BAB 6

Romantic Comedy Completed 74209

" akhirnya , kau ada sesuatu untuk dibanggakan Rayyan " Rayyan tersenyum kerana akhirnya , dia berjaya buat sesuatu bila berhadapan dengan Mayra . Rayyan menyambung semula menyiapkan tugasannya yang tertangguh tadi .

***

" Aku kena tunjuk dekat Mayra ni , minah tu pantang nampak aiskrim coklat " Syafiq tersenyum membawa dua mangkuk aiskrim yang dibeli dari koperasi sekolah mereka . Syafiq berjalan menuju ke kelas , senyumnya masih menguntum sehinggalah matanya tertangkap adegan yang tidak mahu dilihatnya . Mayra dan Rayyan . Syafiq meneliti wajah Mayra . Senyumnya bertukar hiba . Dia tahu Mayra sukakan Rayyan . Dia boleh nampak dari hanya melihat mata Mayra yang sedang menatap sepasang mata milik Rayyan .

" Rina " panggil Syafiq pada salah seorang pelajar kelasnya . Dia menghulurkan kedua-dua mangkuk aiskrim itu pada gadis genit itu . Dia menunjukkan senyuman palsu .

" Untuk i ke ? Terima kasih Syafiq " Rina menerima aiskrim dari Syafiq sambil melirikkan senyuman pada Syafiq . Gadis itu memang meminati Syafiq tapi tidak pernah berani untuk mendekati . Syafiq hanya mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Rina dan berjalan ke arah Mayra dan Rayyan .

***

" Hoi playboy ! " lamunan Syafiq terhenti dek kerana terkejut dengan sergahan aku .

" Berangan je kerja kau .." Tegur aku tapi tidak dibalas oleh Syafiq . Aku mengambil tempat dihadapan Syafiq . Beberapa minit sunyi sebelum Syafiq membuka bicara .

" Aku tengok kau macam dha tangkap cintan dengan mamat blushing tu .. "

" Kenapa ? Kau jealous ke ? " soal aku sengaja ingin menduga hati Syafiq . Keadaan kembali sepi seperti tadi , tiada jawapan dari Syafiq . Aku menolak tangan Syafiq untuk menghentikan lamunannya .

" Hoi , kau nie pahal ? " Hairan aku melihat kelakuan kawan aku yang seorang ini . Tidak pernah pernah begini . .

" Kau cakap apa tadi ? " Soal Syafiq yang baru tersedar dari lamunanya .

" Aku tanya kau jealous ke kalau aku dha tangkap cintan dengan Rayyan ? " kenapa dengan dia ni ? Sakit ke ? Sampai aku dekat depan dia nie pun tak dilayannya .

" Perhh , kau tak payah nak perasan lha . Hidung tak mancung , pipi tersorong- sorong . Ehh , tak ada masa lha aku nak jealous .. Jealous pasal kau plak tu .. " cepat cepat Syafiq membidas pertanyaan aku . Tiba-tiba emo plak mamat nie .

" iye ke nie ? " Aku mengusik sambil menjungkitkan keningku beberapa kali . Walaupun sebenarnya aku terasa dengan kata-kata Syafiq tadi .

" Kau tak payah nak perasan lha senget " Syafiq sempat menolak kepalaku sebelum melangkah pergi .

" Capik belanja aku aiskrim ! .. Woii , tunggu lha aku sengal !! " Aku sedikit menjerit sambil langkahku mengejar langkah Syafiq yang sudah jauh dihadapan . Aku tahu dia moody sekejap saja , kalau dia marah pun dia tidak akan melepaskannya pada aku kerana itulah aku selesa berkawan dengannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience