Akhirnya , malam itu air mata lelakinya gugur . Syafiq tidak pasti kenapa tapi hatinya sakit apabila melihat kemesraan Mayra dan Rayyan . Dari pulang kesekolah tadi hinggakan malam ini , Syafiq mengurung dirinya didalam bilik . Perut yang merengek minta diisi pun tidak dipedulikannya .
Datin Syarifah , mummy kepada Syafiq puas mengetuk pintu biliknya memujuk supaya dia makan . Datin Syarifah tahu anak terunanya itu sedang menangis . Dia risau kalau kalau Syafiq melakukan sesuatu yang bodoh .
***
" hoi , makan aiskrim tak mengajak " sergah aku sambil menepuk bahu Syafiq . Syafiq menoleh kearah aku kemudian mengalihkan pandangan kearah hadapan semula .
" kau buat apa dekat rumah aku nie ? " soal Syafiq . Aku melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengannya . Aku tidak pasti apa yang sedang Syafiq lalui tapi aku pasti ianya berat kerana Syafiq tidak pernah begini .
" Mummy suruh aku datang , dia kata kau frust menonggeng semalam . Apahal ? " terang aku lalu bertanyakan masalah sahabat aku itu ' mummy nie , tak boleh simpan rahsia betul lha ' omel Syafiq didalam hati .
" mana ada . kau percaya lha sangat cakap mummy tu " nafi syafiq . Aku memerhatikan Syafiq . Ada lingkaran hitam dibawah matanya . Matanya bengkak seperti orang yang baru lepas menangis teruk .
" mata kau bengkak nie . Mari sini aku tengok " kata aku kemudian terus berpindah tempat duduk bersebelah dengan Syafiq . Tanganku membelek-belek wajah Syafiq .
" teruk juga kau melalak malam tadi . asal dengan kau nie ? Tak pernah pernah putus cinta sampai banjir macam nie " soal aku kerana risau dengan Syafiq . Walau siapa pun pelakunya , Syafiq pasti sangat menyayangi perempuan ini . Terselit perasaan cemburu dalam diriku pada perempuan itu .
" tak ada apa-apa lha "
" playboy pun tahu nangis sebab putus cintakan ? Hai , pelik pelik " Aku sengaja menyindirnya .
" apa kau ingat playboy tak ada perasaan ke ? Kau ingat kau seorang je ada perasaan " ujar Syafiq bengang .
" alolo , anak mummy terasye ke ?? " tanya aku dalam nada bergurau . Syafiq hanya menjeling . Hatinya pasti sahaja masih terluka .
" meh syini meh , syian iye ye .. Ite guwau je .. Awaa angan lha mayah " ujar aku memujuk . Mataku sengaja dikebil-kebilkan . senyumku sengaja dilebarkan hingga menampakkan sebaris gigiku yang tersusun . Tawa Syafiq meletus .
" woii , geli lha aku " teriak Syafiq . meremang bulu tengkuknya mungkin . Kali ini aku juga tergelak tidak dapat menahan . Aku juga merasa geli apabila berkata begitu . Syukurlah akhirnya Syafiq tersenyum .
Walaupun aku tak pasti dapat membantu meringankan bebannya atau tidak . Lagipula Syafiq seperti enggan menceritakan perihal itu padaku . Aku juga tidak mahu mendesaknya supaya bercerita .
Share this novel