti mimpi ngeri yang berulang sekali lagi .
Aku memasuki rumah milikku yang berada di Australia . Rumah sama yang aku diami sepanjang lima tahun aku berada disini sebelum ini . Aku menggantungkan kunci rumah pada penyangkut kunci yang berada dinding .
Mataku meliar kekawasan rumah sebelum berhenti diatas sebuah kotak kecil dan sepucuk surat yang berada diatas meja . Tanganku mencapai surat itu lalu membukanya untuk dibaca .
Assalamualaikum ,
Kehadapan isteri yang amatku cintai . Aku pasti aku sudah tiada jika surat ini sudah berada ditangan kau . Maafkan abang sayang , maafkan abang jika abang pergi tanpa terlebih dahulu mengucapkan selamat tinggal .
Air mataku menetes jatuh keatas surat itu .
Maafkan abang kerana pergi dengan cara begini . Maafkan abang kerana berubah , abang tidak tahu macam mana ingin menyatakan hal ini pada sayang sebelum akhirnya maut datang menjemput terlebih dahulu .
Ketahuilah , abang sangat menyanyangi sayang . Bersama-sama surat ini , abang kirimkan hadiah terakhir dari abang untuk sayang .
Suamimu,
Syafiq
Aku membuka kotak yang berwarna biru itu , seutas rantai yang amat aku kenal ada didalamnya .
*flashback*
" kau tengok apa tu ? " tanya Syafiq .
" rantai tu " aku menunjukkan rantai yang sudah menarik perhatianku tadi . Syafiq memandang kearah rantai yang dimaksudkan olehku .
" berapa harga dia ? " tanya Syafiq .
" Rm10,000 " ujarku sambil membuat muka kesian .
" Kau nak tak aku belikan ? " tanya Syafiq . Mataku membulat seperti tidak mempercayainya . Aku mengangguk .
" jadi awek aku dulu " kata Syafiq . Senyumku yang tadinya baru sahaja mahu terukir terus mati .
* end flashback*
Esakkanku semakin kuat kedengaran . Air mata laju meluncur membasahi pipi .
Share this novel