BAB 7

Romantic Comedy Completed 74209

* selepas seminggu *

Betul ke aku suka Rayyan ? And betul ke dia suka aku ?? What if kalau aku saja yang perasan dan sebenarnya dia memang blushing type bila berhadapan dengan perempuan yang pyscho macam aku ini . Aku memandang siling di dalam bilik aku sementara menunggu mataku terlelap .

Itu tak mustahil tapi .. Hm .. Aku betul betul keliru dengan perasaan aku sekarang ini .

Syafiq pula aku tengok makin rapat dengan Rina tu .. Ada apa-apa ke dia orang ?

Yess , aku mengaku memang aku selalu panggil Syafiq itu playboy tapi sebenarnya dia itu saja yang terlebih friendly sampai perempuan yang tergila-gila and yang belum tergila-gila kan dia , semuanya perasan and ingatkan Syafiq suka dia orang . Siap ada yang mengaku Syafiq itu boyfriend dia orang lagi tapi Syafiq tidak pernah hendak kisah atau itu memang sifat semula jadi seorang playboy ?

Aku tak pasti tapi apa yang aku pasti aku tidak gemar melihat Syafiq dengan mana-mana perempuan . Bukannya aku jealous atau apa tapi biasalah kan kalau kawan risaukan kawan ? Aku cuma tidak mahu dia terlibat dengan masalah nanti ..

Erm tapi mungkin aku memang cemburu . siapa yang tidak cemburu bila kawan baik dorang , kawan yang rapat dengan dorang .. Tiba-tiba rapat dengan orang lain ?

Mungkin aku cuma terlalu banyak berfikir .. Tapi aku tidak tahu kenapa .. Sama ada aku yang salah atau memang Syafiq sedang mengelak dari aku ?? Tapi kenapa ? Mesti ada sebabkan tapi apa ..

Akhirnya malam itu aku terlelap juga . Terlelap tatkala memikirkan perihal Syafiq yang sudah banyak berubah dan adakah mungkinkah perubahan itu disebabkan oleh Rina ? Mungkinkah Syafiq sudah berjumpa dengan seorang kawan yang jauh lebih baik dari aku ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience