Hari ini budak kelas aku dan segelintar pelajar dari kelas lain telah dijemput oleh Shasha , salah seorang pelajar dari kelas aku untuk datang ke majlis hari jadinya .
Pada awalnya , aku tidak berniat pun untuk hadir kerana aku nie bukan jenis suka tempat yang ramai dengan orang , aku tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan orang , maksud aku .. aku tak tahu nak mulakan perbualan , teruskan perbualan dan tamatkan perbualan .
Macam pelikkan ?? Masa awal-awal aku kenal Rayyan kerja aku mengusik dia saja .. time tu tak tahu plak nak rasa malu . Tu lain okay , tu lain . Apa yang lain ?? Mmm , apa yang penting sikap aku selalu berbeza dengan orang yang berbeza .
Bukan aku buat buat , itu memang aku . Sebab tu lha kawan baik aku seorang je , itu pun lelaki .. tak lain dan tak bukan ialah Syafiq !! Haha .
Satu lagi benda aku tak suka , dha lha kena pergi tempat yang aku tak suka , ada dress code plak . Lemah lemah , aku bukan reti pun nak berfashion nie .
" Mayra !! Rayyan dha sampai " macam biasa penyambut tetamu rumah nie , Emir .. Haha . Yup , betul .. yang tadi aku dok membebel tu , aku tengah bersiap lha nie depan cermin .
Belek-belek sikit , rasa okay . Marathon dari bilik sampai bawah semata-mata nak jumpa kekasih hati . Haha , yang itu tipu . Aku jalan sikit punya sopan , slow-slow je turun tangga . Part paling cliche sekali , semua mata pandang arah aku .. semua tu maksud aku Emir dengan Rayyan lha .
" ehem " saja berdehem bila tengok dia orang pandang aku tak berkelip . Ada yang tak kena ker ?? Tiba-tiba Rayyan senyum membuatkan aku blushing .
" awak nampak cantik malam nie " haha , yee . Apa ? Waktu-waktu lain aku tak cantik ke ?? Malas nak berdebat , aku balas dengan senyuman je .
" jangan balik lewat sangat !! " jerit Emir dari muka pintu bila aku dan Rayyan sudah menuju ke kereta .
***
" Hey Rayyan ! " teguran itu membuatkan aku menoleh mencari pemilik suara yang aku sangat kenal dan tidak jangka akan bertemu malam ini .
Syafiq
" ehh , hai Mayra ! " dia memang baru perasan aku dekat sini or pura-pura baru nampak aku ??
" urm , hai .. " jawabku sambil melemparkan senyuman , mataku beralih pada gadis disebelah Syafiq , cantik dengan dress merah hati separa lutut digayakan dengan mask berwarna hitam yang menutup separuh mukanya . Yup , betul sangat apa yang korang fikir tema majlis nie , masquerade . Mataku berhenti pada seutas rantai yang dipakai oleh gadis tadi .
Rina . Rantai tu Syafiq beli semasa aku temankan dia untuk membeli hadiah hari jadi Rina . Rina tersenyum padaku . Aku tersenyum kelat .
" u nampak .. cantik Mayra " kata Rina sambil matanya memandangku dari atas ke bawah .
Aku memakai dress berwarna emas juga separa lutut tapi lebih simple dipadankan dengan mask juga berwarna emas , sangat sesuai dengan outfit aku untuk malam ini and for you guys information , outfit nie Emir yang tolong aku pilih .. Jangan memandang sebelah mata , Emir suka berfashion and aku yakin apa yang dia pilih .
" thanks "
Share this novel