" okay , sekarang kau dha jadi pekerja butik plak Rayyan ? Kau patut tengok rupa kau yang teruk bila berhadapan dengan Mayra tadi . Buat malu saja and he is her brother bro, tak kan tu pun kau nak jealous . siap sempat jeling dekat mamat tu plak tadi .
Aduhh , mana nak letak muka aku ini bila aku jumpa dengan abang Emir tu lagi .. " malam itu Rayyan sekali lagi mengutuk dirinya . Selepas puas bermonolog . Rayyan tertidur.
Aku memerhatikan setiap tingkah laku Rayyan didalam kelas pada hari itu . Aku perlu memastikan sesuatu .
Bila dengan orang lain , aku tengok dia biasa saja .. Tak ada plak nak blushing blushing nie . Bila dengan aku je .. Muka cuak semacam , gaya macam aku nie nak makan dia saja . betul ke apa yang abang cakap ? Rayyan suka aku ?? Biar betul .. Tak kan lha . mustahil mustahil . Aku rasa mesti sebab lain nie .
Aku membaringkan kepalaku diatas meja , mataku tidak berkelip memandang Rayyan yang sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sebelumnya . Waktu itu , cikgu matematik tidak dapat masuk ke kelas , bolehlah aku memerhatikan tindak tanduk Rayyan . Rayyan menjadi gelabah kerana diperhatikan seperti pesalah oleh aku . Aku perasan , matanya mencuri-curi memandang wajah aku .
" kkenapa awak pandang saya macam itu ? " soal Rayyan gugup . Aku masih memandang tepat kearahnya . Rayyan pula hanya memandang bukunya walaupun ketika bertanyakan soalan itu kepada aku . Tidak mendapat jawapan , Rayyan lalu mengalah dan memandang kearah aku . Aku dapat melihat mukanya berubah merah tapi dia cuba menahan rasa gugupnya ketika itu . telinganya juga bertukar merah . Ada bunyi keluhan dari Rayyan .
" awak benci saya ke ? " soal aku setelah lama berdiam diri . Mata aku masih tajam memandang anak mata coklat milik Rayyan . Rayyan terkejut dengan soalan yang didengarnya .
" kenapa awak tanya saya soalan macam tu ? " aku dapat melihat wajah Rayyan resah .
" Muka awak merah bila dengan saya tapi bila dengan orang lain , saya tengok awak biasa saja . Jadi saya rasa mungkin awak bencikan saya sampai tak dapat nak tahan , itu yang muka awak merah " terkedu Rayyan mendengar penjelasan aku . Rayyan menelan air liur .
Mungkin betul apa yang aku rasa , jadi dia rasa bersalah bila tahu yang aku sudah tahu . Dia mencapai tangan aku dan meletakkannya didada bidang miliknya . Aku terus duduk tegak kerana terkejut dengan tindakannya . Rasanya waktu bagaikan terhenti ketika itu . Dirasakan hanya degupan jantung milik aku dan Rayyan yang didengari. Dirasakan seperti hanya kami berdua didalam kelas ketika itu .
" hoi ! " sergah Syafiq mengembalikan aku dan Rayyan ke realiti . Kami tertunduk malu .
" amboi amboi , cik kak kita nie bukan main lagi ya . Seronok raba orang ? " ujar Syafiq menyebabkan pipi aku bertukar merah . Rayyan plak sudah kembali menyambung tugasannya yang tertangguh tadi .
" asal ? Kau pun nak kena raba dengan aku juga ke ? " soal aku sambil cuba berlagak normal walaupun tatkala itu aku sudah terasa bahang pada wajahku . Kemudian aku memandang Syafiq dari hujung rambut hingga kehujung jari kaki . ops , hujung kasutnya .
" hoi , kau scan aku ke apa ? " kata Syafiq malu sambil cuba menutup badannya menggunakan tangan . Tawa aku meledak .
" haha , tak selera aku oii " kata aku sambil tergelak lalu berjalan ke luar kelas meninggalkan Syafiq . Syafiq menelan air liur sambil mengeleng-gelengkan kepalanya ngeri lha kot .
Share this novel