" Ehem , saya Rayyan Indrasyah .. May i know your name ? " ujar Rayyan sambil menghulurkan tangan seperti hendak bersalaman . Wajahnya dihiasi dengan senyuman yang manis yang mampu menggugurkan jantung mana-mana manusia yang melihatnya .
" arrgghh , kenapa lha susah sangat aku nak bercakap dengan dia nie . Sebelum nie tak ada plak macam nie dengan perempuan lain " Rayyan mengusutkan rambutnya . Sudah beberapa kali dia cuba untuk bercakap dengan Mayra semenjak dia duduk disebelah gadis itu tetapi semuanya pasti tidak menjadi kerana akhirnya dia yang blushing dengan hanya mendengar bunyi tapak kasut Mayra .
" hai , nama saya Rayyan Indrasyah . Sudah 2 hari saya duduk sebelah awak tapi belum sempat bertanyakan nama awak .. " Rayyan sekali lagi berlatih dihadapan cermin untuk entah yang keberapa kalinya . Rayyan tidak mahu memalukan dirinya dihadapan Mayra apabila dia mempunyai kesempatan untuk bercakap dengan gadis itu nanti .
Share this novel