Aku membuka mataku dan memerhatikan seorang lelaki duduk dikerusi tempat mama duduk sebelum nie . Dia mengukirkan senyuman , aku pula mengerutkan dahi .
" siapa kau ? " Muka dia kelihatan terkejut saat mendengar soalan itu keluar dari mulutku . Salah ke aku tanya macam tu ?? Dia yang sesuka hati masuk bilik aku .. Maksud aku bilik hospital .. Ala , sama je , duduk dekat kerusi sebelah aku , tengok aku tidur then bila aku bangun dia tersengih plak ?? For sure nie bukan hospital gilakan ?? no no , mama kata aku excident , bukannya sakit jiwa .
" Mayra tak ingat saya ke ? " mana plak dia tahu nama aku nie ? Nie yang buat aku tak senang duduk nie . Wait , aku baring kayy bukan duduk . Nie yang buat aku tak senang baring nie . Aku geleng kepala .
" Tak . Siapa kau ? " Aku tanya lagi .
" erm , Dia kawan aku Rayyan . Mungkin kau lupa kot sebelum nie aku pernah kenalkan korang " jelas Syafiq sebaik sahaja masuk ke dalam bilik ini . Ohh , so budak nie kawan Syafiq . Kenapa aku tak ingat ya ? Aku memandang kearah Rayyan . Muka dia kelihatan bingung dan aku tak tahu kenapa .
" Bro , ikut aku jap " Kata Syafiq sambil menepuk bahu Rayyan lalu melangkah keluar . Rayyan memandang aku sebelum mengikut langkah Syafiq keluar dari bilik ini . Kenapa agaknya Syafiq nak jumpa Rayyan ?
Tak kan lha dia nak marah Rayyan sebab datang melawat aku kot ? Tak mustahil sebab Syafiq tak pernah bagi aku kawan rapat dengan mana-mana lelaki lain selain dia tapi tu dulu , kita orangkan dha besar tak kan lha dia still macam tu kan ??
Ish , serabut lha kepala otak aku nie bila pikir banyak-banyak . Bila nak cuba ingat balik si Rayyan nie , kepala aku sakit plak . Apahal lha dengan aku nie .
* Diluar Wad Mayra *
" kenapa dengan Mayra ? Apa yang jadi dekat dia ? Kenapa dia tak ingat aku ?? .. " pelbagai soalan dilontarkan Rayyan kepada Syafiq . Belum sempat Syafiq menjawab . Datin Melina , Dato' Shahazrien dan seorang doktor berjalan kearah mereka .
" mama ?? " Syafiq memandang Datin Melina yang menunjukkan reaksi yang sukar untuk dibaca olehnya .
" aunty apa yang jadi pada Mayra ? Kenapa dia tak ingat saya ? " tanya Rayyan .
" Mayra mengalami retrograde amnesia iaitu kegagalan seorang mengingat sesuatu ingatan lepas ataupun sesetengah orang " jelas Doktor yang datang bersama papa dan mama Mayra .
" maksud doktor dia hilang ingatan ? " soal Rayyan untuk mendapatkan kepastian . Doktor itu hanya mengangguk .
" berapa lama ? "
" bergantung . Sesetengah pesakit hanya perlukan beberapa minggu ataupun bulan untuk pulih . Ada juga yang sampai bertahun-tahun . Paling teruk , seumur hidup " terang Doktor . Rayyan terus terduduk seakan tidak percaya apa yang didengarnya . Dia takut sekali kalau Mayra tidak akan mengingatinya lagi .
Rayyan terlalu lemas dalam pemikirannya sendiri sampai tidak menyedari doktor sudah berlalu pergi selepas menerangkan segala perihal berkenaan Mayra . Sebelum pergi doktor telah mengingatkan semua agar sama-sama membantu memulihkan ingatan Mayra .
" Rayyan jangan risau ya , nanti aunty akan ceritakan semuanya pasal Rayyan pada Mayra . Aunty pasti lambat laun dia akan ingat juga pada Rayyan "
" jangan " kata Rayyan lemah , matanya masih memandang ke lantai .
" maksud kamu ? " semua mata memandang Rayyan ketika itu . Rayyan memandang Datin Melina , kemudian Dato' Shahazrien , akhir sekali pada Syafiq . Rayyan mengeluh berat .
" saya tak nak sesiapa pun tolong Mayra ingat pada saya "
" apa maksud kau nie bro ? " tanya Syafiq .
" Biarkan saya terus jadi kawan Syafiq macam yang Mayra tahu " jelas Rayyan .
" tapi .. " belum sempat Datin Melina menghabiskan kata , Rayyan sudah mencelah .
" saya tak nak paksa dia untuk ingat saya . Aunty jangan risau saya tak akan pernah tinggalkan dia . Satu saja saya minta , aunty tolong simpan gambar atau apa-apa yang berkaitan dengan saya dalam rumah aunty .. Jangan bagi Mayra nampak " Datin Melina hanya mengangguk mengerti .
" kamu yakin ke kamu nak buat macam nie ? " soal Dato Shahazrien . Rayyan mengangguk . papa Mayra menepuk bahu Rayyan sebelum mengikut langkah isterinya kedalam bilik Mayra . Syafiq duduk disebelah Rayyan . kedua-duanya membisu tanpa sebarang kata .
Share this novel